Wednesday, January 11, 2012

1
Satu hari Abu dapat panggilan telefon dari orang atas.
"ABU kau kena tolong Adam berdemo di Tanjung Malim. Hanya dengan cara itu kau dapat bersihkan nama kau" kata suara itu.

Macam pelajar-pelajar UPSI, Abu pun tak faham sangat dengan AUKU ni tapi dia pergi juga. yang penting berdemo. Baru nampak cool. Abu juga melihat ini sebagai satu jalan untuk dia mengembangkan namanya pada generasi baru

sebenarnya Abu ada sedikit cemburu dalam diam-diam dengan pencapaian Adam. Dalam masa yang singkat Adam telah berjaya dikenali, masuk front page suratkhabar dan national sensation sedangkan Abu terus tak dikenali dimedia umum. Ini membuakan Abu sedikit heart broken.

"Apa yang ada pada dia yang takde kat aku? aku lebih lama menceburi bidang demo ni" kata Abu pada aku suatu hari,mengadu
"Adam tu jambu Abu. Rambut dia cantik. Lagipun dia ada baju Beatles" kata aku memujuk Abu.
Abu akui hakikat itu. Adam lebih jambu dari dia.

Abu terus ke Tanjung Malim. Ketika itu para pelajar UPSI sedang berdemo ditepi pintu masuk utama. Pihak polis ada disekeliling. Orang ramai berpusu-pusu melihat, ini termasuklah para reporter dan passer by yang keluar dari rumah hanya untuk membeli sayur dipasar.

"HIDUP MAHASISWA! HIDUP MAHASISWA!" Jerit mereka semua.

Bila melihat Abu datang mereka terus menjerit "HIDUP ABU! HIDUP ABU! HIDUP ABU!"
Abu hampir menitiskan air mata mendengar laungan itu. Dia tak sangka lansung yang dia sebenarnya terkenal dikalangan pendemo ini.

ABu terus merampas microphone dari ketua pelajar.
"Hidup AUKU! Hidup AUKU!"
Tapi Abu sengau sikit suaranya menjerit "Auku" bunyinya bertukar jadi "Aku".
Yang lain terus menjerit melaung "Hidup Aku Hidup AKu!" dan kemudian bertukar jadi "Hidup Abu! Hidup Abu!"

Seorang pelajar pergi ketepi Abu dan berbisik "Abu, bukan hidup AUKU, tapi musnahkan Auku!" katanya lagi.
"Kenapa nak musnahkan Auku?"
"AUKU menghalang student untuk berpolitik, tapi kami nak berpolitik"
"Oh ok. Faham faham" kata ABu.

"Mahasiswa perlu digalakkan berpolitik!" Jerit ABu sambil diikuti oleh laungan para pelajar yang lain.
"Mahasiswa juga hendak tender dan kontrak!"Jerit Abu lagi sambil disusuli oleh para pelajar.
Hanya kemudian Mahasiswa berpandangan sesama sendiri ,keliru.

selepas berucap Abu turun dari podium itu.
"Sekarang kita nak buat apa Abu?"
"Kita semua kena berarak ke Parlimen!"
"Yeahhhh!" jerit semua.
Mereka pun berarak ke Parlimen. Sampai di tepi simpang kuil semua mengeluh sakit lutut.
"Tak laratlah Abu. Kita balik ke UPSI lah"
"OK aku pun tak laratlah. Kita pusing balik, kita pusing balik"Kata ABu yang mula termengah-mengah.
Sampai sekarang hanya herman Tino pegang rekod berjalan kaki dari KL ke Ipoh.

Mereka kembali ke pintu besar UPSI dimana para reporter sedia menunggu dengan kamera dan flash.
"So sekarang kita nak buat apa Abu?"
"Kita kena buat suatu yang radikal, dunia sedang melihat kita"kata ABu merujuk pada para reporter dihadapannya.


"AYuh kita baring tengah jalan!!" Kata ABu tiba-tiba mendapat idea.
Semua pun serentak merebahkan diri diatas jalan tar yang panas itu.
"sampai bila kita nak baring Abu?" tanya salah seorang pelajar perempuan yang bertudung labuh.
"sampai AUKU dimansuhkan. Selagi itu jangan kita bangun!" jerit Abu ,bercampur dengan sakit menahan panas. yang lain pun turut menjerit setuju.

15 minit kemudian seseorang mencadangkan agar mereka baring ditepi bangunan kerana disitu lebih redup.
"OK kita semua pindah ketempat redup" kata ABu dan yang lain turut mengikut dia berpindah.
Mereka kini semua baring dibawah bayang-bayangan yang redup.

