Thursday, January 22, 2015
Rebel-Februari 2015
Aku pun dah lupa kenapa aku tulis buku ni.
Ianya mungkin berbeza dengan apa yang biasa aku buat. Means its not a comedy. Rasanyalah.
tajuknya mungkin macam...tapi takdelah rebel sangat pun cerita dan karakter dalam buku ni. Tajuknya adalah tribute pada Albert Camus barangkali. Ataupun tajuknya mungkin presnt apa yang bukan dalam buku ini. Sepanjang hayat aku ada 2 orang student cakap aku ni rebel. And i was like "what?" aku rasa akulah paling tak rebel. Atau mungkin dimata diaorang aku ni rebel, ataupun mungkin mereka ada definisi yang berbeza tentang apa itu rebel. Well anyway....macam yang aku tulis diatas tu, aku pun dah lupa kenapa aku tulis buku ini.Ianya bukan personal statement.
Cuma aku nak tulis pasal Subang dan juga New York. Kerana satunya aku suka Subang dan yang keduanya aku tak pernah pergi ke New York.
Rebel adalah cerita straighforward. naratifnya konservatif sikit. Sedikit light approachnya, ringan. Ada gaya drama Melayu sikit...tapi kalau dibuat filem berpotensi jadi macam filem Terbaek Dari Langit. Kellas!
Ok jap aku dah tau kenapa aku tulis buku ini. Ketika ini aku sangat berminat dengan relationship 3 serangkai-2 lelaki dan 1 perempuan, yang BFF tapi cuba untuk tidak jatuh cinta antara satu sama lain. Boleh tidur satu bilik tapi tak beromen.Platonik relationship kata Seinfeld.
Terima kasih kepada Mocha kerana sudi menerbitkan buku ini. Sekurang-kurangnya KPI tahunan aku dah tercapai, satu novel satu tahun.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Aku memang admire style writing kamu..honest laid back & yg penting aku feel who is Saat Omar. Tahniah
Post a Comment