Wednesday, September 28, 2011

Cerpen Horror: Sumpahan Gadis Marayu


1
Joni tahu dia akan mati. Dalam masa 2 hari lagi jantungnya akan meletup dan dia akan menyembah kebumi.

Joni memberanikan diri bertemu doktor. Doktor memerika Joni dan yakin pada kebenaran itu.
"Ya, dalam masa 2 hari jantung awak akan meletup dan awak akan mati" kata doktor muda itu sambil mengetip jarinya.
Joni hanya mengangguk sayu, akur pada takdirnya.
"Tapi bagaimana ianya berlaku?"
"Kalau saya ceritakan pada doktor percayakan doktor pada kisah-kisah tahyul dan ilmu ghaib"
"Saya doktor, saya tak percaya pada kisah2 begitu. Tapi cerita sajalah supaya lapang dada kamu" kata doktor sceptical itu.

"Nama saya Joni. Dulu saya antara orang paling kaya di tanah ini. Tapi bila minyak tak lagi dijumpai, kekayaan saya semakin pupus. Syarikat saya terpaksa saya jual pada Doni, musuh saya dalam perniagaan yang sudah lama mencari alasan untuk membunuh saya.
Bukan sahaja syarikat saya sahaja yang kena jual, tapi rumah saya turut dibelinya. Isteri dan anak saya lari. Saya jadi orang merempat.

