Thursday, November 12, 2009


Kadang-kadang aku pakai hahaha
Kadang-kadang aku pakai hehehe
Kadang-kadang aku guna huhuhu
Ada juga masanya bila aku bosan ketawa yang sama aku guna hohoho
Jarang aku pakai hihihih
Sekali sekala je aku pakai muahahah

Hahaha untuk lawak yang kelakar
Hehehe untuk terasa sinis
Huhuhu untuk lawak sarcastik yang terkena pada diri sendiri
Hohoho tu kalau aku dah bosan pakai yang lain.
Hihihi kalau aku terasa aku ketawa sambil cute
Muahaha tu kalau aku nak gelak berguling atas lantai.
Actually takde beza sangat. Gelak ialah aktivitimembuka mulut luas-luas. kalau lagi power sampai berair air mata.
Hahaha adalah hihihi adalah huhuhu adalah hehehe. sama saja.

Bosan juga pakai setiap penghujung komen aku letak ketawa. Tipikal. Klise. repetitous.
Tapi nak buat macamana, kalau tak gelak nanti orang ingat serius sangat. So kena jugalah pakai bahasa ketawa ni hehe haha huhu….

Kena cipta style ketawa yang baru hehehe
Yang takde haha hehehe hohoho muahahaha
So kadang2 aku pakai :) dan juga :D
Tapi lama-kelamaan itu pun nampak biasa. Semua orang buat. nampak cute dan comel sangat, sedangkan aku bukanlah cute dan comel pun. So tak sesuai untuk aku.... Scarlet Johanssen sesuai pakai :) dan :D, aku tak.

Jadi akhirnya aku tak ketawa lagi. Aku cuba untuk menangis.


Bagaimana pula menangis? Tak pernah pun ada tanda menangis yang aku nampak orang pakai diinternet.
Konklusion; internet untuk happy-happy, untuk buat manusia bergembira.

INTERNET UNTUK MANUSIA BERGEMBIRA!! HAHAHAHAHAHA!
HAHAHAHAHA! MUAHAHAHAHA!

Akhirnya aku ketawa semula….

Hahahaharun Salim Bachik
Hohohohorlickkkk
Kakakakaka Kaka
Hihihilmi Harunnnn
Hahahahhasmi Hashimmmms
Hohohohotak kau
Ahak.
.
* benda ni ditulis ketika sedang menunggu student untuk assestment yang tak muncul-muncul... :( (yg ni mmg tak larat nak gelak)

3 comments:

Vitamin said...

perenggan yang last tu lawak.. lawak tragedi..

MOLOKO said...

Aku prefebly guna He he he...sebab aku yang kau kenal memang tak akan senang ketawa terbekah-bekah.

Bagi yang tak kenal aku, kerapkali aku dilabel serius prick!

What the heck! As long aku yang Saat kenal stands!I'm happy with it...he he he..

Anonymous said...

bagaimana dgn tanda ini T_T atau =(