Wednesday, February 22, 2012

Mengenang Parah arahan Jo dan nukilan Aflian Saat, aku teringat tentang kenangan-kenangan manis aku berkaitan racism.

Ianya berlaku hampir 20 tahun dahulu. Ketika itu aku masih lagi dibangku sekolah. Sekolah rendah.

Walau aku berasal dari kampung, tapi untuk menjamin pendidikan yang baik untuk anaknya, ayah aku menghantar aku kesekolah Inggeris ditengah bandar;sebuah sekolah yang terkenal sebab antara sekolah paling tua di Teluk Intan dan juga dikenali sebagai sekolah yang tak ada padang rumput.

sekolah Horley Methodist adalah campuran murid-murid berbangsa Cina, India dan Melayu. Pelajar-pelajar cina dan India rata-rata berbahasa Inggeris, dan pelajar Melayu bercakap dalam bahasa Melayu.

Suatu hari, masa aku dalam darjah 4 aku dihujani dengan laungan perkauman dari kawan-kawan Cina dan India. Aku tak ingat bagaimana ianya berlaku, tetapi tiba-tiba sahaja pelajar-pelajar ini mempersoalkan tentang DEB, Melayu dapat belajar ke universiti, melayu didahulukan, semua nak Melayu dan lain-lain. Aku, satu-satunya pelajar Melayu yang faham English hanya mampu tergamam. Tak dapat nak counter attack. Paling kuat pun aku tumbuk bahu kawan sebelah aku, lelaki Singh yang bernama Sujit Thakurtha. Dan err..aku menangis. ya aku menangis kerana terasa aku dibuli.
"this is their country what" kata Lee Yik Tuan. Lee Yik Tuan akhirnya menjadi satu-satunya pelajar disekolah itu yang mendapat straight A pada peperiksaan UPSR (batch aku adalah batch pertama yang dibawah KBSR)
di Horley Methodist itu kebanyakan guru Cinanya memandang seroang pada Melayu dan sifat-sifat ketuanan Melayu. atau dalam bahasa yang mudah, aku rasa mereka anti Melayu. hanya ada seorang cikgu Cina sahaja yang aku suka, Miss Tan. Itupun sebab dia suka layan aku dan dia suka duduk kaki berlipat.

Namun begitu waau dihimpit oleh persoalan perkauman, aku tak pernah memandang serong pada kawan-kawan aku itu. Tak pernah aku berdendam. Malahan aku berterima kasih kepada mereka ketika ini, kerana sedikit sebanyak mereka membuatkan aku berfikir dan juga bersiap sedia untuk sebarang konflik dan persoalan tentang dari mana aku berasal dan kenapa aku dianggap tuan ditanah bertuah ini.dan aku juga tahu yang disebalik dimanjakan oleh kerajaan, aku sebaliknya suatu hari nanti akan menjadi mangsa pada tuduhan dan kecaman atas apa yang dikatakan kepada ketidak stabilan politik dan ekonomi.Bagaimana? aku tak tahu. Taapi someone somewhere anggap betapa lucky bastardnya aku...

jadi jika isu-isu racism dibangkit dan dipersoalkan pada aku;juga jika isu-isu berkenaan DEB dan juga Ketuanan Melayu dibangkitkan pada aku, aku akan menjawab "Saya berasal dari Teluk Intan". Atau persoalannya, adakah mempersoalkan ketuanan Melayu itu salah satu dari cabang lontaran perkauman atau persoalan penilaian politik?



Tak berapa lama lepas aku menonton Parah, Suarez winger Liverpool, seorang lelaki Uruguay dituduh menghambur perkataan negro kepada lelaki kulit hitam dari Peranchis bernama Patrick Evra.

dan kemudian adik Rio Ferdinand pula dihamun juga dengan perkataan N oleh John Terry. rentetan dari ini John Terry dilucutkan jawatan ketua pasukan England dan jurulatihnya seorang Italy bernama Capello meletakkan jawatan.

racism sekali lagi menjadi tajuk berita dunia.

Beberapa hari kemudian aku menonton The Guard, sebuah filem dari pengarah In Bruges. The Guard mengisahkan seorang polis Irish yang terpaksa bekerjasama dengan polis dari Amerika untuk membasmi pengedar dadah. Komedinya sudah dijangkakan tetapi mengundang pecah perut pada aku yang besar perut ini. Disitu akhirnya aku mengambil keputusan yang racism sebenarnya satu bentuk komedi yang sangat segar.kalau orang tak ketawa dengan jenaka-jenaka perkauman ini, jauhi orang itu kerana dia seorang yang amat membosankan.


Oh i love racist joke.Tiada yang lebih lucu dari lawak-lawak perkauman. Racist tak aku?

Hari ini pula dr M,seorang Melayu berketurunan India mengatakan yang All Malaysian are racist. aku ketawa macam nak terburai lutut.

well, anyway Parah is brilliantly written play. Had he been from America, Alfian Saat should have won Pulitzer Prize. Lucu juga bila teater terbaik tentang Malaysia ditulis oleh orang Singapore.

No comments: