Wednesday, February 1, 2012

Kena Rejek



Panel kami telah menilai manuskrip saudara. Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh para panel:

1. Ada idea tetapi perjalanan cerita agak perlahan hingga menjadikan cerita tersebut kurang menarik.
2. Tiada unsur-unsur emosi yang boleh menarik pembaca untuk terus membaca hingga ke akhirnya.

Oleh itu, pihak panel berpendapat, manuskrip ini tidak dapat diterbitkan.
Selamat maju jaya.

Sekian, wassalam.




* manuskrip aku takde emosi? oh no. Sia-sialah aku menonton filem Hindustan selama ini.. :(

Tiada unsur emosi? manuskrip aku tentang dunia yang hancur lepas perang Nuklear ..dan ibu serta anaknya berkelana dijalanan mencari sesuap nasi dan buku bacaan...nah, jika itu bukan emosi apa lagi ya? waduh waduh...

7 comments:

Fasyali Fadzly said...

hantar manuskrip ke mana ni?

saat omar said...

Jemari Seni hehe...

Fasyali Fadzly said...

try la hantar ke FIXI. cerita ganas2 sikit. hehe

razin salleh said...

cuba dan cuba dan cuba lagi !!!

saat omar said...

dengan Fixi pun pernah kena rejek..tak cukup Urban. lol

akan cuba menulis mengikut kehendak editor, dan cuba selarikan dengan kepuasan dan jalan sendiri. tiada sebab untuk berputus asa.

ana said...

cuba hantar kat JS Adiwarna (anak syarikat Jemari Seni). mana tahu kot-kot dapat sebab JS Adiwarna lebih terbuka dalam pemilihan manuskrip.

saat omar said...

ok ty ana