Tuesday, March 9, 2010

Suara Dari Depan, Suara Dari Belakang


Aku dan seorang lelaki dalam satu perjalanan lurus. Dia berjalan didepanku maka aku tak Nampak paras rupanya. Dari susuk tubuhnya dia obleh jadi lebih muda dari aku. Atau mungkin lebih tua. Aku tak tahu.
cahaya terik diatas kepala. sekeliling warna kuning malau, macam dalam lukisan Dali.

Tiba-tiba aku terdengar satu suara kuat yang menyebabkan aku berpaling.
“Oi Orang tua!”
Kemudian suara itu menjerit lagi.
"Oi! Orang Tua!"

Aku berpaling kebelakang. Adakah suara itu memanggil aku?

AKu tak nampak sesiapapun yang menjerit itu. Disekeliling kami adalah padang jarak padang tekukur. Horizontal line merentasi setiap sudut sampai kehujung yang beribu batu jauhnya.

Sudah tentu suara itu memanggil kami. Hanya kami berdua sahaja yang ada dijalanan itu.

Tapi kemudian baru aku sedar, hanya aku yang berpaling sedangkan lelaki dihadapanku itu hanya terus berjalan kehadapan.
Adakah dia memang tak dengar, atau dia bukanlah seperti apa yang dipanggil oleh suara itu.

“Oi orang tua!”
sekali lagi suara kuat itu menjerit dan aku berpaling. Adakah dia memanggil aku, fikir ku. Dan kali ini hanya aku yang berplaing mencari arah suara itu, sedangkan lelaki itu hanya meneruskan perjalanan seolah-olah dia pekak.
dari mana datangnya suara itu?

Aku berlari mendapatkan lelaki itu.
Kulihat wajahnya ,tapi sukar untuk menyatakan yang dia lelaki tua ataupun tidak.
“kau tak dengarkah suara yang memanggil itu?”
“Suara apa?”

“yang memanggil oi orang tua. Ianya boleh jadi aku ataupun kau. Aku berpaling tapi kau tidak. Adakah kau merasa dirimu tidak tua atau kau merasa panggilan itu bukan untukmu maka kau tak berpaling ?” Tanya aku lagi.
Dia hanya tersenyum, kini menampakkan kedut diwajahnya.

“Aku dengar ada suara memanggil orang tua. Tapi tak seperti engkau, Kau mendengar suara dari belakangmu. Dan aku mendengar suara memangil orang tua dari arah hadapanku.Dan aku sekarang berjalan kearahnya”katanya tenang sambil menguntum senyuman.

“kau tak dengar suara memanggil orang tua itu dari arah hadapanmu?”tanyanya lagi dan aku menggelengkan kepala.

Kemudian dia terus berjalan kehadapan meninggalkan aku.
Apa maksudnya bila dia bercakap begitu.?
Bila aku mula melangkah, aku terus terdengar suara misteri itu dengan kuat dan lantang.
“Oi Orang tua!”

Kali ini aku tak berpaling. Aku yakinkan diri aku yang suara itu bukannya memanggil aku.

3 comments:

SHAH MOLOKO said...

SentiMentol!

Fasyali Fadzly said...

uih... ini kes apa dia ni.. menarik kalau jadi makin panjang. surreal..

Anonymous said...

Vitamin...cerita ni mudah je. Cerita orang tua yang tak ngaku dia tua...heh

-saat