Sunday, February 28, 2010

Denzel, Orang Tua dan Butang Excellent


Orang review Book of Eli lu pun nak review movie yang sama. Eh suka hati akulah….Tapi ni bukan review filem. Ni pengalaman menonton filem ok.

Aku ada 2 pilihan. The Book of Eli atau From Paris With Love. Atau dalam kata lain; aku ada 2 pilihan, Denzel ataupun John?.

Kalau filem FPWL tak menarik sekurang-kurangnya aku boleh ‘layan’ arkitektur dan interior Parisnya, BOE adalah filem Apocalypse. Kalau tak menarik nak layan apa? debu? Warna akan jadi sama dari awal filem sampai akhir.

Akhirnya aku pilih Book of Eli. Bukan sahaja sebab Denzel, tapi sebab Gary Oldman. Dia ni makin ‘tua’, makin kurang. Tapi kalau dia berlakon jadi jahat… kita harus tengok. Lupakan pasal Sirius Black. John Travolta kena tunggu sikit lagi. Paris can wait.

Aku pun beratur nak beli tiket. Orang ramai macam biasa sampaikan aku ingat ni hari Sabtu. Tapi kita mesti ingat, beratur nak dapat tiket pun part of pleasure watching movie actually. It’s a package. Kerana bila dah sampai kekaunter tu kita akan rasa “Yes! Ive made it !” macam orang yang panjat Gunung Kinabalu.
Aku beratur tak lama. Tak sampai 5 minit aku dah sampai kaunter.
”Buku Eli satu ” Kata aku buat lawak bodoh.
Gadis didepan kaunter tu tak senyum pun. Rasanya aku bukanlah orang pertama yang buat lawak tu kat dia hari ni.
”Book of Eli satu? Pilih seat bang”
Aku pun tunjuk kerusi biru muda yang aku minat. Sejam lagi aku akan duduk dikerusi itu, fikir aku. Suatu hari nanti komputer akan lebih advance. Mereka akan scan gambar kita ketika kita berdiri nak belu tiket dan letak gambar kepala kita pada seat yang kita pilih. Baru cute! Suatu hari nanti Insyallah....

Harganya sepuluh ringgit. Aku bayar dan aku tekan Excellent pada button smiley face tu. ”Execellento!” jerit aku kuat-kuat ,saja nak bagi tau pada yang tengah beratur aku dah laksanakan tugas aku menilai pekerja kaunter itu. Dan dia memang excellent orangnya. Aku doakan gadis tu naik gaji. Sekurang-kurangnya dia dapat boyfriend yang hensem macam Denzel nanti, Insyallah.

Aku melihat jam, aku ada lagi sejam sebelum aku boleh jumpa Denzel dan Gary. Aku pikir maybe aku boleh turun ke Borders dan browsing buku-buku dan majalah. Its part of the package watching movie disini actually. A must. Tambah lagi aku pun menonton filem yang bertajuk buku…..tapi takdelah smapai aku nak pergi The Library kan? Heh…

Bila aku turun escalator ada satu tangan mencuit bahu aku. Its Ajin! Bila aku berpusing aku nampak kawan-kawan Ajin yang lain. Alamak, kata hati aku. Aku tak dapat nak lari lagi kali ni. Aku kena bersemuka dengan mereka-mereka ni. Alahai lecehnya. Kalau ada yang ni mesti yg lagi sorang tu pun ada. Dan kalau yg sorang tu ada mesti yang lagi satu tu ada. Adoi! Boringnya. Kalau ikutkan hati aku nak aku lari je. Tapi aku takde choice. Aku ikut je kemana mereka pergi. Nanti nampak tak cool pulak.
Kami minum disebuah kedai dihujung bangunan. Dalam hati meronta-ronta nak blah. Nasib baik ada iphone Joe, boleh aku godek-godek sikit. Sabar Denzel, sabar Gary, sejam lagi kita akan bertemu juga.

Sejam kemudian aku gerak naik keatas.

Filem ini bermula dengan Denzel makan kucing. Actually ini pun sebenarnya clue untuk the actual twist at the end of the movie.

Memang sunyi jadi Eli. Temannya hanya ipod , itupun akhirnya ia habis bateri.

Eli terus berjalan dan berjalan. Dia menuju kebarat. Bagi menambahkan aksi Eli bertarung ala-ala influence mangga yang violence; putus tangan putus kepala putus semua dan darah dalam black n white(kerana mereka bertarung diterowong gelap) meyakinkan kita bahawa Eli ni bukan calang-calang orangnya. Teringat pada watak Hussein Abu Hasaan dalam sebuah filem Melayu yang diarahkan oleh seorang pengarah Filipina. Sama, lebih kurang je dua orang ni. Perfect Stranger.

Eli pun terus berjalan dan berjalan....akhirnya dia tiba di Tapah Road...oops sorry, disebuah pekan yang tak bernama. Eli berhenti kerana nak charge bateri iphonenya. Dan seperti yang dijangkakan disini Eli bergaduh sekali lagi. ”I dont want trouble” kata Eli. Tapi Eli bohong, satu bar tu dia penggal kepala dengan pedang rambonya. Dan betapa ironiknya sebelum tayangan filem ini bermula, penonton disajikan dengan gezek promom filem Karate Kid versi baru. Anak Will Smith dan bukannya Ralph Machio ! Maka aku pun beranggapan bahawa mungkin agaknya, Eli ini adalah watak yang sama dalam filem Karate Kid itu.