Tapi itu tak cukup buat Doni. Dia tahu kalau dia tak bunuh saya, saya akan menuntut bela bila saya ada peluang nanti. Ketika itulah Doni tahu tentang rahsia keturunan saya dan rahsia sumpahan gadis Marayu"
"Sumpahan Gadis Marayu?"
"Doktor pernah dengar tentang itu? SUmpahan Gadis Marayu?"
"tak pernah." doktor berbohong "Ceritakanlah tentang sumpahan ini"
"Sumpahan Gadis Marayu berlaku 300 tahun dahulu ketika orang Bugis datang ketanah ini dan merogol anak gadis puak Marayu. Seorang gadis yang mati tersiksa batinnya telah bersumpah barang siapa lelaki Bugis yang merogol gadis Marayu akan musnah jantungnyaa tiga hari setelah kejadian itu. Bukan sahaja merogol, tapi bahkan melakukan sex dengan gadis Marayu maka maut menantinya"
"Adakah kau lelaki Bugis?"
"ya saya keturunan itu."
"Dan puak Marayu?"
"Puak Marayu kebanyakannya telah hilang. Taapi untuk meracun saya mati dalam nista dan siksaan Doni cari Perempuan Marayu terakhir untuk santapan saya."
"Dan kau melakukan sex dengan perempuan itu?"
"Tak. Dia gadis 82 tahun"
Doktor ternganga.
"Dia gadis 82 tahun dan dia adalah satu-satunya puak Marayu yang tinggal doktor. Mereka merancang untuk mengenakan saya. Mereka letak gadis 82 tahun itu dalam satu hotel tak jauh dari bandar. Mereka tangkap saya dan letakkan saya. Mereka fikir saya kemaruk sex. Ah kalau 5 tahun dahulu memang saya belasah sahaja tuan doktor. Tapi ketika ini saya tak lagi kuat, semangat saya kian pudar. Saya tak sentuh lansung gadis 82 tahun itu."
"kau tak bersenggama dengan dia?"
"Dia akhirnya mengaku bahawa dia adalah gadis Marayu. Dia yang menceritakan pada saya tentang Sumpahan Gadis Marayu ini. Hanya kemudian juga barulah saya tahu yang saya dari keturunan Bugis doktor"
"Apa yang kau buat selepas itu?"
"Cubaan mereka untuk saya bersenyawa dengan gadis 82 tahun itu gagal. Saya melompat dari tingkap dan terus lari. Saya ingat saya selamat, tapi orang-orang Doni terus mengejar saya. Saya tak boleh lari lagi. saya menyorok bawah kolong dimana orang-orang tak berumah tinggal takut dimakan oleh orang kaya"
"Dan kemudian apa berlaku?"
"Kemudian saya disini"
"Bagaiamana itu berlaku? Bagaimana mereka dapat membuatkan kau melakukan sex dengan gadis Marayu itu jika kau menyorok bawah kolong?"
"Kolong itu macam penjara tuan doktor. Tiada pintu yang boleh masuk. Kuncinya saya telan dalam perut bila saya tutup dan kunci pintu besi itu. Didalamnya kosong dan gelap gelita. Yang ada cuma 2-3 orang separuh mati macam saya"
"Jadi bagaimana mereka buat kalau kolong itu tertutup pintu besinya?"
"Cuma ada satu lubang kecil atas dinding batu itu. Cahaya masuk pada lubang ini pada waktu pagi. dan doktor tahu bagaimana mereka buat?"
"Doktor geleng kepala.
"Dua lelaki membantu orang Doni. Ketika saya tidur mereka suntik saya dengan ubat pelali. BIla saya kebas dan tak sedarkan diri mereka potong kemaluan saya. Mereka sumbat kemaluan saya pada lubang kecil ditepi dinding itu dan disambut oleh orang-orang Doni. Dengan kemaluan saya itu mereka bergegas kehotel dan sumbat pada kemaluan gadis Marayu 82 tahun ini. Saya tak tahu samada gadis Marayu itu perlu orgasm atau tidak untuk membenarkan sumpahan ini berlaku ,tapi selepas memasukkan kemaluan saya yang terpotong itu pada vagina gadis Marayu 82 tahun itu, mereka pulangkan semula kemaluan itu. Mereka sumbatkan pada lubang kecil itu dan dua orang Judas menjahit semula kemaluan yang terputus itu pada tempatnya.
Sudah tentu saya tak sedar tentang ini dan bila saya bangun pun saya tak terasa sakitnya. Seluar saya hanya berlumuran darah tetapi dalam gelap tak ada yang saya nampak tuan doktor.
beberapa jam kemudian sracun sumpahan itu mula menyucuk jantung saya. Saya mulai merasa sakitnya. Saya perlu keluar dari kolong ini fikri saya, ada sesuatu yang tak kena"
"bagaimana kamu keluar dari penjara yang terkunci itu?"
"Saya berak sekuat hati dan kunci itu mula terkeluar semula. Saya bebas semula dan terus berlari kesini"
"bagaimana kamu yakin yang kemaluan kamu dipotong ketika kamu tak sedarkan diri"
"sebab itu saya datang untuk kepastian dari doktor"
"Maaf, Saya tak percaya pada sumpahan ini dan saya tak percaya pada cerita kamu. Kamu akan mati mungkin kerana kurang zat dan vitamin"
"periksa dahulu kemaluan saya tuan doktor! tolong!"Kata Joni sambil melondehkan seluarnya berbogel dihadapan doktor itu.
"Kau tak perlukan pendapat professional untuk tahu bahawa kemaluan kau telah dipotong dan disambung semula" kata doktor itu dan bila Joni melihat dicermin dia lihat kedudukan kemaluannya memang sedikit tersasar dari kedudukan asalnya. Judas yang menjahit semula kemaluannya itu memang melakukan kerjanya dengan tergesa-gesa.
Joni mula menangis. "Adakah saya akan mati doktor?"
"Mungkin sumpahan gadis Marayu itu benar. Mungkin kau akan mati. jadi apa yang kau akan buat sekarang?"
Joni tak menjawab sebaliknya dia keluar dari bilik itu.


