Sunday, September 25, 2011

Two Legged Horse, maggi goreng+ Telor Goreng dan teh panas serta Teater Juta Juta


Aku jarang ke Kolompo. Dan bila sesekali aku ke Kolompo aku akan pastikan aku yang aku menggunakan segala masa dan peluang yang ada untuk berhibur dengan being cultured ;Menonton Filem dan menonton teater sekaligus.
Killing two birds with one stone kata orang Putih. Atau, killing two pigs with one bird....its Angry Birds thing-you should have know this by now.

Aku berkira-kira yang jikalau aku sempat menonton Two Legged Horse di GSC pada pukul 5.30, aku sempat untuk pergi ke DBP, makan maggi goreng+ telor goreng dan teh panas, dan kemudian menonton teater Juta-Juta dan pulang kerumah sebelum Subuh.

Sebenarnya sejak khawin dan ada anak aku sukar sikit untuk keluar dan balik lewat malam. Ini satu pengorbanan yang harus aku tempoh bila sudah berumahtangga. Pilihan antara keluarga dan cultured sudah tentu aku memilih keluarga. Sebab ini aku banyak skip teater yang baik-baik. tapi sekali sekala, well....aku terpaksa juga ke Kolompo untuk melihat dan memberi sokongan moral pada teater tempatan. Dan menjadi sebahagian sejarah in the same time.


Sebenarnya aku ada sedikit fobia dengan GSC One Utama. AKu pernah beratur setengah jam disana dan aku give up kerana masa menonton telah tiba tapi aku masih jauh untuk mengadap kaunter tiket. ianya terjadi ketika aku cuba menonton Let The Bullets Fly. Maka sudahnya aku terus pulang kehampaan. Dan ketika ini hanya.
Aku hanya ada pilihan samada nak menonton filem Iran atau filem Melayu Raya. Tapi demi intellek aku, aku akhirnya menyerah diri pada filem Iran yang kurasa lebih kuat sifat kemanusiannya. Kukira begitulah yang biasanya berlaku.

Kali ini aku bernasib baik. Tak banyak yang beratur. Aku pun berlari menyisipkan diri dalam web -pagar ular itu. Tak sampai sepuluh minit aku berjaya menampilkan diri dihadapan pekerja kaunter tiket. "Two Legged Horse" kata aku dengan pelat. "Seorang. 5.30" kata aku lagi sementara pekerjanya seorang perempuan India yang berambut halus memeriksa nama filem itu. AKu agak ini adalah hari pertama Two Legged Horse ditayangkankan di International Screen selepas Captain Abu Raeb.

Akhirnya aku dapat tiket wayang aku aku dambakan.

Pekerja kaunter menghulur tiket dan aku menghulur duit. aku tak ingat dia akan cakap enjoy the show ataupun tidak.

Pop corn atau tanpa pocorn? Tanpa popcorn. Aku melintasi gerai jualan pop corn tanpa jelingan sedikitpun walaupun sebenarnya aku sangat lapar. Aku mahu cepat bergerak ke panggung wayang dan berebahkan diri aku dikerusi yang empuk dengan pancuran aircond yang segar.

Jika diberi pilihan antara menonton wayang dan menonton DVD sudah tentu aku pilih diwayang gambar, walau dengan harga yang sama dan walaupun dengan membeli DVD kita boleh mengulang tayang. Menonton di big skrin adalah nikmat yang tiada taranya.

Panggung wayang bermula dan aku masih satu-satunya lelaki dalam panggung wayang international itu. Tiada lansung kelibat lelaki dan wanita Iran Lim Kok Wing disitu.

Adakah aku satu-satunya manusia dalam panggung wayang itu?

Two Legged Horse mengisahkan seorang bapa yang terpaksa ke India atas urusan kerja dan dia terpaksa mengupah seorang budak lain untuk menggendung anak lelakinya yang cacat kaki kesekolah. Budak itu dibayar satu dollar sehari.

Filem ini hanya ada satu warna tuan-tuan dan puan-puan, iaitu warna Cokolat.

Sementara itu Disekolah mereka diajar satu campur satu jadi dua. Guru lelakinya berjanggut macam Taliban dan kanak-kanaknya macam ahli Al Arqam. Sementara menunggu tuan besarnya belajar ,Antonio budak lelaki pesuruh duduk ditepi bangsal dan melihat seekor kuda cantik melahirkan anaknya.

Edward, tuan besar pada Antonio bukanlah seorang tuan besar yang baik budiman. Dia melayan Antonio tak ubah macam kaldai. Dia gunakan Antonio sebagaui lumba lari untuk bertarung dengan rakan-rakan sekolahnya yang lain yang ada kaldai dan juga sebagai perlawanan gusti disekolah dengan budak lelaki yang berwajah Monggolian. Bila Antonio menang, dia dihadiahkan dengan aiskrim oleh Edward. "Nanti bila bapak saya balik saya bayar" kata Edward pada pekedai yang menjual aiskrim itu.

Tapi awan tidak selalunya cerah.Hubungan antara Edward dan Antonio akhirnya berantakan kerana mereka berebutkan seorang gadis berwajah Monggolian. Apakaha sudahnya kisah Two Legged Iron ini? Saksikan di pawagam GSC berdekatan dengan rumah anda (maksudnya anda kena pindah dekat dengan pawagam GSC) Two Legged Horse adalah sebuah filem yang sadis dan brutal. Tiada happy ending dalam filem ini.

Bila credit timbul, aku bangun dari kerusi pawagam aku dengan sedikit sebak kerana mengenangkan betapa miskinnya kanak-kanak saudara aku didaerah asing itu. perasaan ini hanya membuatkan aku bersyukur lahir ditanah merdeka dan banyak duit. Perasaan ini membuatkan aku terasa seperti mahu ke MCDonald dan mengorder Double Cheese Burger.

