Tuesday, August 18, 2015

Manuskrip yang ditolak

Banyak kawan-kawan penulis dan yang baru nak cuba menulis bertanya tentang manuskrip mereka yang ditolak. 

 Aku jawab itu perkara biasa.

Manuskrip aku dulu pun banyak kena rejek sebelum berjaya diterbitkan. Aku pun penjaja manuskrip jugak dulu. Ya memang sadis dan sedih bila manuskrip seseorang penulis itu kena rejek. Menang frust dan rasa tak puas hati tu stendered. Penulis mana-mana pun pasti merasakan penulisan mereka dah sehabis baik huhu (termasuklah aku yang hina ni) . Jadi normal untuk sesebuah manuskrip tu kena tolak (instead of guna perkataan 'rejek')  Tapi itu tak membuatkan seorang penulis itu untuk terus berhenti menulis atau berputus asa menghantar manuskrip ke penerbitan buku. Penulis harus terus menulis dan terus submit karya mereka pada agent. Ok sini takde sistem agen tapi kau faham maksud aku kan?

Penolakan manuskrip ini tak mengira manusia, bangsa, agama dan pangkat. Sasterawan Negara pun banyak manuskrip mereka ditolak. Apatah lagi Knut Hamsun dan buku Confederacy of Dunces. Lu mau cakap apa lagi?

Ini adalah penilaian dari buku Santet dari sebuah penerbitan buku.



PENILAIAN MANUSKRIP DUKUN HITAM

PANEL 1 (TIDAK SETUJU)
Salam.

Cerita ini ok sahaja. Percubaan yang bagus tetapi saya tidak bersetuju kerana cara penyampaiannya yang kurang menarik.

PANEL 2 (TIDAK SETUJU)
salam sejahtera  .

saya sudah menilai manuskrip dukun hitam ini

1.secara keseluruhan cerita ini biase,apa yang disampaikan biasa dan sederhana sahaja
2,jalan cerita yang biasa,tak ada yang menarik dan masih perlu dibaiki
3.bahasa yang baik,santai dan kadang-kadang lawak juga :)
4.penggunaan tanda baca perlu disemak semula,ada huruf besar,ada huruf kecil tak senang untuk mata melihat .

p/s- penulis perlu perbaiki lagi penulisan anda supaya mantap dan memenuhi kehendak pihak penerbit ..

saya tidak setuju jika manuskrip ini diterbitkan oleh pihak penerbit  .

salam satu  Malaysia ! :)
Description: https://mail.google.com/mail/u/0/images/cleardot.gif

PANEL 3 (TIDAK SETUJU)
Salam . Saya sudah meneliti manuskrip Dukun Hitam ini. Baiklah, pertamanya, saya mendapati jalan cerita yang ditampilkan agak unik dan lain dari yang lain, namun begitu, dukacitanya saya kurang berminat dengan jalan cerita ini. Dari sudut gaya bahasa dan penceritaan, saya dapati bahasa yang digunakan agak bersahaja dan mudah difahami namun gaya penceritaan saya kira masih kurang matang dan kurang berkesan. Untuk itu, saya tidak bersetuju manuskrip ini diteruskan. Diharapkan, jalan cerita yang dipilih diperkemas dan teknik penceritaaan diperbaiki. Sekian, selamat maju jaya.

PANEL 4 (SETUJU)
Salam ,

cerita ne agak best..tapi banyak typo...ade ayat yang kne baca berulang kali untuk fahamkan apa yang penulis maksudkan untuk "Dukun Hitam yang sudah bertaubat cuna untuk tidak terlibat dengan kerja jahat itu walaupun ketika ini dia sangat memerlukan wang". 
Ayat agak berbelit..so far yang lain okey sbb ade gak unsur lawak dalam penceritaan. Part yang tetibe speaking tu agak sengal sbb acam konpius negro dapat cakap melayu..ngee..papepon best.=)

setuju


PANEL 5 (SETUJU)
Jalan cerita yang menarik dan mendebarkan.


Setuju.

2 comments:

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Hackeleh ⁢ said...

Sekuel kepada Santet ke atau ni memang Santet?