Thursday, September 17, 2009

SENTIMENTAL

SENTIMENTAL

Melayu bukan Melayu kalau dia tak balik kampong untuk beraya diHari Raya.
Dan raya bukanlah raya kalau dia berlansung cuma sehari.
Kalau Deepavali disambut satu hari, Xmas sehari,Chinese New Year 2-3 hari. Kita beraya selama sebulan pun tak habis. Nak cover balik setiap puasa yang kita spend di bulan Ramadhan konon. So adalah raya pertama raya kedua raya ketiga raya ke sepuluh raya ke 23 sampailah ke raya 30. memang kalau boleh kita nak lebih dari orang. Terutama part-part celebration ni. Kalau part kerja kita slow sikit. Kalau pasal nak bukak puasa laju je khemah naik. Itu jelah yang kita pandai, atur majlis berbuka dan beli tiket bas bila nak balik kampong beraya.

Aku rasa itu yang melemahkan bangsa Melayu. Bulan puasa boleh jadi alasan untuk bermalas-malas bagi yang memang selalunya malas. First day puasa nak balik kampong, nak berbuka dengan famili, romantic konon. Padahal duduk kat Kelang je. Dah skip 1 kelas. Hari last puasa nak balik kampong, skip 1 kelas lagi. Raya lagi seminggu semua dah pakat balik kampong. Alasan tiket habis. Dah le bulan puasa kelas macam takde kelas...tertidur sampai pukul 10.30 pun ada. Perempuan pulak tu. Memang haru. Aku tak rasa diaorang ni bersungguh-sungguh nak belajar. Apa yang diaorang buat kat sini pun aku tak tau. Gendung buku kehulu kehilir bukannya baca pun.

Cukuplah tu…Aku taknak jadi sentimental macam orang lain sangat kali ni.tak mati tak sambut raya dengan famili dikampung. Kali ni aku taknak balik beraya dikampung. Aku orang KL sekarang, Duduk di Damansara. Aku nak beraya disini. Pagi raya nak tengok wayang kat GSC One Utama, Dan sembahyang raya di Masjid Negara.
Seorang Imam besar pernah berkata, Islam seluruh dunia tak akan bangkit kalau orang tak pergi sembahyang Subuh berjemaah macam orang pergi sembhayang Jumaat berjemaah.
Aku pula, orang Melayu tak akan bangkit kalau kita sibuk nak kejar balik kampung ketika raya Aidilfitri. ( cun tak statement aku?)

Maka hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Esok hari raya dan aku pun duduk dirumah flat Damansara. Aku telefon mak aku cakap tak balik. Aku sekarang anti raya, anti lemang anti ketupat dan anti berziarah rumah sedara mara anti sosial. Soon my revolution will be followed by thousands of hardcore fan in this country.
Malam raya tu rileks lagi, meriah dengan bunga api dan mercun semua. Duduk rumah je taknak pergi masjid nanti sebak dengar takbir raya. Lepas tengok tv, tidur cepat2. nanti teringat kampung susah.
Pagi raya. Dikejutkan dengar takbir raya.
Eh senyap sunyilah. Kedai takde bukak. Orang atas orang tepi semua dah balik kampung. Balai Seni Lukis Negara pun tutup. 7 Eleven pun tak bukak!Tinggal kita sorang je kat Damansara ni ”
”Eh ye ke?”
”yelah. Tengok parking semua kosong,tinggal kita berdua je kat flat ni”
”Damn !”
”Yelah.Takde orang dah kat Damansara ni. Ajin pun dah balik Gombak, Den dah balik Johor. Derik pun dah balik Panama ok”
Oklah kalau macam tu kita pun Balik kampung jelah.”
”Jomlah”

But of course, as fiction stories goes..this is not happening. The truth is, aku dah balik lagi awal dari itu. Petang Khamis aku dah hit the highway PLUS. And as I said earlier….
Melayu bukan Melayu kalau dia tak balik kampong untuk beraya diHari Raya. Aku salah seorang dari mereka. Give me five!

9 comments:

SOnditX (Nahar) said...

five ten !

razin salleh said...

ces aku baru nk ajak beraya tgk Momok kat Cineleisure hehehe.. anyway aku beraya Damansara je, aku tak balik Gombak tahun ni.. tak sempat beli tiket bas balik :(

Ajami Hashim said...

Salaam Aidilfitri utk bro skuarga juagk k! muahh! :-)

SHAH MOLOKO said...

Melayu Bukan Melayu kalau tak memandu macam Pelesit & memotong ikut Lane Kecemasan!

Melayu Bukan Melayu kalau tak menambah statistik kemalangan Musim Raya!

Melayu sememangnya Rakus Di Jalan Raya.

Aku Honestly Hairan dengan Styled Pemanduan Melayu! WEIRD BRO, VERY WEIRD!

SHAH MOLOKO said...

NOT EVERY MELAYU, TAPI KEBANYAKANNYE! ITU OBSERVATION AKU.

JANGAN MARAH YEEAAA..

saat omar said...

Sondtrix :)

Ajin...Gombak balik jalan kaki je

Its ok Shah. Takde flight direct ke New York lagi ke? Baru aku nak kesana....

saat omar said...

Ajami..Muah. Jangan lupa invite lagi ok kalau ada screening...

Sally said...

yo yo o tak balik..eceh..aku datang rumah mak ko tak ada kat sana pun..awal2 dah punch card rumah mertua..

saat omar said...

Aisey Salmah..kau lambat ah. 7 kereta ek korang datang rumah aku? best giler..rugi aku takde kat sana...