Kehebatan Eli menarik minat Gary Oldman. Siapa Gary Oldman dalam filem ini? Gary Oldman adalah seorang lelaki memakai cermin mata nerd yang suka membaca buku. Satu bakat yang rare pada masa itu. Ramai manusia tak reti membaca. Kerana pandai membaca, maka Gary Oldman pun mencari buku. Sebuah buku sahaja yang dia cari sehingga sanggup hire bikers jahat pakai google ala-ala Hells Angel untuk mencari the only holy book yang survive itu. Bila diberi buku Da Vinci Code, Gary Oldman menyuruh buku itu dibakar sahaja kerana ianya bukanlah buku yang dia cari. Oh betapa subtextnya babak itu.

Gary Oldman bukanlah satu watak jahat yang sadis sangat. Pada isterinya, dia hadiahkan sebotol syampu. Probably the only shampoo left in the world katanya. Macamana kau nak benci dengan watak yang macam ni?
Bila terpegun dengan kehandalan Eli bermain pedang Rambo, Gary Oldman menawarkan Eli untuk bekerja dengannya. Tapi Eli adalah tipikal hero yang akan menolak pelawaan sesiapa sahaja. Dia ada missionnya sendiri. Dia perlu pergi ke Barat.

Bila Gary Oldman dapat tahu buku yang dicari-carinya selama ini ada ditangan Eli, maka berlakulah adegan aksi yang lebih hebat. Semuanya kerana untuk merebut buku itu. Kemuncak adegan tembak menembak, bazooka dan segala jenis senjata canggih berlaku dirumah pasangan tua yang suka makan daging manusia.

Dan akhirnya, yang baik menang dan yang jahat mengigit jari.

Antara babak yang aku suka dan yang menyentuh hati adalah pada babak akhir bila semua holy book, setiap religion didunia ini disimpan baik dirak yang sama. Kalau tak silap aku, inilah pertama kali dalam sejarah Hollywood buku-buku Holy disusun sebelah menyebelah.

Sekali imbas Book of Eli sebuah filem apocalypse, macam Road Warrior, Costner’s The Postman, Terminator 2 dan lain-lain. Ada persamaan dari segi idea, dust dan juga warnanya. Tapi sebenarnya BOE memabwa mesej yang lebih dari sekadar anti war movie. Tapi akhirnya bagi aku filem ini lebih sama dengan Ray Bradsbury’s novel dan Truffaut’s Fahrenheit 451

Atau, lebih adil, Book of Eli lebih dekat dengan Syamalan’s The Sixth Sense. Kenapa aku berkata begitu? Kerana ketika kau menuruni escalator itu kau akan cuba membayangkan beberapa babak awal yang membuatkan karakter itu bertindak seperti itu. Dan kau akan cakap “oh patutlah dia ni, patutlah dia tu” blab la bla.

Yes its a twist movie. Kalau beli DVD letakkan filem ini disebelah Fight Club, Usual Suspect dan juga The Sixth Sense. Atau boleh juga letak disebelah Leon the Professional walaupun Gary Oldman takdelah jahat sangat dalam filem ini.
Yang jahat sekarang adalah Siti Nurhanim Aziz dan teman lelakinya.

5 comments:

razin salleh said...

demmmm ko kata aku hipokrit? :(

saat omar said...

haha bukan kau ah Ajin...org lain.
pemandu teksi yang dera Syafiah tu yang hipokrit.

HULU SELANGOR 28 Feb. – Beberapa hari selepas insiden yang meragut nyawa Allahyarham Syafiah Humairah Sahari, penduduk di Taman Batu 30 di sini melahirkan rasa marah dan kecewa kerana ditipu oleh ibu dan teman lelaki kanak-kanak malang tersebut.

Rata-rata penduduk yang tinggal di kawasan perumahan itu mendakwa, mereka selama ini ditipu pasangan tersebut yang mengatakan kononnya mereka suami-isteri.

Namun, insiden yang menimpa Allahyarham Syafiah Humairah pada Khamis lalu akhirnya membongkar rahsia pasangan itu apabila mereka sebenarnya masih belum mempunyai ikatan.

Berikutan rasa marah terhadap pasangan tersebut, beberapa individu bertindak menconteng dinding hadapan rumah suspek menggunakan cat hitam dengan perkataan ‘pembunuh’.
....

SHAH MOLOKO said...

Saat...Cunnye gambar Profile ko..MILF! Emm seddaaapp!

carwashku said...

Emmm....cantik gambar !!! mana dapat???

Well saya jelos ar dgn u sbb banyak masa utk baca buku, gi tengok movie, gi jalan2, etc...do all the things u most like...best giler ar...

saya...uhhhaaa...really stick together with the time...opps time out...

Anonymous said...

:) ty carwashku...bagi saya itu satu pujian...
Dan juga satu kebetulan...kerana baru semalam saya berfikir benda yangn sama...saya rasa bertuah sebab saya dapat buat apa yang saya nak buat....:)

-Saat