Wednesday, March 15, 2017

Penat

Tired.

Penat. Tanpa sebab.
Umur. dan kederat pun dah tak larat.

Tapi sekarang aku dah tahu secret of life. Dan aku takkan share dengan kau.
Kau kena fikir sendiri.

I miss my youth lebih dari aku rindu pertama kali aku melihat gadis paling cantik pernah dilahirkan disepanjang peradaban dunia.

Aku rindu main bola tak pakai kasut, kaki aku dan rumput bersatu sama dengan lecah.
Itu aku rindu.

In the end life is what matters. To live to love. TO live is to love.

Memori lama semakin segar walau tubuh badan kau semakin letih dan lesu.
Apa yang tinggal hanyalah kerusi kosong dan tingkap yang terbuka. Mana angin?

Ok ini bukan puisi.

AKu penat. Tapi Tuhan sangat adil dia ada rancangan untuk kita semua termasuklah aku.
Akhirnya yang penting ialah untuk hidup itu sendiri. Samada kau dapat A atau tidak dalam subjek aku itu bergantung pada kehadiran kau dalam kelas.

Enough about you lets talk about me. Sebab ini blog aku.

Kalau esok aku mati, aku anggap diri aku sebagai manusia yang gagal. Tapi bagaimana nak anggap aku gagal kalau aku telah mendengar Fleet Foxes dan kau masih belum?

AKu harus berani memandang cermin dan berkata dengan penuh gembira "Ini aku dan aku adalah aku." Tapi tak. Aku tak pernah berselfie.

Dan endingnya apa? Endingnya sentiasa sama. Aku tidur diatas sofa itu dan berharap pada mimpi-mimpi yang sama.




No comments: