Saturday, May 24, 2008

PENGALAMAN MENONTON WAYANG: BAHAGIAN 2


Seperti yang telah aku janjikan (kah kah kah...cam sial je intro) kini aku menulis pula babak ke 2 dalam pengalaman aku menonton wayang. Ini kukira babak ke 2 atas beberapa sebab ;

1) ianya filem orang Putih yang pertama aku menonton wayang

2) kali ini aku mula keluar dari kepompong abang ipar dan kakak aku dalam menonton wayang...


Seperti yang semua telah tahu (kah kah kah...lagi cam sial intro ni) wayang orang putih yang aku tengok adalah filem James Bond...ewwww. dan filem itu ialah filem NEVER SAY NEVER AGAIAN. ......ewww. Thats not the best James Bond film by Sean Connery and its probably his worse.well anyway, tapi pada masa itu aku rasa itulah iflem James Bond terhebat.


Aku pergi atas ehsan kawan yang 3 tahun lebih tua dari aku, namanya Aman. Aman ketika itu aku kagum kerana dia lebih advance daripada aku. Dia sudah menonton banyak filem dan dia juga tahu cara-caranya nak beratur dan membeli tiket wayang. Aman juga tahu apa filem bagus yang harus ditonton.
Namun begitu sebenarnya bukan mudah untuk Aman memujuk mak aku untuk membenarkan aku menonton wayang. faktor-faktor kewangan dan keselamatan yang menjadi pengahalang. Dia mengambil masa yang lama juga untuk meyakinkan aku yang filem itu sesuai untuk ditonton oleh budak berumur 7 tahun (yes seingat aku filem itu ditayangkan sekitar tahun 1983) Akhirnya setelah penat memujuk emak, akhirnya ibu membenarkan aku pergi tanpa syarat. ibu memberi aku duit yang secukupnya iaitu RM2 lebih yang cukup hanya untuk aku beli tiket wayang dan tambang naik bas.

Kami naik bas dengan penuh semangat. Filem itu ditayangkan disalah satu panggung paling terkenal diteluk Intan, panggung CAPITOL (My feveret panggung) Sampai sana, kami terlambat :(. Tayangan pada pukul 1 tghari sudahpun bermula dan satu-satunya peluanguntuk kami melihat Never Say never Agaian adalah pada pukul 3 petang. Tapi disebabkan skill Aman beratur membeli tiket yang tak mampu ditangini oleh sesiapapun, maka kami berjaya juga mendapat tiket pukul 3.
jadi sebelum menunggu tayangan seterusnya kami ke kedai video game yang terletak disebelah panggung wyg itu. Seingat aku itulah juga kali pertama aku kekedai video game. Tapi kerana tak reti main video game, dan juga tak ada duit 20 sen maka aku dan Aman hanya berlegar-legar sahaja disitu memerhatikan budak2 yang lain yang ada duti 20 sen untuk main game. Rupa-rupanya banyak juga kawan2 sebaya Aman yang sedang menunggu tayangan filem itu pada pukul 3. maklum sajalah pada zaman itu internet takde dan sukar untuk mendapatkan DVD lucah, satu-satu sahaja cara untuk melihat perempuan mat salleh memakai bikini adalah dengan menonton filem James Bond.....Nakal juga Aman ni....

Tiba saat-saat yang dinantikan. Aku pun menonton lah filem James Bond itu. Seingat aku seisi panggung penuh dengan gelak ketawa dan penonton-penonton yang lain pun seakan sudah mahir dengan tipu helah si James Bond ini. Apa sahaja yang James Bond semuanya nampak kelakar. Apa sahaja yang dia buat semuanya berkahir dengan nada kekaguman. kerana ketika itu aku tidak pandai membaca sarikata, dan juga sudah tentu aku masih lagi tak faham bahasa inggeris, maka kebanyakan masa menonton filem itu aku hanya melopong sahaja.Ada juga ketika-ketikanya aku tergiur melihat pelakon perempuannya memakai bikini. Ada juga masa-masanya aku turut merasa tergiur bila James Bond hanya memakai spender.
Scene yang paling mendatangkan kekaguman ialah bila James Bond beraksi dengan motorsikal kuasa hebatnya. Oh ketika itu, itulah yang paling canggih aku rasa. terasa berbaloi sungguh aku membelanjakan dua ringgit lebih untuk menonton filem ini.

Aku pun tak ingat endingnya bagaimana kerana seingat aku lagi, penamatnya adalah adegan pergelutan didalam air yang entah apa pun aku tak tahu.

Bila aku balik sahaja dari menonton filem itu,entah kenapa, aku rasakan bagaikan satu Teluk Intan akan pergi menonton filem itu. memang itu bukanlah filem James Bond yang terbaik, tetapi sesudah menonton filem itu aku terasa seperti mahu memberitahu seluruh dunia yang aku dah menontonnya.
Ketika balik, aku tak habis-habis bertanya pada Aman apa maksud sebenar NEVER SAY NEVER AGAIN itu. Aman tak pernah dapat menjawab dengan tepat.

babak ke 3 dalam hidup aku pula berlaku beberapa tahun selepas itu. ketika itu aku sudah mula ada duit sendiri untuk menonton wayang dan aku tak perlukan pengaruh sesiapapun untuk memilih filem apa yang bakal aku tonton. ketika ini jugalah ketagihan aku menonton wayang sampai kekemuncaknya. Jeng jeng jeng.....

babak ke 3 aku dalam pengalaman menonton wayang bermula bila aku menonton filem PROJECT A part 2.........ewwwww. FIlem dibintangi dan arahan Jackie Chan.........ewwwwww.
Ketika itu aku dalam darjah 6. :)

2 comments:

Venus said...

u were 7 and he was 10??? haha... damn cute!

saat omar said...

yes C..either im 7 or 8 i dont really remember..those time no internet no wahtsoever..the only pleasure is to watch movie hehe