Thursday, September 10, 2009

Pasar Ramadhan

Dalam bulan Puasa yang paling boring adalah Pasar Ramadhan.
Letih macamana pun, ngantuk camne pun, kena jugak pergi Pasar Ramadhan ni. Orang bujang ke orang dah kawin ke, semua pi sana , mana sempat nak masak ok!
Yang paling boring bila nak cari parking. Motor ke kereta ke sama je. Kalau nak parking motor kena bukak helmetlah, nak kena mangga motorlah, kunci handlelah. Pastu nak berjalan ke Pasar Ramadhan pulak tu lagi satu hal. Letih.

Pasar Ramadhan balik-balik jual benda yang sama. Sama macam Pasar Rejab ke Pasar Syawal ke. Saje nak kasi nama Pasar Ramadhan supaya orang lebih rasa terliur. Konsep lapar dan dahaga tu makin nampak kalau kita pakai nama Pasar Ramadhan. Sedangkan yang menjual situ tak semuanya pergi sembahyang Terawikh pun.

Bukan saja makanan yang sama dijual, bahkan penjualnya pun orang yang sama je. Hari-hari kau tengok muka dia kau tanya benda yang sama. Tapi takde pulak masing-masing nak tanya nama sendiri.
”eh adik ni kakak biasa nampaklah di Pasar ramadhan ni. Siapa nama ye?”
Dia kenal kau tapi sengaja buat-buat tak kenal.
Barulah sejuk sikit hati kita nak melanggan kedai dia.

Paling boring orang jual Roti John. Lawaknya yang sama je dari hari pertama sampailah ke esok nak raya. “Mai bang mai beli Roti John! Kalau orang Putih namanya Roti John, kalau kat Malaysia namanya Roti Johan” macam tu je lawaknya. Takde orang nak gelak ok. Semua dalam keadaan lapar dan dahaga, takde masa nak ketawa.

Kadang-kadang kita dengar orang cakap, Pasara Ramadhan sini best, situ best. Tapi bila kita pergi sama je jualnya. Takde yang special pun. Otak-otak, Air tembikai, ayam percik dan murtabak . Kalau nak best suruh Diana Danielle jual sate. baru seronok layan pasar Ramadhan tu.
”Oh pasar Ramadhan sini best”
”kau tau definisi pasar Ramadhan yang best camne ?”
”Camne?”
”Yang jenis kau pergi , pastu pusing balik tanpa beli apa-apa dan kau kenyang..ha! yang tu Pasar Ramadhan yang paling best”
Tapi takde kes macam tu. semua pasar ramadhan kalau nak beli nak kena hulur duit.
Part nak bukak wallet ni pun leceh gak. kalau 10 gerai kena berhenti, 10 kali ok nak bukak wallet. Letih woo!Di bulan puasa tu sama macam angkat berat 10 kg.

Bagi yang bujang, Pasar Ramadhan best sebab boleh usha awek. Tapi sebab lapar punya pasal yang lebih menarik perhatian adalah peha ayam dari peha orang. nak buat camne?

Dan yang paling bosan sekali ialah bila part nak balik. dah penat round satu kiloemeter yang beli cuma air tembikai dan murtabak daging je. Dah letih berjalan penat pelbagai, sebenarnya beli benda yang sama je tiap-tiap hari.
Lepas berbuka, letih, ngantuk pastu pukul 12 malam baru boleh berak. Bila lapar balik kita pergi mengadap meja dapur balik.
”Eh ini je ke yang aku beli tadi? rasa macam beli banyak je petang tadi”

Patutnya pasar Ramadhan ni bukak pagi-pagi. Pukul 7.30 dah berbaris gerai-gerai. Yang kerja kat opis boleh beli sekali dan bawak kepejabat. Sambil menaip sambil jeling Popiah Basah kat sebelah. baru semangat nak buat kerja!
Kita dah tau apa makanan nak berbuka sejak pagi, takdelah konfius sangat hidup ni.

3 comments:

MOLOKO said...

DAH BERTAHUN AKU TAK KE PASAR RAMADHAN!

I know I'll end up buying what to become future wasted food!

Tapi kedai Mamak KHALIFAH sekyen 3 tuh tetap menjadi pujaan hatiku from student time until now. WEIRD!

zubin said...

dah tengok papadom ke? kalau dah baca reviu bebudak tu, jangan lupa baca aku jugak. eh, chalk circle camne? terompah kite pon dah mula jugak, tak tahulah macamana, tengokle lepas raya

saat omar said...

Bukan ke Shah punya faveret kedai makan apa tu? yg jai ketagih ayam tu? hehe

Dr Zul...Papadom belum tgk. ok nanti saya baca.
Chalk Circle ok. lagi 2 minggu show set belum jalan haha.gamble tak gamble ah