Monday, June 28, 2010

-


1
Semalam aku cabut gigi.

Ada orang mecadangkan aku untuk berurusan dengan Dr Rose kalau perihal cabut-cabut gigi ni. Dr Rose dari klinik UiTM.

katanya Dr Rose lemah lembut. Ada sifat-sifat keibuan.

jadi lepas kena 'belasah" dengan 2 orang dalam meeting yang huru hara tu, aku terasa semacam mahu melakukan sesuatu yang drastik. Sesuatu yang gila.

cabut gigi? kenapa tidak.

dan sudah tentu sebenarnya gigi aku berlubang. Gigi geraham belakang yang sejuk bila aku minum ais. dan kadang-kadang berdenyut bila akau nak tidur malam.

Fuck, aku cakap. Ok lets do it. cabut gigi.

Aku pun bergegas ke induk. dekat dua jam selepas aku mendaftar barulah nama aku dipanggil.

Diatas pintu bilik itu, tertulis nama Dr Rose. Aku tersenyum senang hati. Akhirnya aku boleh mencuba retorik ini;adakah benar Dr Rose hebat seperti yang dikatakan oleh penceramah itu?

Ada dua orang perempuan dalam bilik itu. salah seorangnya mungkin Dr Rose. Aku tak dapat nak mengagak,kedua-duanya memakai tutup muka.

Aku pun disuruh baring diatas kerusi moden itu. seharusnya ketika ini hati aku mulai berdebar-debar. tapi kerana niat aku yang ingin 'membunuh diri' aku kuatkan juga semangat untuk baring diatas kerusi itu.

Lembut suaranya memujuk aku agar rileks. Ku kira dialah Dr Rose itu.

Dia memeriksa gigi aku.
"yang ni tak boleh tampal. Yang ni kena cabut. Lubangnya besar sangat"

Aku tergelak tanpa sebab. Walaupun ada unsur-unsur lucah pada kata-katanya itu tapi bukan itu sebabnya kenapa aku ketawa.
Aku hanya mengganguk, sebagai isyarat memberi lampu hijau padanya untuk mencabut gigi aku.

"Kumur ye cik"
Aku pun kumar dibalik besin tepi kerusi boleh alih itu.

berkumur disitu adalah benda yang paling mudah untuk dilakukan dibilik macam ni. dan aku expert dengan gaya itu. Entah kenapa tiba-tiba aku teringkatkan kenangan masa kecil ketika aku disekolah rendah ketika diklinik giginya. Ianya same spot and same action.

Kemudian aku pun baring semula. Bersedia untuk gigi dicabut.

"Rileks, rileks. Kalau tegang nanti susah gigi nak cabut" katanya perlahan sambil tangannya sesekali menyapa bahu aku.

Aku pun cuba rileks dengan mulut terngangadan disumbat dengan kapas.

Tadi dia dah injek gusi aku dengan ubat kebas. Dan sekarang aku tak boleh rasa pipi aku.

"Rilek encik rileks" katanya lagi mula mencungkil gigi aku dengan alat apa entah.

Aku cuba rileks. Tapi setakat manalah yang aku mampu rileks. Atau rileks macamana yang dia maksudkan? aku rasa aku dah cuba sedaya upaya untuk rileks.

Alat itu bentuknya macam playar. tapi kecil dan cute. Dr Rose masukkan alat itu kedalam mulut aku dan cuba memulas. "Rileks encik rileks. Kalau encik tak rileks susah gigi ni nak dicabut"

Aku pun cuba rileks sekadar yang aku paham apa itu rileks.
Ringankan badan dan santai.

Aku cuba tutup mata "Bukak mata encik bukak mata. Dan rileks ye rileks"

Actually aku tutup mata itu adalah salah satu usaha aku nak rileks. Camne nak bagi diaorang faham dengan mulut aku disumbat kapas.

Ah definisi rileks mereka berbeza dengan aku. Tak apa. Carry onlah cabut gigi ni cepat.

Dalam pada itu aku cuba tutup mata lagi. Dan sekali lagi aku disuruh bukak.
"Bukak mata ye encik, jangan tutup"

Tangan aku tak tahu nak diletakkan dimana. jadi ada masanya tangan aku terangkat sedikit dari kerusi. Dr Rose dengan lembutnya akan letakkan tangan aku semula disisi peha aku.

kesian pulak aku tengok nurse dan doktor itu bertungkus lumus mengerjakan gigi aku.
Kenapa tak bahagian cabut gigi ni hanya dibagi pada lelaki yang tough saja? Agar senang gigi dipulas.

Kesian aku melihat nurse yang ramping-ramping dan kurus itu pulak yang kena. Agaknya masa belajar jadi dentis dulu ada subjek cabut gigi yang gunakan hammer untuk keluarkan ppaku dari besi. Praktikala nak cabut gigi. Agaknyalah.

Aku tutup mata dan bukak mata. Dan actually sebab aku tutup mata pun sebenarnya nak layan gigi dicabut tu. Sedap gak beb. Rasa merenyam sikit. Sakit + lega.

dan seolah-olah dalam sekelip mata, gigi geraham aku sudahpun berada dihujung playar dr Rose. Dia meletakkan gigi itu diatas mangkuk besi.

Eh kejapnya. takdelah tersiksa sangat. At least tak macam 2008 bila aku dicabut gigi sampai aku terangkat keatas dan sehingga nurse tu suruh aku mengucap.

betul kata penceramah itu. Dr Rose ada sifat keibuan sikit.

"Gigi encik dah dicabut ya" kata Dr Rose yang masih lagi ditutup separuh mukanya . Dan buat kali pertama sejak masuk keKlinik Gigi ini aku tersenyum.

Aku memberanikan diri melihat gigi yang membuatkan hidup aku merana itu. Memang patut kena cabut pun, dah banyak berlubang. Aku terasa macam nak simpan gigi tu sebagai kenang-kenangan. yalah gigi aku kan? aku bersama dengannya berseronok makan yang sedap-sedap selama 30 tahun, sudah tentu aku nak jadikannya koleksi . Tapi takut pulak nak cakap, nani diaorang ingat aku psycho.

Aku bangun dan terus mengisi borang. Bertanya beberapa soalan dengan kapas yang masih terlekat dicelah gigi. kemudian aku keluar.



2
dan sekarang, aku demam.



Jadi kalau kau nampak aku lemah-lemah, takde selera, boring.tu bukan sebab kesan World Cup ok. Bukan sebab Three Lions kena 4-1.
Bukan juga sebab kena bambu tanpa merci dengan Ketua Program dari program lain.

Tapi aku takde mood sebab aku baru lepas cabut gigi.

No comments: