Tuesday, September 29, 2009

Pengalaman Bersama Radiohead: The Bends


Pengalaman Bersama Radiohead: The Bends
(Bahagian 1 dari 6)

Seperti kebanyakan orang ,aku mula mengenali Radiohead melalui lagu Creepnya. Ketika itu Grunge sedang dizaman kemuncaknya. Dan sebagai remaja ketika itu, sudah tentu aku rasa lebih dekat dengan Kurt Cobain. Lagu2 self destructnya yang mengajak kita untuk berasa rednah diri mudah aku hadamkan dan sesuaikan dengan situasi aku ketika itu.

Ianya bermula awal tahun 90an dimana muzik alternative mula mendapat tempat dan menggantikan hair metal yang banyak mendominasi muzik kontemporai sebelum itu. Welcome to the 1990s.Penyanyi2 yang dulu berambut poodle panjang kita digantikan dengan rockers yang berambut pendek dan ada juga yang botak. Serius, aku tak pernah terfikir yang penyanyi takde rambut ni boleh diambil cool dan rock! Satu lagi contoh betapa naifnya aku dalam arena kontemporari secular ini.

Bila Nirvana muncul, ianya memang menolak generais yang sebelumnya dan maka lahirlah generasi tyang baru. Memang, ledakan itu bukanlah dari hasil one man show atau usaha Kurt Cobain seorang. Ianya disupport oleh banyak band2 80an yang sebelum ini remains underground dan kita mula menandatangani major label seperti REM, Sonic Youth, Butthole Surfers, Pixies dan banyak lagi oi!

Dan bila itu berlaku, sedikit sebanyak menyentak aku. Dalam masa yang sama, underground Malaysia yang dipelopori oleh Punisher dan band2 Metal dari utara dan juga band2 punk dari KL dan Ganu mula pengaruh mereka.What past in now present. Tiba masa untuk menggali hero2 lama seperti Clash, Sex Pistols, Buzzcock, Sham 69 dan banyak lagi. Begitu juga dengan Skinhead Business, Oi Pollio, dan...urgh banyak lagi lah oi!

Selain dari itu gerakan2 Industrial, New York Hardcore, Old School hardcore, Rap rock mula tumbuh bagaikan ianya sesuatu yang baru (sedangkan ianya mmg dah lama bertapak)
Antara underground dan mainstream, antara CM dan Bukt Bintang...I know I have to find music that really suit me.
Groupie music only goods when U among the circle.
Something that is more personal and….close to home.
Something that I could listen to at night ..and reminds me how depressed I am. Something like The Smiths. But the Smiths is nothing new. Its not among my generation. ….
And its either I choose to be cool or follow my instinct.

Bila Radiohead keluar dengan The Bendsnya, aku masih beranggapan yang Radiohead hanya sebuah band One hit wonder. Aku masih ingat lagi ketika aku dibilik Joe dan melihat cover Cd Radiohead.
“is it any good?” Aku tanya Joe.
“I like all the songs” kata Joe.
“Oh really?” katanya. Tapi dalam hati aku masih memperlekehkan muzik 5 remaja ini.Aku sceptical. Apalah yang Joe tahu pasal muzik? Dia Boyz 2 Men type.

Tapi aku tak boleh nafikan pengaruh kuat dari single mereka yang terkenal itu. Dengan lirik, mudah untuk bekas pengagum Kurt Cobain menghadamnya .
Yes early 90s is very depressing where a self destruced lyric start to dominate the mainstream rock world. Dengan lirik “ Im a weirdo, whatthe hell Im doing here. I don’t belong here” remaja sneakers seperti aku sudah tentu mudah merelate lirik dan muzik seperti itu kedalam jiwa aku. Tak terasa sangat keras macam Meshuggah, tak chaos macam punk dan tak lembut macam muzik pop.

