Tuesday, November 10, 2009

Ewah-Ewah....




This is how I release my tension; Dengan merewang ke shopping kompleks.
.
The romans must be very jealous dgn aku, kerana walaupun mereka berjaya membina saluran paip, tandas dan air wap;mereka masih gagal membina shopping kompleks yang besar2.

Jadi bila aku lebih advance dari Romans, aku pi shopping kompleks batu bata, yg ada airconds dan escalator dan juga tandas yang boleh flush.

Tu belum nak bandingkan aku dengan orang zaman pra sejarah lagi....

Jadi beginilah cara aku release stress. Pergi dari kedai ke kedai. Browsing magazine. Browsing CD. Pinjam tandas. Tengok barang2 Decor. Selak buku. Naik escalator. Browsing majalah lagi berjam-jam. Tapi tak beli. Hey jangan salahkan aku sepenuhnya. Aku memang datang dari kelompok itu beb.

Aku dulu memang seorang kaki lepak dikampung dulu. Supermarket di Teluk Intan itu dibina kerana aku,percaya tak?.
Dan bukan salah aku. Aku datang dari Teluk Intan. Raja Lepak. Dan bila aku sampai di KL, rugilah kalau aku tak terus melepak jadi taikshopping kompleks macam dulu. Eh korang jugak yang cakap KL ni penuh dengan shopping kompleks. So ni kira lauklah bagi aku beb.

Tapi sekarang dah kurang. Aktiviti kami dan slow. Mana agalnya mamat2 Melayu yang pakai seluar fit, lepak tengok orang lalu lalang tak buat apa.
Dulu ramai. Dulu keovch satu Malaysia. Katanya rakan Muda pun ditubuhkan dulu nak elakkan remaja Melayu dari Melepak. So sekarang ada lagi Rakan Muda? Ada lagi remaja melepak? Tak ada.


So mana perginya budak2 yg melepak dulu? Takkan dah ada life kot ?Takkan dah ada anak bini kat rumah? Entahlah...dah jadi manusia berguna kot? Dah jadi askar jadi FRU, jadi apa ntah.Takkan semua dah kena halau dengan pak guard Shopping Kompleks? Takkan gaya hidup kita dah jadi semakin baik, rumah dah semakin besar sampai remaja dah tak minat nak lepak shopping kompleks? Or sebab dah ada gaya hidup yang baru? Main game 24 jam? Facebooking? Friendshipping? Myspacing? Tweeting? Fucking? Oh gitu.....

Aku taknak budaya tu pupus selamanya.Gila kau! Kalau takde orang macam aku ni siapa nak naik shopping kompleks tu. .....20% je yang yg naik shopping kompleks nak beli barang dan lain semuanya kalau bukan window shopping, adalah pelepak tegar macam aku ni.
.
Eh seronok melepak ni beb. Usha awek, usha jantan, usha pompuan. Bukan itu aje, cari ilham pun ya. Cari idea. Kalau tak melepak kat shopping kompleks mana idea nak datang beb. Kalau rajin pergi ke bahagian makanan, letak tangan dalam aircond .sejuk beb.
Kat rumah takde benda macam tu. Pastu boleh ke bahagian eletronik usha LCD, TV baru, Hi Fi baru. Usha je beb tak salah kalau tak beli. Kalau berani sikit boleh pergi bahagian mainan, tengok harga Lego yang gila babi mahal tu. Tengok je bukan nak beli pun.
Kadang-kadang berselisih dengan kawan2 lama. Jumpa artist pun ada. Memang seronok.

Kalau nak thrill, boleh pergi ke pasar besar macam Careffour atau Giant. Satu tips untuk enjoy window shopping adalaha bawak trolley bersama. Walaupun taknak beli apa-apa barang tapi tak mengapa. Tolak trolley tu sepanjang berjalan. Trolley makes us feel powerful. Ianya membuatkan kita rasa berkuasa dan banyak duit. Rasa macam boleh beli semua barang yang ada didunia ini.Dan bila dah penat berjalan, letakkan balik trolley kosong tu ditempatnya balik. Apa susah? takde orang nak marah.

Itulah cara aku release stress. Kalau aku ada duit memang aku akan pergi ke Maldives, ke Bali ke Hawaii.
Tapi aku takde duit. Shopping kompleks sajalah tempat orang macam aku ni.
.
Ingat semua...I Shop therefore I am.

2 comments:

carwashku said...

ewah ewah ingat u sorang je ke buat lagu tu..hehehe orang dah lama buat program tu...as perkara wajibbb....beli belakang kira...yg penting gi belek2 barang sekali usha orang2 (hahaha!!!) tapi memang best giler wat kerja tu...best sbb tak kena bayar pun, paling2 bayar duit makan je...air free ( air liur sbb dok telan air liur bila tengok barang mahal giler!!! HAHAHAHAA )

SHAH MOLOKO said...

Aicheeh.... Itu hobi aku gak tu! Lagi-lagi bila tengah bulan!

Yang steamnya lenguh kaki jalan sana sini without buying anything before we end up loading perut bila dah penat! Nak try LakeFood platter Kami? He he he

Dah ingat EG mana satu?