Wednesday, July 8, 2009

PPSMI dan Plan 9 From Outer Space


Alhamdulillah kes PPSMI dah selesai.
Alhamdulillah kerana kenyataan berani dari pihak berkenaan yang mengakui bahawa perlaksanaan PPSMI ni telah gagal.

Memanglah gagal.
Memanglah mengarut.
Memang chaos.
Memang asal boleh.
tak perlu nak buat survey semua. Sudah terang lagi bersuluh yang PPSMI itu bukanlah satu tindakan bijak; untuk budak2 sekolah dan juga untuk politik tempatan (Datuk, kalau PPSMI ni diteruskan pilihanraya akan datang, Barisan Nasional akan kalah Datuk " kata seseorang.)
PPSMI is bad,its dangerous for the government and its thriller to the students.

Contoh yang paling mudah ... Budak2 sekolah rendah dan menengah diajar dalam Bahasa Inggeris, tapi pelajar-pelajar di Universiti, kelas mereka masih diajar dalam Bahasa Melayu.

Camne tu?

So untuk meraikan keputusan baik itu, malam tadi aku menonton sebuah filem yang dah lama aku beli tapi tak pernah aku tonton, kerana memang sengaja aku simpan DVD ini untuk hari-hari kemenangan seperti ini : Ed Wood's Plan 9 From Outer Space.
masa yang terbaik untuk menonton filem paling teruk (?) dan berasa 'dirahmati' tentangnya.
Memang mengarut.
memang chaos.
Memang tak patut.
Memang asal boleh.
tapi seronok.... aku akan tonton lagi dan lagi.

2 comments:

aloy_paradoks said...

bukan senang nak ngaku kalah...
tapi perlu mengaku.

saat omar said...

ye betul aloy...Baha Zain pun kata yang mengakui kesilapan PPSMI adalah satu tindakan yang berani..