2

Joni merayau-rayau disekitar jalan. matahari tegak atas kepalanya. Tepat pada pukul 4 dia akan mati, Joni tahu tentang itu. Dia ada masa 2 jam untuk hidup. Ditepi pesisir jalan Doni dan kuncu-kuncunya tiba-tiba muncul! Mereka sedang memerhatikan Joni dan menunggu saat kehancurannya.
gadis-gadis cantik lalu lalang dihadapannya dan perasaan iotu membuatkan Joni sedih kerana dia tahu dia akan mati dan aktiviti kegemarannya bersama perempuan akan tamat sebaik sahaja dia mati nanti. Tiba-tiba Joni mengamuk. Dia rogol semua benda yang ada dihadapannya, gadis yang disingkap kainnya, telefon publik, tiang lampu, meter duit bas dan juga Iphone.
Doni yang ada disitu ketawa besar macam orang hilang akal.
Joni cuba mengejar Doni dan lelaki itu lari, mengacah Joni yang macam hilang akal.
Joni terus mengejar Doni dan kuncu-kuncunya yang bertempiaran lari.
AKhirnya Joni mengambil pisau dari dalam poketnya dan mencantas kemaluannya sendiri. Dia melompat pada DOni yang tak perasaan Joni ada dibelakangnya.
Bila Doni berpaling Joni menyumbat kemaluannya kemulut Doni dan menukup mulutnya. Kemaluan Joni akhirnya masuk kedalam perut Doni dan dia sama berkongsi racun maut dari Sumpahan Gadis Marayu itu. Doni mati serta merta.

Beberapa minit kemudian Joni masih lagi terguling menunggu saat kematiannya. Racun sumpahan gadis Marayu itu mulai sampai ke urat sarafnya. Ketika itulah Joni ternampak ada sepasang kaki mendekatinya.
"Tolong saya doktor. Tolong saya doktor" Rayu Joni separuh nyawa.
"Saya tak boleh. racun Sumpahan Gadis Marayu sangat bahaya.. Kau tak obleh diselamatkan" kata doktor itu yakin. DIa seakan tak bersimpati lansung dengan Joni.
"Bagaimana Doktor begitu yakin?"
"Ayah saya mati dengan racun yang sama" kata doktor itu.
Sebelum Joni menghembus nafasnya yang terakhir terpancar senyuman sinis diwajahnya.

Doktor terus meninggalkan tempat kejadian itu. Dia tak terus kembali kerumah atau kekliniknya tetapi dia terus kehotel seperti yang diceritakan oleh Joni tadi. 35 minit kemudian dia sudahpun berada didalam hotel ditempat Gadis Marayu 82 ditempatkan diatas katilnya.
Mata doktor mudai tu merah dan air liur menitik dibibirnya. Gadis Marayu itu lemah, seperti lemahnya wanita diusia tuanya. Wajahnya berkedut dan tulangnya hampir kelihatan. Dia terbaring tak bermaya tapi anak matanya tepat merenung pada doktor. Dia seakan mahu bersuara tapi mulutnya tak bergerak. DOktor terus meneguk air liur.

Doktor mengambil sebuah bantal ditepi katil dan terus menekan muka gadis Marayu itu. Ditekannya kuat-kuat sehingga gadis itu tidak lagi bernafas.

Sunday, September 25, 2011

Two Legged Horse, maggi goreng+ Telor Goreng dan teh panas serta Teater Juta Juta


Aku jarang ke Kolompo. Dan bila sesekali aku ke Kolompo aku akan pastikan aku yang aku menggunakan segala masa dan peluang yang ada untuk berhibur dengan being cultured ;Menonton Filem dan menonton teater sekaligus.
Killing two birds with one stone kata orang Putih. Atau, killing two pigs with one bird....its Angry Birds thing-you should have know this by now.

Aku berkira-kira yang jikalau aku sempat menonton Two Legged Horse di GSC pada pukul 5.30, aku sempat untuk pergi ke DBP, makan maggi goreng+ telor goreng dan teh panas, dan kemudian menonton teater Juta-Juta dan pulang kerumah sebelum Subuh.

Sebenarnya sejak khawin dan ada anak aku sukar sikit untuk keluar dan balik lewat malam. Ini satu pengorbanan yang harus aku tempoh bila sudah berumahtangga. Pilihan antara keluarga dan cultured sudah tentu aku memilih keluarga. Sebab ini aku banyak skip teater yang baik-baik. tapi sekali sekala, well....aku terpaksa juga ke Kolompo untuk melihat dan memberi sokongan moral pada teater tempatan. Dan menjadi sebahagian sejarah in the same time.


