Tuesday, June 22, 2010

+



Aku kena kencing lagi.

Sekurang-kurangnya itulah yang aku rasa.

namanya Li (atau Lee?) Dia bekerja membaiki air dan paip. Pembentungan dan apa entah lagi.
Dia bercakap dalam bahasa Indonesia yang aku tak faham. Aku tak tahu dia Madura atau Jawa atau dia memang sengaja bercakap dengan bahasa gibberish bila dia bercakap dengan aku.
Tapi aku memang tak faham lansung apa dia cakap.

"Abang bluer bluer bluer abang bluer but boo"
"Huh?"
"Abang bluer bluewk but but bup bup kang"
"Huh?"
"itu...itu poek tung tung tiung tung tu abang itu...itu"
Malas melayan aku pun mengangguk.
"Ok ok" jawab aku.
Kalau aku cakap aku tak faham bahasa dia nanti dia cakap aku tak cool pulak.

Dia seorang lelaki dengan gaya clumsy.
Patutnya aku yang lauk dia. Tapi dengan kuasa Tuhan, aku pulak yang kena lauk dengan dia.
macam South Afrika laukkan France semalam.

Dia mintak RM300 untuk dia buat paip, dan kasi air paip ditingkat atas jadi laju macam air terjun.
seratus untuk beli barang.
Dua ratus untuk upah dia dan kawannya bekerja.

Apa pilihan yang aku ada? Untuk air aku sanggup spend apa sahaja. Itu yang paling penting.
Well, tak semua tentang air diSelangor ni free ya....

Bila dia sebutharga khidmatnya aku mula mengesyakki ada unsur-unsur penipuan disitu.

Aku tak sure samada dia patut bekerja untuk free atau dia mintak aku rasuah dia.
Aku layan kan aje....

Kami mula bertukar-tukar handphone.
Dia bagi nombor handphonenya dan dia mintak nombor handphone aku.
"016 blablabla" kata aku sambil dia menekan bijik butang handphonenya.
"Nak letak nama siapa ni boss?" Tanyanya.
"Letak boss je" jawab aku konfident. Its not everyday I can be a boss, right?

Dia mintak duit pendahuluan. Aku bagi RM100.
"Nah, malam ni jangan pergi dangdut pulak" kata aku, kasar.
"Mana ada boss" dia tak habis-habis tersengih-sengih.

XXXXXXX


Petang aku mula mendapat panggilan darinya.
"Alah bang, itu barang sudah naik harga. Bukan seratus bang. Seratus lima puluh ringgit"katanya. Bila sebut tentang duit jelas pulak ayatnya.
Bila aku dengar ni aku tau aku kena kencing.
itu trick lama. Mekanik kereta biasa buat.

Apa yang boleh aku buat?
Aku ambil jalan yang selamat. Aku terpaksa berfikir secara positif.
Aku fikir Well.....Itu rezeki dia. kalau Melayu berani dan rajin jadi kontraktor dan buat macam apa yang dia buat, aku pun mungkin kena tipu dengan Melayu. So sama je.
Ni kena kencing dengan orang Indon. Ah apa salahnya? Apa bezanya?
INi dunia global dan penuh dengan unsur-unsur kemanusiaan..takkan kita nak kena tipu dengan bangsa sendiri je? itu adalah ciri-ciri racism yang lapuk. ehem ehem.

Kenapa aku harus bersikap perkauman dari ditipu oleh mereka yang bekerja keras mencari sesuap nasi?

Oklah aku layan jelah. Aku bayar sajalah berapa harga yang dia mintak.


Pagi tu aku datang lagi.
" Boss !! boss bluek bluek buk bek buk bek pot pot" katanya menyambut kedatangan aku. Awal dia tercegat didepan gate besi itu.
Aku tak faham apa dia cakap. Aku agak dia cuba menyampaikan yang kerjanya telah siap.
Dan sekarang dia nak upah yang aku janjikan padanya.

Aku pun pasang paip. Air turun.
Tapi takdelah laaju mana pun. Sperm aku lagi laju bergerak.
Dia tersengih-sengih berdiri tepi aku.

Aku terus menyapu ruang tamu.
Dia berdiri ditepi dinding.
Aku tahu apa yang dia mahu, dia nak duit dia.
Sengaja aku diamkan diri....nak tengok akai dia.

Lama baru aku bertanya.
"kau nak apa lagi ni? nak duit ke?"
Dia tersengih. "Ya lah boss"


Aku seluk poket dan bagi dia RM260.
Upah untuk dua orang, katanya.
.
Tapi aku rasa dia seorang sahaja yang buat paip tu, dan bukannya dengan orang lain.
pandai betul dia ayat aku. Aku harap idea kelentongnya adalah idea original dari dia.
sebab kalau bukan idea original kira dia tak kreatif ah.
Sebab kalau dia kreatif kencing aku, aku rasa dia memang berhak dapat duit yang nak.


Bila aku hulurkan duit, aku cakap dalam hati "Ni kira halallah brader. Anggap ini sebagai ucapan terima kasih kerana bagi kami/aku Chairil Anwar, Pramoedya, Mokthar Lubis, Jaka Sembung, Sibuta Dari Gua Hantu, Dukun Lintah, Penangkal Ilmu Teluh, Christina Hakim, Teguh Karya, Ariffin C Noer,Dewa 19, Melly Goeslow, Ada Apa Dengan Cinta, Garin Nughroho, Opera Jawa dan juga video porno Aril dan Luna"

Dia ambik duit aku dan terus tengok aku menyapu. Tak lama kemudian dia beredar.

God bless u lah brather.....

Lu ada nak buat paip atau ejas air? Atau nak berkenalan dengan dia? Call dia di nombor telefonnya 016 6218399. Cubalah...ok?

3 comments:

MOLOKO said...

Cina juga yang jaguh- boss aku kata bila kerja, buat macam cina Ipoh!

Dalam hati- how's that?

Dia jawab- Ipoh Mali- kerja mesti serupa bikin- macam cakap! So far...betul la tuh!

kamal sabran said...

kah kah kah memang lawak cerita hang ni saat. aku terbayang kalu buat short film! (mood:3 stooges)

Sally said...

kah2...weh Saat ko dah duk sana belum?