10 minit kemudian seseorang mencadangkan agar mereka semua baring didalam kolej kerana disana ada katil dan kipas angin.
"Ok kita semua semua berpindah ke dalam kolej" Arah Abu dan semua pelajar mengikut arahannya. Mereka semua berpindah kedalam kolej Lelaki, dan semua para pelajar pendemo baik lelaki dan perempuan kini baring dikatil kolej sebagai aksi bantahan.

"Selesa sikit baring kat sini kan? Ada tilam, ada kipas" kata Abu. dan semua pelajar pun mengangguk setuju. Mereka baring disitu sampai ke pagi esoknya.

Pagi esoknya semua bangun untuk keluar membeli nasi lemak. selepas tamat breakfast mereka sambung demo dengan baring sampai kepetang.

Bila aksi mereka itu tak mendapat perhatian dari para reporter mereka masing-masing mula meninggalkan katil dan ke pc masing-masing untuk upload status FB. sementara Adam bermain Angry Birds.

2
Masa Adam main Angry Birds, Abu datang kepadanya.
"Abu, Anwar nak jumpa kau di Apartment Damansara" kata ABu.
"Oooooooooo" laung kawan-kakwan yang lain dengan nada sinis bila nama Anwar disebut.
"I busylah tengah main Angry Bird. U tak nampak ke?" kata Adam mencari alasan.
"Jomlah Adam, kat sana Birdsnya lagi angry" Kata Abu memujuk.
Adam pun setuju.

Adam dan Abu pergi ke apartment Damansara naik kereta dipandu Abu.
Dalam perjalanan mereka berbual tentang politik dan pelajar.
Adam berjaya mempengaruhi Abu yang pelajar harus diberi ruang untuk melibatkan diri dalam aktiviti politik.
sampai di aprtment

"mana Anwar Ibrahim?" Kata Adam bila sampai disebuah bilik.
Abu mula menutup pintu.
"mana ada Anwar Ibrahim. Cuma kita berdua je dalam apartment ni babe" kata Abu dengan wajah nakal.
"U ni comellah Adam. Bagi i comolot sikit"
"ABu! kau gunakan nama Anwar untuk perangkap aku! tak guna punya Abu!"
"Hahaha. Bukan salah I Adam. U yang jambu sangat. Cantiklah baju Beatles u tu"
Adam menjerit tapi tiada siapa dengar suaranya.
"Abu, ak boleh. Kita bukan muhrim"
"Alah Kenapa nak takut Adam, Hassan Ali tak kerja dengan JAIS dah" kata Abu terus memujuk.
Abu mula make a move. Dia cuba menerkam Adam dengan gaya perogol filem-filem Melayu tahun 70an. Adam melompat keudara dan melakukan flying kick tepat kemuka Abu. Abu jatuh tersungkur. Abu mengaduh kesakitan.
"Abu!I am not a gay!" jerit Adam.
Abu kemudian kesal dengan perbuatannya dan dia meminta maaf kerana keterlanjurannya.
"jangan bagitahu orang lain ya. terutama pada Anwar Ibrahim" kata Abu. Dia mengaku yang dia mula obses dengan Adam sejak lelaki itu muncul dikaca tv. Abu menghulur tangan untuk berjabat dan mereka berpelukan, masing-masing bersedia melupakan keterlanjuran masing-masing.

Malam itu dalam perjalanan pulang ke Tanjung Malim, Adam dan Abu setuju kalau semua pemimpin politik dinegara ini dan juga dinegara lain bersedia untuk memaafkan kesalahan seteru mereka ,seperti yang mereka lakukan tadi, dunia akan jadi lebih baik.

Bila sampai Tanjung Malim, para pendemo sudah sedia memenuhi pagar utama itu. Adam keluar dari
"Come Abu, lets continue our job" Adam menghulur tangan.
"U go boys. Its your time. new gen needs new hero. Im too old for this" kata ABu.
"Oh come on Abu. "Adam terus menarik Abu.
ABu berfikir sejenak dan kemudian "Well, whatta hell" kata ABu, keluar dari kereta itu. Bila dia dan Adam menghampiri para pendemonstrator itu semua mula bersorak dan menjerit nama mereka. para polis anti rusuhan mula ketar lutut melihat ABu berganding dengan Adam. Mereka tahu ianya akan jadi mimpi ngeri bila kedua-dua rebel ini bergabung. Mereka mula menghubungi polis anti rusuhan yang lain untuk back up.

Laungan' hidup mahasiswa!' 'Hidup Abu!' dan 'Hidup Adam!' terus bergema dipekan kecil itu.