Ada orang tanya umur aku sekarang berapa? sumpah aku tak kira. Aku mula tak mengira umur aku selepas 12 tahun. 13 tahun dah kira tua sangat bagi aku :)
Sekarang aku kena biasakan diri untuk bahasakan diri aku pakcik pada orang-orang lebih muda.
Alhamdulillah , setakat ini tuhan bagi aku kesihatan yang baik. Syukur aku. Aku cuba untuk tidak membebel banyak walaupun kebetulan harijadi aku jatuh sama dengan tarikh kenaikan harga minyak.
this is the best years of my life, melihat dua hero yang tak makan saman membesar, so aku taknak komplaint lebih-lebih atas kekurangan hidup aku (takde rasanya). So far so good. Aku dapat apa yang aku nak (kecuali Scarlett Johanson). Aku dapat beli buku yang aku nak, tonton filem yang aku nak. Sampai tak tertengok-tengok dan terbaca-baca. Itu sudah cukup bagi aku.
Aku bukanlah seorang hamba yang baik. Oleh sebab itu aku amat bersyukur dengan segala rezeki yang tuhan bagi. Hidup ini adalah untuk berfikir, dan setiap hari aku selalu berfikir kenapa Tuhan selalu bagi nasib yang baik pada aku kerana dengan kenakalan aku, aku sepatutnya dihumban dan dihina masuk kedalam parit...tapi Tuhan tak jatuhkan hukuman berat pada aku. Paling kuat pun tayar motor pancit je atas jalanraya. Mungkin segala nasib baik itu adalah hukuman sinis pada aku, untuk lebih taat padaNya dan terus berfikir tujuan setiap kejadian itu, buruk baiknya.
Kalau ada apa-apa dosa aku pada manusia lain,maafkanlah aku. Kalau ada orang lain berdosa pada aku, aku maafkan semuanya. 0-0. Yang tak kosong-kosong hanyalah game Liverpool lawan Man U- Liverpool 1 Man U 0.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
tahniah sebab tak kira umur.haha
nice blog Amalina
Post a Comment