Hanyalah kemudian bila aku mula mendenegar Radiohead The Bends lah baru aku tauapa yang aku tertinggal .
Ketika itu dipertengahan tahun 90an. Aku menuntun di Universiti Tolong Melayu. Kurt Cobain baru sahaja membunuh diri beberapa tahun lepas. Setelah dunia , kini tiba masanya untuk mencari hero baru.
Brit Pop mula bertapak, dan dengan album solonya sahaja Oasis mula menempa nama di UK. Perbalahan antara Oasis dan Blur melariskan lagi jenama Brit Pop ini ketahap yang tinggi . Tiada siapa jangkakan band dari Oxford ini akan berjaya memasukkan diri dalam kelompok Big 4 muzik British.
Tapi audience mula mengambil serius dengan Radiohead selepas mereka menghasilkan Ok Computer. Tapi dengan The Bends, walaupun mereka berjaya membuka beberapa mata pengkritik muzik dengan emo muzik yang mereka tonjolkan, Radiohead masih lagi dilihat sebagai secondary band berbanding dengan Oasis, Blur, Pulp, Suede, The Verve dan lain-lain lagi.

1996-1997. Aku hanya ada 2 album yang aku dengar setiap hari. Yang pertama adalah The Best of The Smiths, dan yang kedua adalah Radiohead’ The Bends.
Dari Planet Telex ke Street Spirit, ianya bagai satu journey yang merobek-robek jiwa. Ada ketikanya alunan suara Thom Yorke mendorong kamu untuk menghentakkan kepala kedinding, ada masamasa suara dia membuatkan kamu mahu terus berguling diatas katil sambil meragut selimut dan terus mengelamun dalam gelap.
Siang dan malam hanya inilah album yang aku denegar. Aku gunakan pen kilometriko untuk memusing kaset aku. Duit aku habis beli bateri Energizer setiap 3 hari.
Satu yang menarik tentang kaset ini untuk pengetahuan kamu ialah, bila habis lagu Fake Plastic Tree dan kamu pusing ke side B ianya akan terus ke lagu bullet Proof-Which is 2 of my fav song in the album. Dan begitu juga sebaliknya. Maka berpusing2lah aku mendengar 2 lagu ni back to back sampai cair telinga aku.
Ya ianya zaman lara. Zaman cinta ditolak. So Radiohead seems the suit way untuk melayan perasaan. Takde yang lebih merentap2 kecuali mendengar album ini . Dan juga gitar tangkap lentuk Johny Greenwood itu. Dengan lirik “ I want to be a Part of Human Race” ke “ If I could be Who U wanted all The time” ke hinggalah keakhir lirik yang terakhir lagu”Immerse Your Soul In Love” dimana Thom Yorke menyanyi dengan sepenuh hatinya seolah-olah nak keluar anak tekaknya….This is not just a good album. For me, at that times its like a spiritual experience. Or in a good day, its like out of body experience. Yay!


Namun begitu bila album seinfluence ini berjaya mempengaruhi kau, ada masanya kau mahu ianya berkubur bersama masa. The Bends bergantung kepada certain period. A certain period that is gone. And now I move on. Now Im a new guy, I have left all the memory behind, bad memory the college, the gerai, the lorong and even the album, The Bends. Dan walaupun betapa aku perlu move on. The bends was 1990s memory, Aku tinggalkannya pada masa yang tak bergerak. Semangatnya masih ada disitu. Tapi aku harus beredar dahulu…. Seperti kata Quentin tarantino “Its like your old girlfriend. You still love your old girlfriend, but u don’t want to marry her” That’s the kind of thing.
Itulah yang terjadi antara aku dan Radiohead’s The Bends.

Sesekali bila aku lapang, aku akan menziarah The Bends. Kekaguman pada suara Thom Yorke masih lagi mampu membuatkan bulu roma aku berdiri. Tapi spiritual experience itu telah hilang ditelan keghairahan pada muzik-muzik baru yang membawa aku kedaerah yang lain pula. Walaupun kadang2 daerah itu turut mencipta ghairah , Tapi tiada yang pernah sampai kedaerah gelap seperti yang dihasilkan oleh The Bends.

2 comments:

Christina Y. said...

Blog more.

I have nothing to read.

Nice nice.

SHAH MOLOKO said...

Finally...It's Radiohead! I've always known you as The Most Loyal Fan of this great band!

I believed You very much pursues me that this Brit's Group will turn out really good. & they DID!

My best pick for Radiohead's song is...

'THE NATIONAL ANTHEM'.

SAAT IS RADIOHEAD!