Sunday, April 25, 2010

Manifestasi Gila






Kalau design kulit buku tempatan cun macam semua yang diatas (semua kecuali satu) ni aku tak meluahkan rasa tak puas hati. Susah sangat ke nak design kulit buku yang cun macam diatas ni? (semua kecuali satu)

Selalunya aku bertindak selfish dengan hanya menulis tentang diri aku sendiri. Tentang apa yang aku rasa, tentang pandangaan aku pada dunia.

Well Those days are gone.

.

Kali ini tulisan aku menjangkau sesuatu yang tak pernah terpikir oleh manusia lain sebelum ini.

Sesuatu tentang maruah bangsa.

Sesuatu tentang kebanggan.

Sesuatu tentang tradisi yang telah lama dinodai.

Sesuatu tentang

Aku ingin menulis tentang;kulit buku novel tempatan.Jeng jeng jeng.

.

Seperti yang kita tahu, cover buku tempatan adalah teruk (sambil menggeleng kepala). Ianya dibuat ibarat melepaskan batuk ditangga. Ianya dibuat tanpa ada rasa megah. Tanpa ada rasa tanggungjwab untuk menaikkan maruah negara.

Ianya dibuat sambil lewa.

Tiada visi tentang kulit buku.

Tiada nafsu tentang kulit buku.

Tiada passion tentang kulit buku.

Tiada amanah tentang kulit buku.

Mereka tahu dengan menerbitkan buku mereka berjuang atas nama bahasa dan bangsa.

Tapi mereka lupa nak kasi cun itu kulit buku.

Seperti yang aku tulis dulu; melihat kulit buku tempatan seolah-olah di Malaysia ni takde sekolah seni.

Tak ada sekolah grafik.

.

Mana Art n Design Grafik?

Mana student Lim Kok Wing?

Mana mereka semua?

Kenapa mereka tak bergabung tenaga memerah otak untuk melahirkan satu design yang baik agar nama negara ini terpelihara?

Wheres our best mind?

Why not this people contribute something cool for the industry?

.

Masalah sastera kat Malaysia ni, selain dari bentuk dan isi itu sendiri adalah

1) Pengedaran/promosi

2) Kulit buku.

Ini sebenarnya satu statement yang pahit tapi ada benarnya.

.

Ya seni itu subjektif. Subjektif pada keindahan tapi kalau ianya buruk, semua juga akan bersetuju padanya.

Penerbit seharusnya ada keyakinan dan percaya yang kalau buku itu dibalut dengan design yang baik, maka ianya boleh jual.

Pengedar buku tak perlu bergantung harap pada pepatah Inggeris yang terkenal itu “Don’t Judge A Book By Its Cover” itu hanya dakyah mereka sebenarnya sedangkan kulit buku mereka cantik. Mereka mahu kita gunakan pepatah itu sebagai alasan untuk kita tak membuat kulit buku yang baik. Sebab mereka tak mahu kita membeli buku dan mereka mahu kita terus jadi takut pada buku dan ilmu. Dan bila kita bodoh, mudahlah mereka terus menggunakan kita.

Memang tak boleh nafikan bahawa kulit buku terbitan tempatan tak memenuhi nilai estetik yang baik. Tak perlu berselindung disebalik kata-kata bahawa seni itu subjektif. Yang buruknya adalah subjektif tetapi keindahan itu dicapai dalam kata yang sama.

Ini tanggungjawab bersama.

Kalau bukan kita yang sayangkan industri buku kita siapa lagi?

Buku kita, buku Melayu yang dibaca hanya oleh kita.

.

Siapa lagi yang kita nak harapkan keindashanannya kalau bukan kita lagi?

Ini warisan kita.

Ini kebanggaan kita.

Ini amanah kita.

Ini khazanah kita.

Ini lahir dari rasa cinta kita pada seni dan budaya.

Buku kita berhak mendapat kulit buku yang cantik dan baik!

Kalau buku itu boleh berkata2 sudah tentu dia merayu kepada kita untuk memperjuangkan nasibnya.

Tapi buku itu silence.

Namun begitu kita tahu dia merintih meminta pembelaan yang sebetulnya untuk dia..

Jadi kalau bukan kita yang mendengar rintihannya siapa lagi?

Siapa yang peduli tentang buku kita kecuali kita sendiri.

.

Aku sayangkan sastera tempatan.

Aku hargai penulis-penulis kita.

Mereka bukannya orang lain. Mereka adalah pejuang bahasa.

Mereka adalah pejuang budaya.

Mereka adalah sasterawan yang berhempas pulas setiap malam memerah otak mencari idea untuk menulis kreatif.

Mereka berhak mendapat kulit buku yang baik.

Kita perlukan revolusi design buku yang baik sekarang.

Dan ini perjuangan aku ketika ini.

Supaya semua penulis buku tempatan mendapat kulit buku yang baik untuk setiap buku tulisan mereka.

Takbir.Allahuakbar!

Takbir. Allahuakbar!

TAKBIR. ALLAHUAKBAR!!

.

Arghhhhhhhhhhhhhh!!

.

Amacam? Ada gaya jadi Menteri Kebudayaan tak?

3 comments:

The Speaking Kitty Kat said...

memula baca sound serius.. tetiba ayat last tu terus jadi 'hahahaha'... ok...

saat omar said...

..Itulah dianya...

SHAH MOLOKO said...

Aku doakan cover buku ko turn-out GAH bro!

If complicated sangat..ko muncul dengan huge FONT pun ok.. S O
S O - Saat Omar atau SENI OTAK!