Wednesday, July 15, 2009

Seksyen 2

*gambar aku semasa menjadi pekerja gerai air. Tengok, masa student dulu aku dah pakai baju batik. Picture by Johan.



Masa aku student dulu, untuk menampung pengajian dan kehidupan sehari-harian, aku bekerja part time di seksyen 2 sebagai waiter.
Masa tu takde tempat yang lebih hype dari Seksyen 2. Kira2 sekarang ni macam kedai Pak Halim lah. Tapi lebih hype dari tu.
Aku masih ingat lagi hari aku bertanya tentang kerja disitu.
Kedai itu sebenarnya kedai yang memang kami selalu lepak tetiap petang lepas balik dari kelas.
Kedai minum itu.
Kedai itu dikenali sebagai Photo Corner, sebba budak Photo Art n Design memang anggap kedai tu sebagai port diaorang. Tapi budak2 course lain pun suka lepak situ tetiap petang sebab viewnya yang cantik. Budak2 hot cat, AD yang balik dari kelas atau ke kedai Rahmat memang atas melintas kedai itu yang mengadap jalan terbuka.


Sebelum ini aku bukanlah costumer kesayangan pakcik kedai sebab aku memang jarang order air bila melepak kat situ.
Customer kegemaran Pakcik dalam clik kami adalah Suhaimi Sulaiman. Suhaimi ni mmg banyak duit. Pasal makan memang tak pernah jadi masalah kepada dia. Bila dia duduk dimeja makan kedai pakcik itu, tak pernah dia tak order air. Air kegemarannya Nescafe ais atau nescafe panas. Tak pernah dia minum air lain selain dari air itu.
Nescafe+ rokok Perillys = Nikmat yang tak terhingga bagi Suhaimi Sulaiman.
Masa tu memang pokai gila. Masih ingat lagi betapa aku terkejut besar nila tengok Joe order 2 air Milo ais back to back.
“Gila kau Joe. Bnayaknya kau duit” kata aku bila melihat dia order air Milo selepas air yang diteguknya habis diminum.

Kedai itu dipunyai oleh dua kapel Jawa dari Kelang. Yang lakinya kami panggil Pakvik je dan yang perempuan kami panggil makcik. Makcik Duduk-sebab kerjanya hanya duduk je.

Well anyway, Aku kuatkan hati untuk bertanya pada makcik kedai itu perihal kerja. Selamba je aku tanya makcik tu “Makcik, kedai makcik ni taknak pakai orang ke?” Kata aku lepas aku tau pekerja akhir mereka, seorang lelaki tua yang suka pergi dangdut kini tidak lagi bekerja dengannya.
“kau nak kerja sini?” katanya pula.
“Boleh gak makcik” Selamba aku jawab.
Kemudian aku pun ditawarkan untuk part time waiter kat situ. Walaupun dalam masa yang sama aku takut juga kalau2 aku tak boleh bekerja dengan baik; habislah reputasi aku di Seksyen 2. Ianya antara keputusan paling payah untuk aku putuskan.

Aku pun kerja part time kat situ. Bila takde kelas, turunlah aku ke seksyen 2 dah bekerjalah aku disitu. Bukan susah pun kerjanya. Aku pi tanya orang air apa dia nak minum, dan aku pi suruh orang buat air buatkan, pastu aku ambik dan aku bawak air tu ke budiman yang sedia menunggu kehausan.
Petang paling ramai orang. Memang tak cukup tangan.
Sehari dapatlah aku RM10 paling kurang. Alhamdulillah cukuplah untuk duit sehari-harian aku. Cukup untuk makan pagi tengahari petang dan juga rokok batang.

Walaupun kedai itu berganti2 pekerja Indon, aku yang paling lama stay kat situ. Dan aku pun tak tahu, tanpa gerai itu kat mana lagi aku nak cari duit untuk tampung pengajian aku. Tak ada pilihan lain lagi.

Aku kerja kat situ selama 3 tahun rasanya. Bila aku sampai ke semester yang terakhir aku mula berhenti dan menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran.

Sekarang makcik duduk dah takde, meninggal dunia tak berapa lama selepas aku berhenti kerja. Dan pakcik dah kawin lagi satu. Bukan orang saja yang berubah tetapi kedudukan gerai pun ubkan lagi macam dahulu.

Seperti yang semua tahu, gerai lama seksyen 2 dah dirobohkan beberapa thaun dahulu dan gerai yang baru siap awal tahun ini. Struktur barunya tak macam dahulu. Ruang gerai menjadi semakin sempit dan dihujungnya pula dibina KFC!
Yang paling penting, ruang hadapan dimana kita boleh tengok orang lalu lalang kini dah takde, digantikan dengan blok2 batu membuatkan seisi ruang gerai nampak dull dan terperangkap.

6 comments:

idmalina mohamad ideris said...

maka bertambahlah keyakinan saya bahawa cik saad ini antara lecturer yg saya banggakan kerana cekal dan tahu bagaimana mghadapi realiti hidup ini...
melihat alam sekeliling dgn mata hati dan mentafsirnya melalui akal.

Sally said...

Ya Saat..old time memory sapai sekarang tak leh lupa..really miss that time..nak ulang balik??? tak kan samanya..

saat omar said...

Pergh...haha....gila ah

Eh Salmah pun ada blog..

idmalina mohamad ideris said...

:-D

Moloko said...

Pictures that speaks for itself, nice write up bro! tanpa ku Sedar, there's TEARs in my eyes! Upps control... control..

Judge said...

sob sob sob..... huhuhu.. touching....