Sunday, May 16, 2010

Panas


Aku cuba ingin menulis tentang hari guru.
Tapi tak boleh.
Cuaca yang panas betul2 menekan aku.
Idea tak keluar dan kepala pening.
Bila aku sakit kepala nothing good (and nothing bad) coming out of my head.
I just cant think.

Hujung minggu kebelakangan ini memang selalu diganggu dengan panas yang merimaskan.

Komedi Badul di TV pun tak mampu membuatkan aku ketawa kerana panasnya cuaca.

Tidur petang pun diganggu dengan angin panas.
Dan pada malamnya,walau kipas tak henti berpusing, tapi panas terus masuk kedalam.
Angin menyorok dibalik rumah flat yang berdinding hitam dan warna lampu kalimantan yang suram itu.

Begitu juga semalam.
Tidurku tak lena. Baik waktu petang mahupun waktu malam.
Gelisah aku diatas katil.


Dunia makin panas.

Seingat aku masa aku kecil dahulu aku boleh tidur pada waktu siang dan pada waktu malam tanpa pasang kipas.
Tapi sekarang.....
Sekarang pukul 10 aku dah pasang 2 bijik kipas dipejabat.
Dan itu berlaku pada pukul 10 pagi.
Itu pada pukul 10 pagi. Kalau pukul 1 tengahari?
Pukul 1 tengahari aku tinggal spender je dalam pejabat.

Ketika aku mulai mahu merajuk, hujan turun dengan lebat.
Alhamdulillah.
Sedikit demi sedikit hujan turun menyembah bumi.
Dan pohon dihadapan pun bergoyang dengan lajunya.
Dan angin semakin mesra, masuk kedalam rumahku dari segenap sudut.

Tubuh aku mula menggigil kesejukan.
Dan aku buat apa yang aku biasa buat bila hujan mulai turun.
Aku terjun keatas katil dan menyerkup satu badan dengan selimut.
Aku terlalu excited pada hujan dan romantiknya sehingga aku lupa tujuan asal aku membuka komputer bodoh ini;

Aku lupa nak tulis tentang guru.

1 comment:

SHAH MOLOKO said...

Exit tuh memang best sedap a-la Lynch..tetiba * end!

Panas! Bil letrik rumah aku bulan nie $250+ aircond full swing!

Selimut- in daging we tarik!