Sebenarnya aku ada sedikit fobia dengan GSC One Utama. AKu pernah beratur setengah jam disana dan aku give up kerana masa menonton telah tiba tapi aku masih jauh untuk mengadap kaunter tiket. ianya terjadi ketika aku cuba menonton Let The Bullets Fly. Maka sudahnya aku terus pulang kehampaan. Dan ketika ini hanya.
Aku hanya ada pilihan samada nak menonton filem Iran atau filem Melayu Raya. Tapi demi intellek aku, aku akhirnya menyerah diri pada filem Iran yang kurasa lebih kuat sifat kemanusiannya. Kukira begitulah yang biasanya berlaku.

Kali ini aku bernasib baik. Tak banyak yang beratur. Aku pun berlari menyisipkan diri dalam web -pagar ular itu. Tak sampai sepuluh minit aku berjaya menampilkan diri dihadapan pekerja kaunter tiket. "Two Legged Horse" kata aku dengan pelat. "Seorang. 5.30" kata aku lagi sementara pekerjanya seorang perempuan India yang berambut halus memeriksa nama filem itu. AKu agak ini adalah hari pertama Two Legged Horse ditayangkankan di International Screen selepas Captain Abu Raeb.

Akhirnya aku dapat tiket wayang aku aku dambakan.

Pekerja kaunter menghulur tiket dan aku menghulur duit. aku tak ingat dia akan cakap enjoy the show ataupun tidak.

Pop corn atau tanpa pocorn? Tanpa popcorn. Aku melintasi gerai jualan pop corn tanpa jelingan sedikitpun walaupun sebenarnya aku sangat lapar. Aku mahu cepat bergerak ke panggung wayang dan berebahkan diri aku dikerusi yang empuk dengan pancuran aircond yang segar.

Jika diberi pilihan antara menonton wayang dan menonton DVD sudah tentu aku pilih diwayang gambar, walau dengan harga yang sama dan walaupun dengan membeli DVD kita boleh mengulang tayang. Menonton di big skrin adalah nikmat yang tiada taranya.

Panggung wayang bermula dan aku masih satu-satunya lelaki dalam panggung wayang international itu. Tiada lansung kelibat lelaki dan wanita Iran Lim Kok Wing disitu.

Adakah aku satu-satunya manusia dalam panggung wayang itu?

Two Legged Horse mengisahkan seorang bapa yang terpaksa ke India atas urusan kerja dan dia terpaksa mengupah seorang budak lain untuk menggendung anak lelakinya yang cacat kaki kesekolah. Budak itu dibayar satu dollar sehari.

Filem ini hanya ada satu warna tuan-tuan dan puan-puan, iaitu warna Cokolat.

Sementara itu Disekolah mereka diajar satu campur satu jadi dua. Guru lelakinya berjanggut macam Taliban dan kanak-kanaknya macam ahli Al Arqam. Sementara menunggu tuan besarnya belajar ,Antonio budak lelaki pesuruh duduk ditepi bangsal dan melihat seekor kuda cantik melahirkan anaknya.

Edward, tuan besar pada Antonio bukanlah seorang tuan besar yang baik budiman. Dia melayan Antonio tak ubah macam kaldai. Dia gunakan Antonio sebagaui lumba lari untuk bertarung dengan rakan-rakan sekolahnya yang lain yang ada kaldai dan juga sebagai perlawanan gusti disekolah dengan budak lelaki yang berwajah Monggolian. Bila Antonio menang, dia dihadiahkan dengan aiskrim oleh Edward. "Nanti bila bapak saya balik saya bayar" kata Edward pada pekedai yang menjual aiskrim itu.

Tapi awan tidak selalunya cerah.Hubungan antara Edward dan Antonio akhirnya berantakan kerana mereka berebutkan seorang gadis berwajah Monggolian. Apakaha sudahnya kisah Two Legged Iron ini? Saksikan di pawagam GSC berdekatan dengan rumah anda (maksudnya anda kena pindah dekat dengan pawagam GSC) Two Legged Horse adalah sebuah filem yang sadis dan brutal. Tiada happy ending dalam filem ini.

