1) Jaja ada hobi baru;baca novel. Aku tak tahu bila minat itu datang tapi tiba-tiba je dia terus baca novel non stop. Dia baca lagi laju dari aku. satu buku 400 mukasurat dia boleh baca dalam masa sehari.
Aku terkejut tengok ada satu buku tu keluaran 2010 tapi dah 14 Cetakan. Cilake! kaya gila penulis tu.
2) Kadang-kadang aku tanya juga eh apa benda semua ni? tapi takde siapa menjawab. Semua orang sibuk bekerja.
3) Aku jumpa dia kat parking kereta. Lama tak berborak, masing-masing sibuk dengan hal masing-masing. Dua nampak lunyai seperti biasa. Letih dan tak bermaya. Kali ni dia cakap hayat dia tak lama disini. Aku dengar aku pun terkejut. Dia cakap dia dah takde motivasi dah. benar katanya, kerana bila dia bercakap macam tu aku rasa macam lega sikit, sebab aku pun kadang-kadang rasa yang sama juga. "Mungkin dunia akademik ni bukan untuk aku." katanya, akhirnya. Aku mengangguk. Kalau boleh aku pun nak cakap macam tu. Tapi kalau aku pun berhenti apa aku nak bagi diaorang makan?
4) Sekarang aku takde masa nak pikir pasal benda-benda lain dah; sekarang aku cuma pikir tentang erti kehidupan sahaja. Hari tu macam dah jumpa jawapan dah. Tapi lupa pulak.
.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
baca novel laju.. kene baca abih.. kalau stop stop nanti boring.. hehe..
Kak Jaja apa khbr? sihat?
Post a Comment