memang benar,antara saat paling manis dalam hidup manusia ialah bila mereka berjaya menghabiskan buku. Seingat aku bila menghabiskan ayat terakhir dari sebuah buku akan rasa 'terapung' dan juga lega.
One Hundred Years of Solitude aku habiskan pada satu malam ketika semua rakan bilik aku tak dapat tidur, ada yang bermain video game dan lain-lain sementara aku cuba menghabiskan 100 m/s yang terakhir . Pukul 3 pagi rasanya.
Outsider aku habiskan ketika berseorangan dalam bilik.
yang lain tak ingat, tapi kebanyakan buku-buku yang bagus akan bagi impak yang kuat sehingga keakhir ayat. buku yang bagus seolah-olah satu tumbukan ke muka.
Buku ,tak seperti filem, ada grippping point pada bait-bait ayat yang terakhir. Mungkin sebab itu walaupun nak menghabiskan satu buku mengambil masa kadang-kadang seminggu, tapi kita (aku) perlu tabah melayari tiap baitnya kerana dihujungnya nanti akan ada perasaan ghairah dan ecstassy yang berbeda kenikmatannya.
kalau ceritanya terlalu mudah, aku akan hilang minat.
Kalau ceritanya terlalu kompleks aku juga akan hilang minat.
Tadi aku tertanya-tanya buku apa yang pertama aku baca sampai tamat. Hanya ada satu buku sahaja dalam fikiran aku....
Pertemuan aku dengan buku-buku ini bermula dengan bacaan majalah popular Variasari. Bila suatu hari melihat buku-buku ini tersusun dikedai buku, aku tak boleh cakap tidak. Aku mintak duit dari abah, aku cakap nak beli buku.
Aku berani cakap tak ada cover buku yang lebih 'cun' dari kulit buku ini. Terutama buku Berkelahi Dengan Syaitan tu.Sampailah sekarang...
4 comments:
kaver tamar jalis tu bg aku lagi cun, yg berkelahi tu ikut Carrie. tapi yeap,aku pun suka.
yap ikut Carrie...tapi imejnya cukup kuat untuk menghantui aku. yang menariknya dalam buku2 ni pun penuh dengan illustrasi2 dari pelukis Gopa kalau tak silap.
variasari,sarina,karya tamar jalis memang kesukaan masa kecik kecik dulu
Aku pun dulu baca buku Tamar Jalis nie..illustrationnya gerun...sadis!
Post a Comment