Bila credit timbul, aku bangun dari kerusi pawagam aku dengan sedikit sebak kerana mengenangkan betapa miskinnya kanak-kanak saudara aku didaerah asing itu. perasaan ini hanya membuatkan aku bersyukur lahir ditanah merdeka dan banyak duit. Perasaan ini membuatkan aku terasa seperti mahu ke MCDonald dan mengorder Double Cheese Burger.

Bila aku bangun, aku dapati pawagam kosong. Nah! Setelah hampir 23 tahun menonton wayang inilah kali pertama aku menonton hanya berseorangan yang menonton didalam panggung. ini sejarah. Antara bangga dan sedikit simpati pada taukey dan producer filem Two Legged Horse itu.

Aku terus henjut motor aku ke Kolompo dengan hati yang masih sebak mengenangkan Edward dan Antonio itu serta sifat-sifat kejam manusia pada manusia lain. Ketika ini hanya satu yang aku mahu;berhibur dan ketawa. Dan aku yakin aku mampu dapat itu dari Teater Juta-Juta.

Aku sampai DBP tepat pukul 8. Aku parking motor ditepi restoran dan terus duduk dimeja kuningnya. Jika Stor DBP adalah gelanggang alternatif untuk penggiat teater indie, maka restoran ini perlu hype. Ya, itu yang aku bayangkan. Seharusnya gerai ini menjadi tempat mepelak pada senimanmuda, seperti yang berlaku di Taman Ismail mamrzuki dan off Broadway.
Orang tidak lagi perlu melepak di Central Market, disinilah harapan baru. Disinilah yang paling in. Tapi tidak, tak banyak seniman lepak kat restoran ini. Mungkin antara sebabnya masakan restoran ini pun tak sedap sangat rasanya. Jikalau ianya bagus, penulis2 yang baru balik dari DBP, penggiat teater. Di Istana Budaya? tempat tu high standard sangat...patut dibanyakkan lagi kedai makan santai disitu. Baru idea boleh menular selepas tamat persembahan atau ketika pelakon tamat rehearsal. tapi tidak....Istana Budaya sebuah tempat yang sunyi sepi sebenarnya.
Di Negara yang dikatakan kaya dengan ramuan makanan yang sedap dan lazat ini, Istana Budaya dan tempat-tempat budaya lain seolah-olah menutup pintu kelazatan.

well anyway, maggi goreng yang dimasak oleh mamak itu (ataupun India?) tidaklah sesedap mana. mediocre sahaja bagi aku. ianya tidak dimasak dengan sepenuh hati dan perasaan. Tapi aku tak kecewa. Akhirnya aku kenyang juga.

Di DBP ketika itu meriah kerana ada dua persembahan sedang berlaku. Teater Kanak-Kanak Bangau Oh Bangau juga turut berlansung selain dari Teater Juta-Juta.
Walaupun sukar untuk aku menonton semua teater-teater ini(kerana aku jarang ke KL), tapi aku berharap kalau ada aktiviti teater pada setiap hari sebegini sudah tentu menyemarakkan lagi suasana kesenian Tanah Melayu ini.

Aku memberanikan diri berhimpun dihadapan pintu stor teater itu, bersalam dikiri dan kanan dengan sahabat dan kenalan yang aku kenal. Sempat membeli beberapa buku yang a must buy.

rata-rata anak muda sahaja, generasi x ke generasi Z. Tiada old timer hippies, takde. Mungkin semuanya kesurau ataupun ke masjid. Ataupun pergi memancing macam hang Lekir Lekiu dan Kasturi?

Teater Juta-Juta adalah garapan Fasyali and the Gang. sebuah Kumpulan Angry Young Men....And Girls yang mula mendapat tempat di hati sanubari anak-anak muda tempatan. Dan antara yang prolific. Kalau tak silap aku ini adalah kumpulan pertama yang menggabungkan graduan antara ASWARA dan juga UiTM. Hasil gabungan dua graduan dari IPTA yang berbeza adalah penting untuk menjana idea-idea baru. Dan sebarang cantuman ini adalah sesuatu yang sangat dibanggakan sebenarnya. dan bagi aku inilah kejayaan sebenar pementasan ini.

