Tuesday, May 11, 2010

Oklah tu kalah dengan Jepun....


Setiap yang amatur bercita-cita untuk jadi professional.

Begitu juga aku.

Aku pun pernah berangan2 nak jadi penulis sepenuh masa dan kkerja hanya menulis menulis menulis dan menulis dan menulis.

Macam Faizal Tehrani dan macam Ahadiat Akasyah (ada tengok gambor rumah dia kat Anjung seni?)

Bukan sebab duit. Tapi sebab fun.

At least aku tak payah pikir pagi pasal sukan SAF, pasal OBE, pasal ISO.

Walaupun kerja disini antara yang seronok bagi aku.

lumrah setiap artist tak mahu dikongkong oleh protokal yang melemaskan.

Begitu juga aku.

.

Bukan sebab nak jadi kaya raya.

Kata orang menulis ni masyuk. Ada yang beli tanah, ada yang beli rumah dan ada yang tukar kereta 5-6 kali. kata mereka dan few memang dah sukses pun.


Tapi aku?Dengan cara dan gaya aku sekarang, tukar motor pun tak dapat lagi.

.

Bukan sebab duit. Cukuplah kalau kais pagi makan pagi. Cukuplah lepas makan pagi makan malam. Cukuplah hujung minggu boleh belanja Naufal makan KFC. Cukuplah kalau dapat pergi Umrah dan buat Haji. Cukuplah kalau weekend boleh lepak hard Rock Cafe layan band Filipina.






Ok yang part pergi Hard Rock Cafe tu aku exagerrate sikit.

.

Dan aku nak menulis pun bukan kerana nama. Tapi kerna sifat kkasih pada sesama insan....oops oops tu dah lagu Ramli Sarip.

jadi ya. aku pun macam kamu juga. Bercita-cita untuk menjadi penulis professional yang kerjanya hanya menulis-menulis dan menulis.

.

Tapi cita-cita aku itu aku kuburkan sahaja bila semalam aku pergi MPH.

.

Ada berjuta penulis Melayu. Ada beribu buku novel Melayu dipasaran.

How can I beat them? Fikir hati aku.

Aku pun lupakan sebentar niat aku nak jadi penulis sepenuh masa.

Aku akui aku jarang baca buku novel tempatan. Jarang disini bermaksud 20 tahun sekali. Aku pun dah lupa apa novel tempatan terakhir yang aku baca.

.

Walaupun aku akui aku sebenarnya aku begitu memilih subjek bacaan aku. Aku tak choosy dengan pakaian aku. Kenderaan aku. Cara orang menilai aku. Tapi aku memilih bahan bacaan.

Bukan kerana aku memandang rendah dengan karya tempatan. Tidak. Err sikit-sikit adalah. Tapi tak secara keseluruhannya.

Ada beberapa perkataan yang aku tak suka dalam penulisan tempatan.

Antara perkataannya adalah ’dek

Dek kerana, dek this and dek that....Kalau ada perkataan dek dalam tulisan kreatif terus aku potong stim. terus buat aku rasa letih.

Kalau aku baca novel atau cerpen yang ada tulisan dek, aku terus meninggalkan penulisan tersebut.

Aku tak boleh nak jelaskan kenapa aku benci perkataan' dek' tu.

The same reasion why I cannot go on with George Clooney.

Lagipun dek tu bunyinya macam fake bagi aku. Heh-he.

.

Sesetengah penulis memang suka menggunakan perkataan dek itu.

Lagi satu perkataan yang aku tak suka adalah ’bodoh’. Dan macam-macam perkataan negatif yang lain. Aku tak suka.

Sesetengah penulis memang suka gunakan perkataan ’bodoh’ ini.

Kalau baca namanya sebagai penulis aku boleh tahu yang perkataan ’bodoh’ ni mesti akan keluar.

Aku boleh kira dalam cerpennya ada lebih dari 10 kadang-kadang perkataan ini.

.

.

Mungkin sudah tiba masanya aku kembali membeli novel tempatan. Membeli dan membaca dan menghabiskan bacaan pada novel tempatan.


Kebelakangan ini seperti yang kita tahu ada permintaan yang baik pada tulisan-tulisan tempatan.

Penulis dan penerbit muncul bagai cendawan tumbuh seperti zaman rock kankang dipenghujung tahun 1980an.

Is that a good sign?

Thats always a good sign. Jika orang makin minat membaca, its always a good sign.

Jangan Biarkan surau Ini Roboh adalah tulisan taufiqurrahman Al Azizi. Buku ini keluaran PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. PTS adalah penerbit paling galak. Di mana-mana kedai buku ada buku terbitannya. Cover kulit bukunya juga Nampak serius.

.

Gambar surau usang dengan rumput yang cantik. Komposisi dengan susuk tubuh lelaki yang sipi-sipi create somehow a perfect balance between horixontal dan vertical line. A good combination between human and building structure(wood) . bagi orang kampong macam aku, letak gambar rumah lama dan rumput je sudah cukup menarik perhatian aku. Ianya kelihatan seperti dalam mimpi.

.

Tambah lagi awan dilangitnya yang mendung-mendung basah begitu. Nampak surreal. Kita tahu hujan akan turun, dan apa nasibnya surau yang usuang itu? Basah dan tanpa perlindungan.

Walaupun cover kulit bukunya berlandaskan taste pop. Tapi ianya sudah cukup menunjukkan satu hasil kerja yang serius.

.

.

Alasan kedua kenapa aku memilih buku ini adalah alas an yang paling utama sebenarnya. Tajuk novel ini adalah Jangan Biarkan Surau Ini Roboh adalah satu tajuk yang telus(pinjam ayat Ajin, dan juga sila refer pada post aku bertajuk Education) Dan ada persamaan yang nyata dengan kisah manuskrip aku yang baru aku siapkan.

Atau dalam kata lain aku juga menulis tentang surau usang.

Sementara tajuk manuskrip aku itu lebih berselindung, JBSR ini lebih direct tajuknya.

Jadi bila kali pertama aku ternampak novel ini, aku tersentak. “ Damn! itu sepatutnya tajuk novel aku”fikir aku.

.

.

.

Betullah kata pegawai DBP itu dulu; tema penulisan surau yang usang sudah menjadi klise dalam penulisan kreatif tempatan. Aku tiada alasan untuk tidak percaya pada statement itu.

.

Lalu aku pun buat apa yang patut aku buat; Aku beli novel tu.

.

Balik rumah aku baca sambil menerap. Setengah jam kemudian aku tersengih.

Aku suka.

aku suka sebab ianya tak sama macam yang aku punya.

2 comments:

SHAH MOLOKO said...

Dr. Saat-
lagi satu benda yang saye benci- Nama pena penulis tempatan selalu di gandingkan dengan objek atau flora & fauna- contoh Bunga Lawang, Ketam Batu- atau sebagainya..
Lebih molek jika ianya Nama sebenar seperti

SAAT OMAR

saat omar said...

Thats it Moloko...buku yg tu untuk chick lit suka ah mereka...