Thursday, July 18, 2013

I Love Ramadhan

Ramadhan. I Love Ramadhan.

Aku tak ingat apa aku buat last Ramadhan. Yang aku ingat ialah aku merayau-rayau di Pasar Ramadhan dengan plastik merah ditangan. Dan itu sahaja. Nampak sangat ramadhan aku tahun lepas hanya berkisar tentang makanan.

Semalam masa berjalan2 di pasar ramadhan, aku hampir singgah disebuah kedai yang biasa aku singgah tahun lepas dan tahun sebelumnya. Tengok wajah makcik dan pakcik itu yang sangat familliar-kedai pakcik jual roti jala. Tapi sebelum aku menegur ada satu gerak mata dari makcik itu yang menyatakan dia kenal aku. Dia tersenyum melihat kehadiran aku, begitu juga dengan anak perempuan disisinya . Sebelum aku tanya anak makcik tu dah pintas aku cakap  "Kuah durian takde" katanya. Kemudian seisi keluarga ketawa. Aku rasa sejak 2 tahun lepas mereka selalu bercerita tentang aku-'pelanggan yang suka roti jala dan kuah durian'.Atau mungkin dah ada cop durian kat muka aku ni, heh. Aku hanya mampu tersenyum dan berlalu. Aku tak marah dan ambil hati, its good to know for something. Dan alam kes ini aku ialah customer yang hanya mencari Roti Jaal dan Kuah Deghoyan. Di pasar ramadhan pun ada cerita yang berkait sebenarnya, dan juga drama.

Aku tetap aku. masih dalam pencarian aku-mencari roti jala dan kuah durian. dan hanya itu yang aku kejar Ramadhan tahun ni.






*



No comments: