Wednesday, July 10, 2013

Kembalinya Sang Penghisap Rokok

Yang lucunya aku kembali menghisap rokok. Huh!

Lucu kerana pada tahun 2008, kali terakhir aku menghisap rokok ialah pada hari terakhir sebelum Ramadhan bermula. Aku masih ingat lagi ketika itu Art For Grab aku yang pertama dan badan aku sakit separuh demam. Tekak perit membawa kepada badan yang panas. Ini bukan kali pertama tekak aku aku sakit tapi ini  yang paling teruk aku rasa sehinggakan aku rasa aku mungkin ada kanser tekak.

Ketika itu aku heavy dengan Blonde On Blonde. Pahitnya merasa betapa hebatnya Bob Dylan dengan dibelenggu badan yang tak sihat. Hari pertama Ramadhan 2008 aku terus berhenti merokok sehingga ke Jun tahun 2013.
Pada pertama Ramadhan aku hisap rokok 4 batang.

yang lucunya juga dulu antara sebab aku berhenti ialah sebab kesihatan. Sekarang aku kembali pun sebab kesihatan. badan besar sangat, nak kecikkan sikit, alasan aku pada Jaja sebab aku tak boleh hide bau asap rokok dalam rumah. Dia ok je.

Tapi aku tak hisap banyak pun. sehari 2 batang je. Setakat nilah....


2 comments:

Fasyali Fadzly said...

hahaha... Dua batang tu boleh bawak ke dua kotak tu En Saat. Hahaha.. bahaya, bahaya...

Anonymous said...

satu hari boleh dua je tau..