Teater Juta-Juta bermula dengan santai;Pelakon juga adalah front of house yang menjemput tetamu dan berbual dengan para penonton diluar dewan sebelum persembahan bermula. Stage Fright tak pernahnya wujud dalam jiwa anak-anak muda professional ini.

TJJ adalah luahan perasaan ikhlas dari belas-bekas graduan Teater tempatan. Jika dibenarkan aku mahu melabel TJJ dalam kelompok Teater Sindiran (aku tak pernah dengar terma ini sebelum ini dan god bless me kalau akulah orang pertama yang coined term ini) mengisahkan 3 graduan teater yang berbincang sewaktu brainsotrming untuk persembahan di Kraton Seni.

TJJ adalah luahan frustasi bekas graduan tentang sistem, tentang repetitous dalam genre persembahan, tentang Muzikal Istana Budaya, tentang sistem pendidikan, Tentang status 3 kawan lain dalam sejarah Hang Tuah, dalam kisah Hang Tuah, Dalam macam-macam hal lagi. TJJ bertanyakan persoalan dan menjawabnya dalam masa yang sama ("Sistem! Sistem!")
Dalam ketawa menonton TJJ kita sebenarnya ketawa melihat diri kita sendiri.

Watak yang paling rasional dalam TJJ sudah tentulah Anas sendiri. Mungkin agaknya dia semakin sedar dengan hakikat bahawa langit tidak selalunya cerah apatah lagi bila Arsenal kena 8-2 dengan Manchester United tempoh hari. Impak kekecewaan itu jelas terpampang diwajah beliau.

sementara Aloy pula bermula dengan gugup dan suara yang terketar-ketar, tapi akhirnya menjadi semakin selesa dan yakin dengan persembahan.

Kekuatan TJJ sebenarnya bukan terletak pada dialognya. Dialog-dialog TJJ adalah sesuatu yang kita sudah biasa dan selalu dengar, tapi kekuatan TJJ terletak pada, seperti apa yang dikatakan oleh Hamzah Tahir 'new energy"- TJJ bergerak pantas dari satu babak ke satu babak yang lain dalam pergerakan non linear yang complex tetapi santai.(?)

TJJ mungkin tak mampu mengubah apa-apa. (seperti yang dikatakan oleh wataknya "Sistem! Itu salah sistem!") tapi teater sebegini perlu lahir kerana, speerti apa yang kukatakan tadi, supaya kita mampu ketawa dan mentertawakan diri sendiri dalam masa yang sama.

Jumpa lagi dipersembahan yang seterusnya....

Tuesday, September 20, 2011

Teater Juta-Juta karya dan arahan Fasyali Fadzli dari 21-25 Sept 2011


Tarikh: 21 - 25 September 2011
Waktu: Lepas Isyak aka 8.30 malam
Tempat: STOR Teater DBP.

Lets do it! Malam minggu tak payah tengok bola, Liverpool mesti menang punya.

Monday, September 19, 2011

Sekali sekala kita akan mendengar orang berkata "Saya boleh tulis skrip filem dalam masa 2 hari je"

Statement tersebut dibuat untuk mendapat kekaguman pendengar, dan membuktikan bahawa penulis seorang yang hebat bila menulis.But I beg to differ.

Skrip bukanlah sesuatu yang mudah. Dalam unsur novel dan penulisan kreatif lain, corak penulisan boleh bersifat 'meleret-leret'.

tapi treatment filem sebenarnya lebih complex dari itu. semua penulis yang pernah menulis skrip untuk filem akan akur dengan kenyataan ini. Mungkin sebab itu skrip filem biasa ditulis oleh lebih dari satu orang. Ada yang tiga dan ada yang sampai 4 orang. Draft demi draft demi draft. Good Will Hunting dirombak sebanyak 10 kali.
dan memang satu hal kebiasaan bahawa sesebuah skrip itu akan dicantas bertahun-tahun lamanya.

pada aku bila seseorang berkata yang dia hanya memperuntukkan 2 hari untuk menulis skrip filem , itu tak menunjukkan kehebatan dia menulis. tetapi ianya hanya menyerlahkan betapa cincainya dia membuat kerja.

