Wednesday, January 20, 2010

Aku cuma sempat tengok Sujud, RonaMaya dan Mautopia. Yang lain aku sibuk layan budak part 1 perform kat konferensi sebelah anjuran budak Management part 5. memang event silap timing aku mengaku, sebab aku pun nak bagi peluang kat budak teater untuk tengok Short Movie skrin juga. But its either this week or next week (konferensi must go on) next week on same Wednesday ada Karaoke. heh.....so.....
.
Tapi yang penting dua2 event full house. Syabas kepada production yang bertungkus lumus menjayakan majlis.

Diantara Sujud, Rona Maya dan Mautopia, aku suka Mautopia.
Kenapa? Sebab ada hotchicks.
Ah standard ah aku laki aku suka tengok filem yg ada perempuan cantik. Normal kan? (this is same reason yang aku kureng sikit dengan LOTR. LOTR is all about telur kehulu kehilir nak buang cincin. Cincin guna untuk apa? To tie a married. So bila lelaki buang cincin tu tanda dia tak percaya pada ikatan perkhawinan. So Hobbit ni gay ke apa? Dah le Smeagol tu hodoh. Uruk Hai pun buruk.
LOTR adalah pesta lelaki-lelaki hodoh. Kan?
Yang ada pompuan pun cuma bunian. tapi bunian bukanlah karakter perempuan yang menarik dalam filem sebab mereka ada power. Mereka boleh tangkas segala macam hantu dan lelaki sexy macam Aschton Kutscher. Perempuan yang ada power dalam filem tak mampu untuk menarik perhatian. (jangan marah je LOTR fan, gurau-gurau je))

Sujud ialah 2 lelaki pakai seluar pendek tidur terbongkang.
Rona Maya ada gak hot chick. Tapi muka ketat sebab dia hanya imaginasi.So awek tak real tak boleh consider sebagai human lansung.
Mautopia? Now this is the best idea sebab bukan sahaja ada hotchick. tetapi aweknya memang cute. Dan bukan sahaja sorang, tetapi ada 2 hotchick! cute pulak tu.
Tu tengok time shot malam, kalau siang mesti lagi terserlah kecantikannya.Ehem....
.
Hotchik ditengah malam, dalam imej yang kabur dan ketakutan adalah formula biasa di Hollywood.(Tengok Texas Chainsaw ke Halloween ke Alien ke). Tapi ini formula yang tak jemu diguna pakai kerana, memang perempuanlah paling layak ditakutkan. Cuba bayangkan kalau yang memandu tu lelaki, lembut atau tidak. Tentu rasa geli kan?
.


But of course…Mautopia is good not just because ada pompuan.
Mautopia adalah filem tentang filem, dan dalam masa yang sama dia cuba menggabungkan rasa inferior ketakutan didalam gelap, tentang perjalan hidup manusi yang tak tahu endingnya, idea time of space dan macam-macam lagi.

Mautopia bermula semacam Blair witch project (dan filem-filem seumpamanya) bila voice over membilang satu sampai sepuluh, bulu roma aku pun hampir meremang. (and of course in the actual event the girl probably hit the other girl at the count of ten)

First lineye yang berbunyi “Aku baru balik menonton wayang di Puncak Perdana” make it on the same league as opening in say, Apocalypse Now when Martin Sheen said “Saigon. Shit” or even Moby Dick opening line “Call me Ishamel”; kata nama khas digunakan pada line yang pertama menunjukkan kejadian berpaksikan pada tempat yang wujud. dan 10-20 tahun akan datang kalau FTKA berpindah viewers akan sentiasa ingat suatu masa dahulu ad tayangan filem diadakan di fakulti ini pada waktu malam.
Dan juga hakikatnya jalan gelap di Puncak Perdana ini memang banyak kemalangan dan tragedy pembunuhan blab la.
First line adalah promosi baik untuk FACT (atau FACT ataupun TEKA) dari menggunakan shot bangunan2 baru di UiTM induk untuk tujuan yang sama.

Selain dari itu, Mautopia dalam first linenya cuba bermain dengan ‘real adventure’ dengan penonton agar kesan menonton lebih dekat dan nyata. Di Puncak Perdana tiada jalan lain lagi untuk keluar kecuali melalui lorong gelap ini. For a few minutes when u left the school, the image from the movie, the experience will haunt u back , and for us, yang bekerja dan belajar di sini, it happens everyday (well, kecuali Norman Yusof sebab rumah sewanya didepan fakulti sahaja )

Ridwan really a major talent to watch.
.
Hujung tahun lepas kerajaan ada announce dana berpuluh juta untuk pengiat karya seni. Some of that money should go into our best students here. They should be given a chance to direct full length movie now.

Aku pun balik nak motor tengah jalan gelap. Memang gore. Aku beranikan diri cuba bilang sampai sepuluh untuk mencabar rasa takut aku. tapi nasib baik takde apa-apa berlaku. nasib baik takde benda yang tiba-tiba appear di tengah jalan. Beberapa tahun dahulu ketika aku tinggal berdekatan dengan Puncak Perdana, tayar motorsikal aku pernah pancit waktu 2 pagi. kejadian ini berlaku 2 kali. maka menolaklah aku dalam gelap. kadang-kadang terhenti didalam gelap menunggu kereta lalu untuk mendapatkan cahaya. Memang scary. Hutan disebelah yang besar gagah seolah-olah ada mata merah sedang memerhatikan aku terkial-kial seorang diri menyorong motor. Itu antara pengalaman paling.....gelap.
.
lalu aku pun pulang dengan sedikit seram sejuk, tapi bila teringatkan Dr Anuar Nor Arai yang baru meninggal dunia, perasaan takut aku hilang dan diganti dengan perasaan simpati dan rasa kehilangan.
betapa ironiknya, ketika aku menghargai karya seniman muda, dunia akademik tempatan kehilangan seorang demi seorang ahli fikir filem dan seniman yang baik.
Dalam perjalanan aku lapar kembali.
Aku singgah dikedai burger yang kedekut mayonnaise tu. Beli satu dan makan dengan gelojohnya bila sampai rumah.
.
Kunci jam pukul 4 nak tengok Liverpool vs Spurs. Tapi hanyut juga macam watak dalam filem Sujud tu heheh.
Bola entah kemana Subuh entah kemana.
Tapi takpe, Liverpool menang 2-0 beat Spurs.
Aku suka.

4 comments:

SHAH MOLOKO said...

the horror.....
............the horror! aku seram bila gaji aku tak masuk! The Horror! The Horror!

saat omar said...

heh samalah aku...gaji tak masuk lagi. Weekend ni duk umah jelah.
Januari kali ini mmg terasa panjang....the horror, the horror.

Ajami Hashim said...

saya marah dgn reviu ini dowh!

*LOTR fan

saat omar said...

hahaha marah konon....

Pakai jelah cincin tu buat apa buang.