Sunday, June 13, 2010

*


Aku didatangi oleh 2 kontraktor.
Semuanya offer benda yang sama.
Buat grill buat dapur dan buat macam-macam lagi.
macamlah aku banyak duit nak renovate semua benda.
rasanya inilah yang berlaku bila orang beli rumah mula dapat kunci; dia akan dikerumuni oleh kontraktor2. Kau tak payah cari diaorang. Diaorang yang akan cari kau.

Masing-masing present aku dgn gayanya yang tersendiri.
Cina tu paling datang awal. Sebelum aku sampai keretnya dah parking depan rumah aku.
Mana diaorang dapat tahu aku dapat kunci hari tu entah......

Mereka bergilir offer apa yang mereka boleh buat pada aku.
Aku pulak yang jadi keliru tak tahu nak pilih yang mana.
Cina itu bukak failnya dan tunjukkan aku beberapa sample.
Aku angguk sahaja bila dia menjelaskan apa yang dia boleh buat.
"Ni berapa harga?" tanya aku , tipikal Melayu.
harga yang menjadi persoalan, bukannya qualiti.

Selepas Cina tu beredar beberapa orang Melayu yang sedia menunggu diluar masuk kedalam rumah dan mengadap aku.
Lelaki Melayu ini memperkenalkan dirinya sebagai Rizal.
Cakap sepatah sengih sepatah.
Cakap dia boleh tahan kencang.
Dia bagi offer yang sedikit murah untuk grill berbanding apa yang Cina tadi dah offer.
Aku pun mula berbelah bahagi.

Kalau aku pilih Cina tu, aku tak support bangsa sendiri.
Dan kalau aku pilih Melayu tu aku tahu kerjanya mungkin tak bagus dan aku akan dianggap racist.

hati aku pilih Cina tu. Tapi untuk berlaku adil, aku bagi setengah job pada Cina.
Dan setengah lagi pada Melayu.


Pada Cina tu aku suruh buat dapur Cina.
kat Melayu tu aku suruh dia buat grill.
Sama adil. Melayu dapat bahagiannya dan Cina pun dapat bahagiannya.
.
Lelaki Melayu yang bernama Rizal tu bukan Melayu asli aku rasa. Bukan macam kita. Asal Indon aku rasa. Ada loghat yang pelik. Dan juga warna kulitnya pekat.
Aku pun tak sure Rizal tu nama betul dia. nama betul dia mungkin Joko ataupun Ardy Wiranata.


Tiba masanya yang dijanjikan, 2 minggu kemudian, grill tak siap-siap.
AKu mula "Tulah bagi job kat Melayu. Memang cakap power. kerja tak siap gak" bebel aku pada Jaja.

Beberapa hari kemudian kami mendapat call dari Rizal.
Dia taknak buat kerjanya. gayanya macam merajuk.
Katanya dia bagi grill tu murah sebab dia ingat dia boleh dapat banyak projek dari aku.
Katanya lagi dia malu sebab dah gantung banner kat depan rumah aku sedangkan dia pun gantung banner yang sama.
Dan katanya lagi sebab kami bagi projek Dapur tu pada Cina.
Dia mula merancang untuk memboikot aku dan tak siapkan grill walaupun downpayment aku dah lama bayar.


"Eh Rizal! Cina ni dulu datang dari kau tau. Sebelum kau datang sini dia dah ada kat sini dulu!"
Aku jerit pada Rizal pekerja Indon tu.
Biar dia sedar sikit siapa dia tu pendatang.
Diam Rizal.
Aku ulang balik pada dia . "Cina tu dulu datang dari kau ok. Sebelum kau datang kesini dia dah ada dulu dari kau"
Diam lelaki tu. Mengada-ngada.

Akhirnya Rizal setuju buat grill....... walaupun sampai sekarang tak siap-siap.
Melayu buat kerja macam tulah.
Cakap besar abuk pun tarak.

3 comments:

MOLOKO said...

Aku dah kata bro..hehe

Biarlah sedikit biased..tapi duit kocek tadi berbaloi bila kita nak keluarkan..

Aku prefer cina all the way..beblia boleh singgah rumah baru nih ;)

saat omar said...

SIlakan singgah...tapi rumah kawe kecik aje....

hang bila pindah?

MOLOKO said...

Rumah aku Dis 2012 baru siap- lagi Cepat lagi baguih!

Aku singgah rumah hang- don't forget tu suruh Mrs masak laksa Penang...haha