yang ni aku tulis sebagai tribute kepada Kamal Sabran kerana dia dah 2 kali komen blog aku. Dan dalam masa yang sama aku tulis ini sebab nak tumpang glamour si Kamal.hehehe
Ok, Aku mula kenal kamal sekitar pertengahan tahun 95. Banyak dari kamu yang belum lahir lagi ketika itu. Aku dan Kamal ketika itu mula berkenalan kerana minat yang sama pada Kurt Cobain dan muzik Grunge. ya, sebelum kamal minat ambience muzik, dia adalah mamat grunge. Aku ingat lagi ketika bersembang tentang muzik, tiba-tiba sahaja dia nak melihat kuku aku. Bila aku menunjukkan kuku aku yang cantik dan clean itu, dia mendengus maka tahulah dia yang aku ini bukannya seorang yang pandai bermain gitar. Aku pun malu sendirian :(
Ketika itu aku lihat Kamal adalah antara few students yang memang concentrate dgn studynya. Sementara student2 lain sibuk nak grouping dan melepak, Kamal hanya pergi kelas dan balik kelas. (sesekali dia beli goreng pisang kat kedai pakcik depan Rahmat Superstore)
Kamal juga adalah antara few students yang suka berfikir dan mencari jawapan kepada persoalan-persoalan beratnya itu. kamal juga minat tentang bintang dan astrologi. Seperti juga kebanyakan RBS, Kamal tak minat pada sukan. macam kebanyakan dari kami, Kamal ada walkman. Kamal juga selalunya lebih advance dari aku dalam banyak hal. Dia dulu mendapat girlfriend dari aku,, dia dulu yang masuk exhibition dari aku, dia dulu yang beli kereta dari kau, dia dulu yang dapat kerja dari aku...pendek cerita kamal lebih dulu success dari aku. Sehinggalah sekarang ini.
Satu yang aku suka dengan Kamal adalah dia boleh menerima aku dengan seadanya. Dengan Kamal aku boleh bercakap apa sahaja. Dia tak pernah terkejut dengan sebarang kenyataan yang memeritkan. Aku rasa kalau aku cakap yang aku gay pun Kamal boleh menerima berita itu dengan tenang. Sebagai contoh, dia tak terkejut bila dapat tahu aku ada beli kaset Uji Rashid.
Ada beberapa few kenangan dengan Kamal yang aku rasa sangat kelakar dan stands among one of a few great moments with him. 1) kami terjun atas katil dengan Halil, Ajis sebab tension masa buat colour wheel. 2) masa aku menyelimut Kamal dengan selimut pada suatu malam yang resah. 3) masa aku stalat dahinya dengan tapak tangan aku yang panas. Dan banyak lagi....
Sesudah grade, Kamal tak menoleh kebelakang lagi. Dia terus memburu cita-cita dengan berkarya dan berkarya. Siapa sangka sekarang karya Kamal adalah menjangkau bunyi bunyian angkasa, dengan alat muzik elektronik yang bercabang-cabang wayarnya. Semua itu memangtak diajar ketika kami di universiti dulu. Melihat Kamal ditengah-tengah keyboard itu adalah sesuatu yang tak masuk akal. terutama bagi kami yang dah lama tak berjumpa dengannya. Seolah-olah ketika kami di kota ini masih sibuk bermimpi dan masih lagi cuba mengatur strategi untuk terus hidup dan kais pagi makan pagi sementara Kamal sudahpun jauh meninggalkan kami melangkah beratus tapak dihadapan dengan idea-idea yang melampaui batasnya itu....
ok itu sahaja tentang Kamal Sabran seniman muda buat ketika ini. ....Untuk pengetahuan semua, malam ini, sebab siangnya membosankan aku,aku telah buat sesuatu yang aku tak pernah buat sebelum ini. - Aku ajak Jaja keluar makan Pizza. ....dan aku juga dah hisap 2 batang rokok :)
sekian. terima kasih.
4 comments:
makan pizza lagi si jaja eh... abislah... nanti anak dah besar skit asyik mintak beli pizza hahahaa mcm anak aku yg sulung asyik mintak McD je cos masa ngandungkan dia asyik makan McD... heheheheee..
serius ka Cutie? adeh..lepas ni nak bagi jaja makan mashed potato jelah ..huhu
Aiyo. ekekeke. i loike what u wrote :)
Ad, jom geng2 FACT buat exhibition nak? show what u got man! Aku dgn Aidi ade discuss2, it wd really be nice to have another person on board.Bab budget, kitawat proposal, dan aku cadangkan Tini jadi producer.. huhu.. dia terer bab sponsor neh!
thanks saat, aku rasa tersentuh dengan tulisan yang membawa aku kembali ke alam dulu-dulu ;)
ko sperti biasa, honest.honest.honest. itu yang paling menarik tetang sahabat aku yang speacial ni.
keep in touch bro.
Post a Comment