Saturday, May 17, 2008

PENGALAMAN MENONTON WAYANG: BAHAGIAN 1


Aku mula menonton wayang ehsan dari abang ipar aku (ketika itu hanya teman lelaki kakakku) Dan kalau diikutkan, dia jugalah antara segelintir orang yang banyak membentuk kehidupan aku mengenali dunia pop. (Memasang lagu Jamal dan Dato Shake bila naik keretanya, bawak aku tgk video kat rumahnya, dan lain-lain lagi) Ketika itu aku masih lagi berumur antara 6 tahun rasanya. 1981 - antara tahun-tahun lewat zaman kegemilangan wayang sebijik (a non cineplex cinema..what the exact term eh? )

Di Teluk Intan ketika itu ada 4 panggung wayang dan boleh dikatakan kesemua selalu sahaja sold out. MAGISTRET, REX dan CAPITOL. Kami menonton di panggung CATHAY yang selalu menayangkan filem-filem Melayu.

Ketika itu abang ipar aku masih lagi dalam proses dan mengorat kakak aku. Hujung minggu dia biasa membawa kakak aku dan beberapa kawannya lagi untuk menonton wayang. Aku selalu miss program diaorang :( aku tahu kakak aku nak keluar tgk wayang bila dia dah mula bersiap didepan cermin setiap hari minggu. Eh sudah tentulah aku nak ikut! Biasanya aku tak dibawa bersama kerana sudah tentulah aku dikira sebagai pengacau bila mereka nak dating, kan?

Miracle happens everyday kata mak Forrest Gump, dan pada hari itu, aku diajak sekali untuk mengikut mereka keluar dan tengok wayang.

The best thing about tgk wyg, antaranya ialah kau kena ikut timing. Tak boleh pergi sesuka hati macam nak pergi supermarket. Bila tiket wayang untuk pukul 1 dah habis kami terpaksa menunggu tiket pukul 3 dan selama itulah kami terpaksa menunggu untk tayangan seterusnya. Ini mengujakan aku kerana membayangkan apa sebenarnya yang dihidangkan dalam pawagam besar sana sehingga manusia sanggup beratur panjang membeli tiketnya.

Lukisan cat minyak yang besarnya juga membuat aku teruja (sekarang takde dah. Semua print kecik je posternya )

Lagi satu yang menairk perhatian aku adalah suasana di luar panggung sebelum wayang bermula. ianya bagaikan satu pesta muda-mudi. Semua dress up dan semuanya terlalu ghairah untuk masuk kedalam panggung dan menonton. Ketika itu, inilah manusia berkumpul paling ramai disesuatu tempat yang pernah aku tengok.

Oh ya, lupa nak sebutkan disini. filem pertama yang aku tonton di panggung wayang adalah filem AR BADUL - PERTUNANGAN (or BERTUNANG?) . :) Sebelum Nabil, Ar Badul adalah raja lawak Malaya. ya ketika itu aku rasa Ar BAdul adalah hero komedi yang paling kelakar didunia. Dan seingat aku, ketika menonton filem itu, bila sahaja Ar Badul keluar, semua bersorak dan terus ketawa.

Dan seingat aku juga kami (seisi panggung) asyik ketawa sepanjang filem ditayangkan. Badul buat apa pun kami ketawa. Mahumd June buat apa pun kami ketawa. Dan bila Maria Arshad muncul...... semua pun bersiul.
Dan bukan itu sahaja, sepanjang filem ditayangkan, penonton lain sibuk buat bising dengan mencelah dialog dan menjerit . Kadang-kadang kami ketawa bukan dengan telatah filem tersebut tetapi juga dengan telatah penonton lain.
Budaya ini aku rasa hanya terdapat di pekan-pekan kecil sahaja. dan pada filem-filem melayu sahaja (itu yang seronoknya menononton filem melayu ni) kerana seingat aku, pada awal 90an, bil;a aku menonton SEMBILU di ODEAN, aku juga cuba menjerit mencelah bila filem bermula. tapi ternyata penonton-penon KL terlalu skema dan hanya diam , kusyuk sepanjang tayangan. Adeh bosannya mereka ni(penonton) kata hati aku bila keluar panggung hehe...(They all should come and watch this movie at Teluk Intan to have more fun and experience what watching movie is all about i said to myself again)

Secara keseluruhannya pengalaman pertama itu memang membuatkan aku mula menggedik nak menonton wayang lagi. Tapi mungkin kerana ketika menonton yang ini aku banyak kerenahnya maka bila kakak aku nak berdating lagi, aku tidak lagi dibawa bersama. tapi sebelum itu sempat juga aku menonton beberapa filem lagi bersama mereka, antaranya MEKANIK dan PAGAR-PAGAR CINTA

Pengalaman itu memang menyeronokkan, membuka minda. A mind blowing experience kata orang putih dan juga bukan orang putih. Walaupun kadang-kadang aku berharap selain dari filem BERTUNANG itu , ada beberapa filem lain yang menjadi filem yang aku tonton buat kali pertama, antaranya BLADE RUNNER. Jika inilah filem pertama yang aku tonton dipanggung wayang, aku rasa ianya sudah tentu akan mengubah hidup aku dalam satu keadaan yang aku sendiri tak boleh nak bayangkan.

Itu kukira sebagai babak pertama dalam pengembaraan aku menonton wayang. babak kedua aku bermula dengan mula menonton filem-filem orang Putih pula. Kali ini aku dan kawan-kawan aku yang lebih tua menonton filem James Bond . Ewwwww.....tajuknya NEVER SAY NEVER AGAIN. Ewwwwww.....Oh my.

7 comments:

Aidil Khalid said...

Wah, umur enam tahun sudah tengok wayang. Saya malu nak cakap, sebab hanya mula ke panggung selepas tingkatan lima, sebab sebelumnya mak dan ayah tak bagi. hehe.

Fish of Pisces @ 5th_E said...

:) kool. Paling aku ingat, aku pi tgk E.T dgn sepupu sepapat aku kat PAWAGAM Sentosa kat belakang umah. Those were the days lah!

Even remembered watching GOONIES kat situ. Now dah nan ado dah pawagam tu. Ko tahu tak PAWAGAM tu ape? *die la kekwat*

saat omar said...

Aidil..oklah tu tgk wyg masa form 5.tak ada bezanya pun.

Fifi..wah bestnya dpt tgk ET kat pawagam. time tu kau mesti ada mau rasa nak beli beskal BMX kan? hehe

Wongilo said...

Kire terer la telok intan ada 4 panggong wayang. Kak kuale kangsor ade 2 aje.

Aku mula start tengok wayang, cite industan aje (ikot emak dan bapak kan). dah sekolah menengah baru la bole tengok cite kung fu. Masa tu yang fames, Wang Yu dengan cite 'One arm swordman'.

saat omar said...

kah kah..tahun berapa tu ek wong?

CT Cutie said...

Saat.. I 1st tyme gi nengok wayang abah I banjer skluarga nengok citer ALIEN (I was abt 7 yrs old).. my mama mengamuk with my abah after the show cos the actress pakai baju inappropriate (my mama very conservative).. waakakakkaa..

saat omar said...

wow cutie..u tgk Alien ek? 1979...best tu kalau for first time experience tgk wyg...