Tuesday, September 13, 2011

Kisah dan Tauladan

Pada suatu hari ada seekor beruk bernama Monyet.

Beruk ini suka bergayut atas pokok dan makan kacang.

pada suatu hari ketika beruk ini sedang bergayut ada seekor kura-kura menegur Beruk ini. "Oi monyet!" jerit sikura-kura kemudian ketawa kuat-kuat sampai berguling-guling

Beruk yang sedang marah pun berkata"Binawe punya anjing!"

Ketika itu seorang budak kecil yang baru balik dari tadika melintasi kawasan kejadian. Dia terdengar perbualan dua ekor binatang itu.

Sejak hari itu budak itu ingat Kura-kura adalah Anjing dan Beruk adalah Monyet.

Sunday, September 4, 2011

Filem dan premis seni apa pun (terutama seni persembahan yang menggunakan manusia sebagai unsur atau alat untuk perkembangan karakter) perlu membuatkan penonton atau audience merasa 'care dengan karakter tersebut'.

Banyak filem Melayu takde unsur-unsur ini. terutama filem horror. Filem-filem yang aku tonton di tv pada cuti hari raya tempoh hari. Filem-filem ini gagal membuatkan audience (aku) untuk ambik peduli dengan karakter atau heronya kerana mereka berebut-rebut dan berlumba-lumba untuk menakutkan audience dengan muka-muka hodoh dari cermin bilik air, dari tepi tingkap kereta kenderaan bergerak (paling banyak)


Apa yang aku maksudkan dengan pengarah perlu membuatkan ' penonton perlu care dengan karakter' itu? ianya premis yang mudah. Pengarah perlu develop identiti dan personaliti dalam pembawakan karakter. Unsur ini boleh dilihat dengan minor introduction ataupun secara major.

benda-benda macam; pekerjaan hero, team EPL kesukaannya, makanan kesukaannya, hubungan dia dengan abang tirinya, hubungan dia dengan bossnya. Apa benda yang dia fobia dan lain-lain lagi.

lawak bodohnya pada rakan sekerja, makanan apa yang dimakan sewaktu pagi. Rancangan tv kegemaran. suratkhabar yang dia baca. gaya dia berjalan ke dapur.

cara dia mennggeliat ketika bangun dari tidur.

dan lain-lain lagi. Sekelumit pembentukan identiti juga penting sebenarnya.

Walau sekelumit pun introduction tentang peribadi watak adalah amat penting untuk membuatkan kita jatuh cinta dan ambil peduli dengan watak tersebut.

development karakter ini penting bukan sahaja supaya personaliti dan identiti karakter atau hero nampak lebih jelas tetapi juga untuk tidak membuatkan karakter itu nampak flat atau 2 dimensional.

Dalam Santau, perkembangan wataknya tak jelas sehinggakan u dont care much with the hero. Apatah lagi sebab dan alasan kenapa dia dan keluarganya disantau tak jelas.

Memang ada filem-filem horror yang didasarkan dari kejutan-kejutan horrornya semata-mata. takde plot takde apa. Yang paling jelas adalah mungkin dari filem-filem awal Sam Raimi antaranya. its a total scary shit stuff. tapai jika kita mengandaikan bahawa filem-filem sam Raimi ini takde characther development maka itu pendapat yang salah .

Filem horror tak semudah yang disangka. Ianya bukanlah satu pesta kejutan semata-mata.
personaliti karakter juga penting. Cuba baca balik Alfred Hitchcock punya pendapat tentang suspense.

Cuba tonton House of Devil. Filem mudah yang membuatkan aku rasa nak terberak dalam kain pelikat (sebab aku tak pakai seluar dalam bila aku pakai pelikat)

Itu belum aku suruh study filem-filem macam A History of Violence ataupun Death Proof untuk kaji bagaimana peri pentingnya karakter development untuk menjanjikan kemuncak yang genting.





















faham? Space dan timing itu penting dalam pembentukan karakter. Jangan terburu-buru nak menakutkan audience.








faham?
























ok.