Monday, September 28, 2009

Teater dan Misterinya...


Dalam filem Shakespeare in Love ada satu babak dimana Geofrey Rush(lelaki gambar diatas, ) sebagai tokey panggung cuba mententeramkan Shakespeare yang gelisah kerana pelakon lelakinya gagap. Geofrey rush berkali2 mengatakan kepada Shakespeare supaya bertenang. Ada magic dalam teater. Ianya akan berjalan lancar. Bila ditanya Shakespeare bagaimana dia terlalu yakin? Dia hanya menjawab “its mystery” .
Bila tiba masa persembahan, semuanya akan jadi seperti yang diharapkan. pelakon yang gagap itu tidak lagi gagap malahan lancar mengucapkan dialognya…two gentleman from Verona he begin.. as we know. Bila habis show Shakespeare bertanya kepada Geofrey Rush, bagaimana ia boleh berlaku sedangkan lelaki itu mmg dikenali gagap sewaktu rehearsal? Geofrey rush menjawab dia pun tak tahu bagaimana nak explain. Its all magic katanya. Its mystery.

Tapi saudara-saudari, Shakespeare in Love hanyalah filem fiksyen keluaran Miramax yang mengalahkan Saving private Ryan dalam oscar tahun 1999 agaknya. Dalam kehidupan yang nyata adakah magic itu memang betul berlaku? Its unlikely to happens…kalau kau tak percaya yang ianya boleh berlaku.
Tapi aku percaya ianya boleh berlaku. Memang betul. Theres a mystery to it how theatre can make it happen. Seteruk macamana pun rehearsal, ketika the actual show ianya akan berjalan seperti yang dirancangkan.
Orang yang biasa involve dengan produksi teater ini tentu akan setuju dengan aku. ‘the mystery’ yang dicadangkan oleh Geofrey Rush bukanlah satu omong kosong.
Aku ada beberapa cerita dari teman2 yang meyakinkan bahawa magic dalam teater itu pernah berlaku.
kalau itu cerita fiksyen aku ada mendengar veris yang hampir serupa....versi yang betul-betul terjadi dikehidupan nyata.

Ini satu cerita dari encik Mazlan Tahir sendiri. Ketika itu beliau masih lagi pelajar dan berlaku kepada salah satu productionnya. Salah seorang dari kawan Lelaki yang memegang watak utama itu tiba-tiba telah terlibat dalam kemalangan. Separuh badannya lumpuh dan tak boleh digerakkan. Produksi mula cuak kerana takde siapa yang boleh ganti watak ini. Show must go on, semua agree. beberapa orang yang lain cubalah menghafal dialog tetapi dalam masa yang singkat, apalah mereka boleh buat. memang watak lelaki sakit ni takde siapa yang boleh ganti.semua produksi mulai berwajah sugul.
Namun begitu, jeng jeng jeng lelaki watak utama ini yang lumpuh satu badannya tiba-tiba berkeras mahu kawan-kawannya mengusung dikepentas. Maka dia pun dibawa kepentas.
Bila tiba time shownya, dia tiba-tiba jadi segar bugar dan terus berlakon atas pentas. Bila dia off characther dia akan terus kebelakangan pentas dan baring seperti orang yang amat sakit. Dan ianya berulang setiap kali ada wataknya muncul dipentas. Kawan2 yang berlakon pun hairan kerana dia boleh muncul sedangkan semua tahu dia sakit teruk.
Ketika curtain call, semua yang berlakon muncul diatas pentas kecuali lelaki itu.
Dan bila show tamat, lelaki yang sakit itu diusung semula ke hospital.
Of course dalam kes ini lelaki yang melakonkan watak tersebut ada ilmu nya sendiri.dengan bantuan ilmu orang-orang tua persembahan itu dapat diselamatkan.
Tapi masih, aku melabelnya sebagai ‘mystery’ atau magik dalam teater.. Nah, ianya boleh berlaku dan pernah berlaku. A fine line between fact and fiction. Sesiapa yang pernah terlibat dalam teater sudah tentu pernah mendnegar kisah-kisah sebegini. Ataupun mengalami sendiri peristiwa2 seperti ini.

Tapi magic dan misteri dalam teater itu hanya berlaku pada pelakon dan karakternya.
Bagaimana pula dengan set, lighting, muzik dan lain-lain lagi? Adakah ianya juga tertakluk pada konsep mystery dalam teater?

Aku taknak jawab, Cuma nak gelak je. Hahaha

Lagi dua minggu nak bump in, set masih belum bermula. Hammer masih belum berketuk dan paku masih belum masuk dalam kayu. Suasana senyap sunyi dibengkel kayu macam Chow Kit Road dihari raya. Aku takut?Tak. Aku cuak? Tak. Jangan risau. Gua rileks je. Magic will happens.

Akan tiba masanya, set akan siap seperti yang dijanjikan. Bagaimana ianya boleh berlaku? Siapa yang buat?Aku tak boleh nak explain. It’s a mystery….

Kalau set Lingkaran Kapur tak siap..jangan risau. Kalau masa full dress rehearsal pentas kosong je, jangan gundah gulana. Siapa tahu tengah show nanti tetiba muncul set kat tengah-tengah stage .Hahaha. jangan tanya dari mana ianya datang…… It’s a mystery. Yeah!

8 comments:

Christina said...

Interesting!! I never knew that. wowwwwwww

Vitamin said...
This comment has been removed by the author.
Vitamin said...

itu la pasal.. set takde siap pape pun.. hurm... klu konsep empty space saya percaya takde set. papepun, gudlak je la.. magic will happen. somewhere and somehow, it surely happen..

aloy_paradoks said...

misteri dalam teater itu mmg indah kan?

Fiona Kab said...

Cik saad, saya rasa mcm penah dgr je kisah cik mazlan tahir tu..kalu tak silap die penah story dlm kelas character acting dulu...

Fiona Kab said...

Cuak tgk dewan kat dbp semalam..kosong..saya tak ready, mcm mana ni, cik saad?

saat omar said...

Yes Christina, now u know...

yes Vitamin...Show must go on.

mmg indah Aloy...tentu kau pun pernah mengalami benda yang sama ?

Fiona..yes Cik Mazlan pernah cerita. tapi hanya certain batch je yang lucky dpt dengar cerita dia,sebab saya notice tak semua kelas dia kongsi kisah dia secara detail...and when it comes to that its up to the student untuk push th lecturer to to have their best stories told...

Dont worry Fiona kalau kau tak ready...it will happen as expected. How? its mystery!...
ha
ha

aloy_paradoks said...

Lebih kurang la..