Thursday, July 31, 2008

JUMAAT BLUES

S. Othman Kelantan, Sasterawan Negara meninggal dunia semalam. jadi hari ini aku expect berita kematiannya akan terpampang di suratkhabar utama hari ni. Tapi takpe, cuma berita tentang Wan Azizah resign. Dalam hati kecil aku memberontak . dan juga marah, pada mulanya. I mean hes Sasterawan Negara, it should be on front page.
Tapi kemudiannya bila berfikir secara rasional, aku tarik balik marah aku itu. kematian adalah sesuatu yang terlalu personal, dan tak perlu diungkit lagi. Mungkin arwah sendiri dulunya tak pernah minta untuk digembar-gemburkan tentang berita seperti ini, siapa tahu?
Atau mungkin berita tentang kematiannya dah keluar suratkhabar semalam?

Sasterawan negara yang sempat aku ziarah rumahnya selepas kematian beliau adalah SN Usman Awang. Ketika itu aku diopis tengah lepak-lepak. Pagi. Normah Nordin yang bagitahu aku.Dia ajak aku pergi kerumah arwah dan aku cakap why not. Its my last tribute to the great man. kami naik kereta Tharuwat ke rumahnya di PJ.

Bila aku sampai,orang ramai mula datang dan pergi.Ada yang bersembang ditepi pintu, tapi rata-ratanya diam tak terkata. Di tepi pintu aku nampak Lim Swee Tim terjenguk-jenguk kedalam rumah.Dia serba tak kena. Wajahnya penuh dengan kesedihan. Kukira dia menangis.Yang lain-lain aku tak kenal. Tapi aku tahu yang mereka samada sasterawan, ataupun kenalan, atau cuma peminat Usmang Awang seperti aku.
Ada beberapa jambangan bunga besar diletakkan dipintu rumah. Kebanyakannya dihantar oleh kedutaan China.
Aku sempat masuk kerumah beliau. Puisi terkenalnya kekasih yang berilustrasikan pantai tergantung dalam frame yang cantik ditepi dinding. Dalam hati kecil aku berkata, oh ini rupanya rumah Sasterawan agung ini. Kalau diberi kesempatan memang aku teringin tak tengok bilik dimana dia berkarya.

Sejam kemudian kami pun pulang.

7 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Salam Takziah.

sedekahkan Al Fatihah.

Fasyali Fadzly said...

al-fatihah

Sweety Cutielady said...

Innalillahi wa innalillahi rajiuunn. Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan disisi org² yg beriman. Amin. Alfatehah.

kamal sabran said...

berapa saat dalam hidup kita hari hari memikirkan soal mati?

Aku said...

S. Othman Kelantan meninggal? Tak tahu pon. Inna lillahi wa innalillahi roji'un. I pernah jumpa dan borak-borak dengan dia dulu, he was very nice and humble.

fadz said...

sedihnya....

eh, ada facebook tak?