Sunday, June 20, 2010

*


"Come and take my hand. Together we can rule this universe like father and son"

Aku cuba ingin menulis tentang abah.

Tapi tak tahu nak mula kat mana. Atau aku takut tulisan aku dimulai dengan sesuatu yang tak adil baginya.

Akhirnya aku membuat kesimpulan yang aku dan dia sebenarnya tak mempunyai hubungan yang rapat sebagai anak dan ayah. Atayu sekurang-kurangnya tak seperti dalam sitcom America tahun 80an.

Aku rasa kita mula 'berjauhan' ketika aku dihujung sekolah rendah. Aku dengan dunia aku sendiri; menonton wayang bila aku free. dan ketika aku mulai bercinta monyet, keluarga aku totally lost dari pemikiran dan keutamaan aku.

Itu antara dosa yang tak dapat aku padamkan sepanjang aku hidup dimuka bumi ini.

Aku ingat beberapa tahun selepas ayah meninggal dunia, aku dan mak dalam kereta. mak mula menceritakan sejarah hidup ayah. Bagaimana dia mula bekerja menyabit lalang dan sebagainya. Dan bagaaimana mereka berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat.
Aku hampir menangis mengenangkan betapa jauhnya aku dari segala penderitaan dan susah payah orang zaman dahulu.

Ketika itu baru aku tahu betapa aku tak kenal dengan ayah aku sendiri. Dan ianya memang mengecewakan kerana semasa hayatnya aku tak berpeluang untuk kenal dengannya dengan lebih rapat.



Sebagai seorang ayah, dia ada kualiti yang tak 'tersampai' pada aku.
Antaranya adalah pendapatnya yang tegas tentang wang. Prinsipnya tentang wang memang terkenal. Dan sepanjang hidupnya, aku selalu menggelarnya sebagai kedekut dibelakangnya.


Ayah selalu pissed off kepala tentang duit. Gajinya dulu hanya RM350 je sebulan. Kami bukanlah mewah sangat. tapi aku cukup segalanya;makan minum, video, tv . dan seminggu sekali aku dapat menonton wayang dengan wang saku sehariannya.Itu sudah cukup bagi aku.

Tapi sebenarnya ayah seorang yang pandai mencari duit. Ada masa terluang dia akan menjadi prebet sapu dengan vannya. Aku boleh katakan dia agak terkenal di Teluk Intan dengan van Datsunnya itu.
dan dia buat macam-macam jenis pekerjaaan yang lain.

Bila dia meninggal dunia, duitnya disimpan dimerata bank, dan kami terpaksa mengambil masa setahun lebih untuk mengesan duit yang dia simpan.

Ayah juga pandai tawar menawar. Kalau hujung tahun kami akan pusing satu Teluk Intan untuk beli baju dan peralatan sekolah. Dia akan tawar menawar sampai berjam jam sehingga pekedai Cina tu jadi bosan.

Itu antara kualiti pada dia yang 'tak sampai' kepada aku. Aku tak pandai cari duit dan aku tak pandai simpan duit. Kalau dia masih hidup sekarang, sudah tentu dia kecewa dengan bagaimana aku membelanjakan duit aku.

Dia sebenarnya seorang yang sensitif. Ini antara nilai darinya yang turun pada aku. Ayah akan mudah menangis kalau tengok filem Melayu yang sedih. Kami akan ketawa satu keluarga bila melihat dia bergenang air mata dan mengusiknya. "Dah banjir, dah banjir" kata kami. Dan dia akan perlahan-lahan mengesat air matanya dan kemudiannya kembali memaparkan gaya tegasnya. Ianya terjadi beberapa kali ketika menonton Jin Shamsuddin's Esok Masih Ada dan beberapa filem lagi.

Antara filem kesukaan Ayah ialah Adik Manja.

Dia tak jemu-jemu melihat telatah Cikgu Bedah, CIkgu Azmi dan CIkgu NoorKumalasari.

Ayah sebenarnya seorang yang pandai bergaul. Dia sementara aku lebih suka memerap dalam bilik dan mendengar lagu.

Cara aku yang lebih anti social tidak digemarinya. sejak aku kecil dia selalu membandingkan dengan kanak-kanak lain yang lebih aggresif "Tengok anak A tu. pandai jual kuih" katanya.
Atau "Ah tengok anak pak mat tu. Kecik-kecik dah pandai bawak traktor" katanya.
Dan juga "tengok budak Hisham tu. dah pandai naik motor" katanya.

Aku faham maksudnya. Dia mahu aku aggresif dan kenal orang. friendly dan bergaul dengan semua. Tapi aku selalu bertentang dengan apa yang dia cuba rancang untuk aku; Aku lebih suka memerap dalam bilik dan mendengar lagu.

Dia mahu aku jadi lasak, sebaliknya aku lembik.

Tapi sebagai ayah dia tak pernah menghalang apa yang aku nak buat(walaupun aku sendiri tak tahu kebaikan jalan yang aku pilih) Bila aku kata aku mendapat tawaran belajar di KL, dia ikutkan saja tanpa membantah.

Bila aku dapat tawaran belajar Art, dia juga tak membantah. Bila ditanya kawan-kawannya course apa yang aku ambil di IPT, dia akan menjajwab aku belajar melukis.
Dia seakan percaya dengan keputusan yang aku buat untuk masa depan aku.


Antara decisionnya yang paling baik buatku adalah menghantar aku kesekolah orang putih Horley Methodist. Dia berusaha sedapa upaya untuk cuba memberikan pendidikan yang baik untuk aku.

Aku tahu dia sayangkan aku. Tapi aku tak cukup matang untuk faham perasaan seorang ayah terhadap anaknya. AKu selfish. hanya mementingkan diri sendiri. Dan aku spend setengah dari hidup aku memikirkan tentang orang yang tak peduli tentang aku.
Dan bila aku mulai rasa tanggungjawab itu, dia sudahpun tiada didunia ini.

Ayah meninggal dunia pada 2003 akibat kencing manis.

Namanya Omar bin Kassim.

4 comments:

SHAH MOLOKO said...

I can feel the love bila baca post ini.

Inilah yang aku maksudkan. Biarlah ayah@abah kita nie orang kebiasaan, but when he died...there's always something sweet that we can remember about him. His Datsun Van, for example....but as for me...I got none of the fondest memory with my dear father...

But I moved on. Your post left me smiling!

Fasyali Fadzly said...

lovely!
=)

kamal sabran said...

well done saat! well done

Sally said...

so touching.