Wednesday, December 17, 2008

BERANI MATI TEATER: 7-11 JANUARI 2008


Tajuk: BERANI MATI
Tarikh: 7 -11 Januari 2009
Tempat: Stor DBP
Masuk: Bawak jelah RM10 kalau free pun....

Dimanakah kamu berada pada 7 hingga 11 Januari 2009 ini?..
Ke Wedding Que Haidar dan Linda Jasmin?
come on dont kidding me.
Wedding Mawi dan Ikin?
tu bulan Disember jangan kamu nak berbohong.
Wedding Norman Hakim dan Meme?
Come on! tu lambat lagi.
Wedding Rosnah Mat Aris?
tu dah lepas ok, jangan nak kelentong aku....

Hah! Aku tahu kamu takde plan dari 7 hingga 11 Januari 2009 ini.

Spare your free time to support this teater. BERANI MATI di Stor DBP tahun hadapan.

Berani Mati adalah hasil tulisan dan nukilan penggiat teater muda yang semakin meningkat naik, Fasyali Fadzly. Fasyali adalah antara pelajar dan penggiat seni yang baru menceburkan diri dalam bidang arahan teater ini. Sebelum ini dia giat berlakon dalam pelbagai teater tempatan. Belaiu adalah satu-satunya pelakon yang pernah memengangi kategori pelakon Pembantu lelaki sebanyak 2 kali. yang pertama adalah melalui produksi UKM dibawah kumpulan Rimba dalam teater yang bertajuk Syajar naskah Ismail apentah aku lupa. yang keduanya dalam teater Ayam jantan, Ayam Betina arahan Yeop Teluk Intan. (aku ,gua, saya sempat menonton kesemua teater-teater ini) Selain dari itu dia juga pernah berlakon dibawah arahan Mazlan Tahir, Ahmad Yatim,Mazli Rahman, Syahrul Fitri Musa, NurZizi Zulkifli dan lain-lain lagi.
fasyali juga pernah mengalahkan pelajar-pelajar teater lain yang tak kurang hebatnya dengan memenangi pertandingan monolog di bawah subjek Konferensi pada tahun 2006(?) dengan monolog yang bertajuk Tangan Kiri Ayah.

Sebelum Berani Mati, fasyali pernah mengarahkan satu lagi teater nukilan Syahrul Fitir Musa bertajuk Jerjak di MATIC, Kuala Lumpur. Ini adalah cubaan keduanya dalam mengarah teater.

Fasyali adalah nama baru dalam teater yang perlu kita beri perhatian. Dia berani, dia rajin, dia berani, dia ada usaha dan dia tekun dan sabar serta amat berbakat.
Ketika ini Fasyali masih lagi menuntut dalam program Ijazah Teater di Fakulti Teknologi Kreatif dan Artisitik.

Marilah beramai-ramai kita menyokong teater tempatan. Berani Mati needs your support!!

P/S: Al Fatihah untuk Nasir P Ramlee yang meninggal dunia semalam. Al Fatihah.....

2 comments:

Fasyali Fadzly said...

wah..... nampaknya ada seorang follower. ekekeke..

terima kasih en saat sebab promote..

Fasyali Fadzly said...

ni link untuk poster..

tix, rm30 tuk rakyat biasa. rm15 tuk student