2015. God! another year?...ini tahun peralihan yang sangat dahsyat sekali dan aku semakin penat dengan pengulangan. I hate them all. And I love them all too. Im a lover and a hater at the same time.
Aku tak ingat 2014. Mungkin banyak yang berlaku. Banyak benda-benda yang cool, tapai aku makin lupa. itu maksudnya secara literal-aku memang pelupa. Tua dan dah makin nyanyuk. Aku akan ingata bila nak tidur, beberapa saat sebelum mata aku terlelap dan ketika itu ianya sudahpun terlambat. Tak banyak yang aku boleh buat untuk itu.
Sedikit sedikit aku yakinkana pada diri aku bahawa hidup ini bukan untuk aku seorang sahaja, dan semakin lama aku semakin faham erti falsafah itu- Untuk aku bahagia, aku perlu bahagiakan orang;kerana aku sudah tidak faham apa erti bahagia itu. Bahagia kini bermnaksud mengeluarkan duit dari dompet dan membeli mainan untuk budak berumur 4 tahun-kerana dia lebih memerlukan itu dari aku.
kadang-kadang aku kurang bernafsu untuk melakukan semuanya-dah makin malas membuka DVD, membaca apatah lagi (tapi membelinya adalah kemuncak hari aku) ,menulis pun sama juga. Lagu apa yang boleh membuatkan aku ghairah? Aku semakin sebu dengan sekeliling, dan bila aku meluat dengan sekeliling aku, sekeliling aku pun menjauhkan diri dari aku, Hanya buang air besar adalah kemuncak hidup aku. dan kadang-kadang sengaja aku teran perut supaya memerut. Heaven!
I lost the ability to love.
..I lost the ability to love dan di saat inilah perkhidmatan love aku itu sangat-sangat diperlukan-ketika mereka semakin membesar dan aku semakin tua.
Walaupun aku lemau, tetapi seringkali, setiap kali aku tak berdaya untuk melangkah, aku semmatkan dalam hati aku "Hey this is not so bad. This is the most important years of your life. Kau kena nampak lebih berani dan yakin. CHeer up. and dont play that old songs. Just tune in to the radio."
Aku dah penat berlagak berani, kerana yang sebenarnya aku dah tak peduli apa pun.
Tuesday, January 6, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment