Thursday, May 6, 2010

Yes


Bagi rakyat tempatan , hanya ada dua cara sahaja untuk menilai seni.

.

cara yang pertama adalah best.

.Dan cara yang kedua adalah tak best.

.

PGL camne?”

PGL best”

.

“Hurt Locker camne?”

“Hurt Locker ok. Best”

.

“Adnan Sempit best?”

“Best”

.

“Clash of the Titians best?”

“Kureng. Tak best”

.

Begitulah mudahnya kita menilai seni.

.

Tapi kenapa tidak? Sedangkan kita hanya ada 2 pilihan; kiri dan kanan. Laki atau perempuan.

( Dan juga Gweyneth Paltrow atau Scarlet Johansson.)

.

Its the same with Ebert and co too. Its either two thump up or two thumps down kan?

.

Maka aku pun menonton wayang.

.

”Yang tinggal hanya couple seat je bang” katanya pada aku. Matanya seakan mengejek’abang ni ada ke kapel nak duduk seat ni” heh. Dahlah berjanggut. Jambagnya tak save pulak tu.

Nasib baik aku tak tengok kwayang dengan Ajin. Kalau denghan Ajin sudah tentulah ianya bukan pilihan yang baik. Aku dan Ajin duduk kapel seat? Nak buat ketawa dengan Bangladesh jaga torchlight tu je.

.

Aku pergi dengan Jaja. In a way couple seat not a bad idea.

.

“Berapa ringgit ye coupl;e seat?” Tanya aku lagi.

“Lapan ringgit” jawab perempuan tak bernama itu.

“Seat biasa?”

“Tujuh hengget”

.

Aku pelik kenapa couple seat lagi mahal dari seat biasa. Sedangkan untuk couple seat pawagam ni dah save untuk kusyen letak tangan. Damn! Well this is Malaysia. Untuk membuat onar dan maksiat,rakyat Malaysia terpaksa spend lebih seringgit dari harga biasa.

.

Aku pun beli dua tiket.

.

Hari tu Hari Rabu. Banyak pulak budak Melayu dipawagam ini hari ini. Maklumlah Melayu nak yang murah je.

.

Nombor kami menyala. Aku dan Jaja terus masuk kedalam. Lelaki tu pun tanpa banyak soal terus koyak tiket aku.

.

Macam biasa aku terus ketandas dahulu. Pergi ketandas actually part of the excitement menonton filem. Terutama di Cineplex besar macam ni. Masing-masing yang ada disitu semuanya hadir kesitu atas satu tujuan;menonton wayang.

Tapi dengan pilihan yang berbeza-beza.

Its fun to wonder whats the other trying to watch.

“Eh borhter lu tengok filem apa?”

“Hoppers”

“Wah manyak bagus support filem Melayu. Saya belum tengok itu movie ,tunggu Rabu depan ah”

“Lu pulak tengok filem apa brader?”

”Saya tengok Nightmare on Elm Street” tipu aku.
”Wah ,romantik movie saya manayak syiok jugak”

”Eh itu brader yang kencing tak pandang depan tengok filem apa ah?”

“Itu mesti tengok filem hantu punya”

“hahaha”

We all must be friendly. We all like movies kan?

It’s a men thing.

.

But in reality that’s not what happen. Kita masuk ketandas. Kita kencing kat mangkuk kencing tu dan kita ignore kawan-kawan lain yang sama-sama kencing macam kita. Kita tak friendly sesama manusia yang kongsi sama hobi dengan kita. Semua nak menyombong. macamlah filem yang diaorang tengok tu lebih baik dari filem yang lain.Macam ni nak buat logi nuclear?

.

Kami pun masuk panggung.

.

Gezek Robin Hood. Aku pun bertepuk tangan. Nak tengok nanti.

.

Gezek Persian of Donnie Darko. Masuk ni dah beratus kali aku tengok gezek ni. Walt Disney punya filem, maybe syiok.

.

Gezek Shreck. Kucing gemuk masih dengan lawak yang sama. Tak berapa sangat nak tengok.

.

Iklan Nokia. Iklan apa ntah dan tiba-tiba terus filem bermula.

.

Mungkin patut macam teater, ada announcement matikan telefon bimbit . Should be no problem. Lelaki Bangladesh itu at least boleh perbaiki Bahasa Melayunya.

.

Tapi takde.. Dari gezek ke iklan filem terus bermula tanpa pembayang.

.

Sejam kemudian aku mula menggeliat. Panasnya. Takde aircond ke panggung wayang ni” tanya aku pada Jaja. Tapi actually aku sengaja cakap kuat supaya kapel kat belakang pun dengar.

.

Kemudian Jaja suruh aku pegang perut dia. “baby tengah gerak” katanya. Tangan aku pun merayap ke perut.

Takde pun.Aku tarik tangan aku keluar.

Fokus pada Scarlet Johansson.

Jaja tarik balik tangan aku ke perut dia. Tiba-tiba aku rasa perutnya bergerak kuat. Aku ternganga. Jaja buat muka comelnya.

Memang betul bergerak.

”Tak geli ke? ”tanya aku.

”Kadang-kadang

Pada masa itu aku bayangkan filem yang kami tonton adalah Ridley Scott’s Alien. Sudah tentu Jaja akan mengingau bila tengok scene perut John Hurt kena robek. Tapi ini bukan Alien. Ini filem Robert Downey Jr yang bukan Trophic Thunder. Takde yang menarik berlaku dalam filem ini.

.

Tangan aku masih diperut Jaja. Sesekali memberi tumpuan pada lakonan Don Chesel. Sesekali bayi bergerak. Denga naggresif. Mungkin siku dia mungkin tangan dia. Tapi gerakannya kuat . Dan bila ianya berlaku aku rasa amazed yang amat sangat. Ini membuatkan aku terfikir; Macamana rasanya jadi perempuan ya? Its an experience I will never know. Must be fun ada rasa something dalam perut. Cute.

.

“Panaslah. Aircond takde ke?” Tanya aku yang terus gelisah. Bukan kerana aksi hebat difilem. Tapi sebab panggung wayang panas.

.

Bila filem tamat kami pun balik. Jam hampir pukul 12 malam.Aku mengantuk. Jaja mengantuk. Dan bayi dalam perutnya pun dah lama tidur.

.

Till next movie.

.

Oh by the way, Iron Man 2 tak best.

4 comments:

MOLOKO said...

Tadi aku pergi Scan perut Chema- maka nampaklah Baby Kami seperti sedang bertepuk riang dengan tangannya yang sebesar lidi itu....I'm amazed!

Bro..anak kita...insyaallah same age le Gayenye...

saat omar said...

wah manyak syiok ah?

Sekarang tak gelabah lagi, nanti tunggu sebulan nak bersalin baru start nervous...

aku actually masih lagi tak caya akan dpt second baby ni...masih in blues melayan Naufal...hah

MOLOKO said...

:D

maka aku akan mulakan ayat aku dengan....Saat Omar...a father of two...

idmalina mohamad ideris said...

so sweet la en saad ni...setiap tulisan dlm blog ni yg penuh dgn kejujuran...