Bila aku bangun, aku dapati pawagam kosong. Nah! Setelah hampir 23 tahun menonton wayang inilah kali pertama aku menonton hanya berseorangan yang menonton didalam panggung. ini sejarah. Antara bangga dan sedikit simpati pada taukey dan producer filem Two Legged Horse itu.

Aku terus henjut motor aku ke Kolompo dengan hati yang masih sebak mengenangkan Edward dan Antonio itu serta sifat-sifat kejam manusia pada manusia lain. Ketika ini hanya satu yang aku mahu;berhibur dan ketawa. Dan aku yakin aku mampu dapat itu dari Teater Juta-Juta.

Aku sampai DBP tepat pukul 8. Aku parking motor ditepi restoran dan terus duduk dimeja kuningnya. Jika Stor DBP adalah gelanggang alternatif untuk penggiat teater indie, maka restoran ini perlu hype. Ya, itu yang aku bayangkan. Seharusnya gerai ini menjadi tempat mepelak pada senimanmuda, seperti yang berlaku di Taman Ismail mamrzuki dan off Broadway.
Orang tidak lagi perlu melepak di Central Market, disinilah harapan baru. Disinilah yang paling in. Tapi tidak, tak banyak seniman lepak kat restoran ini. Mungkin antara sebabnya masakan restoran ini pun tak sedap sangat rasanya. Jikalau ianya bagus, penulis2 yang baru balik dari DBP, penggiat teater. Di Istana Budaya? tempat tu high standard sangat...patut dibanyakkan lagi kedai makan santai disitu. Baru idea boleh menular selepas tamat persembahan atau ketika pelakon tamat rehearsal. tapi tidak....Istana Budaya sebuah tempat yang sunyi sepi sebenarnya.
Di Negara yang dikatakan kaya dengan ramuan makanan yang sedap dan lazat ini, Istana Budaya dan tempat-tempat budaya lain seolah-olah menutup pintu kelazatan.

well anyway, maggi goreng yang dimasak oleh mamak itu (ataupun India?) tidaklah sesedap mana. mediocre sahaja bagi aku. ianya tidak dimasak dengan sepenuh hati dan perasaan. Tapi aku tak kecewa. Akhirnya aku kenyang juga.

Di DBP ketika itu meriah kerana ada dua persembahan sedang berlaku. Teater Kanak-Kanak Bangau Oh Bangau juga turut berlansung selain dari Teater Juta-Juta.
Walaupun sukar untuk aku menonton semua teater-teater ini(kerana aku jarang ke KL), tapi aku berharap kalau ada aktiviti teater pada setiap hari sebegini sudah tentu menyemarakkan lagi suasana kesenian Tanah Melayu ini.

Aku memberanikan diri berhimpun dihadapan pintu stor teater itu, bersalam dikiri dan kanan dengan sahabat dan kenalan yang aku kenal. Sempat membeli beberapa buku yang a must buy.

rata-rata anak muda sahaja, generasi x ke generasi Z. Tiada old timer hippies, takde. Mungkin semuanya kesurau ataupun ke masjid. Ataupun pergi memancing macam hang Lekir Lekiu dan Kasturi?

Teater Juta-Juta adalah garapan Fasyali and the Gang. sebuah Kumpulan Angry Young Men....And Girls yang mula mendapat tempat di hati sanubari anak-anak muda tempatan. Dan antara yang prolific. Kalau tak silap aku ini adalah kumpulan pertama yang menggabungkan graduan antara ASWARA dan juga UiTM. Hasil gabungan dua graduan dari IPTA yang berbeza adalah penting untuk menjana idea-idea baru. Dan sebarang cantuman ini adalah sesuatu yang sangat dibanggakan sebenarnya. dan bagi aku inilah kejayaan sebenar pementasan ini.

Teater Juta-Juta bermula dengan santai;Pelakon juga adalah front of house yang menjemput tetamu dan berbual dengan para penonton diluar dewan sebelum persembahan bermula. Stage Fright tak pernahnya wujud dalam jiwa anak-anak muda professional ini.

TJJ adalah luahan perasaan ikhlas dari belas-bekas graduan Teater tempatan. Jika dibenarkan aku mahu melabel TJJ dalam kelompok Teater Sindiran (aku tak pernah dengar terma ini sebelum ini dan god bless me kalau akulah orang pertama yang coined term ini) mengisahkan 3 graduan teater yang berbincang sewaktu brainsotrming untuk persembahan di Kraton Seni.

TJJ adalah luahan frustasi bekas graduan tentang sistem, tentang repetitous dalam genre persembahan, tentang Muzikal Istana Budaya, tentang sistem pendidikan, Tentang status 3 kawan lain dalam sejarah Hang Tuah, dalam kisah Hang Tuah, Dalam macam-macam hal lagi. TJJ bertanyakan persoalan dan menjawabnya dalam masa yang sama ("Sistem! Sistem!")
Dalam ketawa menonton TJJ kita sebenarnya ketawa melihat diri kita sendiri.

Watak yang paling rasional dalam TJJ sudah tentulah Anas sendiri. Mungkin agaknya dia semakin sedar dengan hakikat bahawa langit tidak selalunya cerah apatah lagi bila Arsenal kena 8-2 dengan Manchester United tempoh hari. Impak kekecewaan itu jelas terpampang diwajah beliau.

sementara Aloy pula bermula dengan gugup dan suara yang terketar-ketar, tapi akhirnya menjadi semakin selesa dan yakin dengan persembahan.

Kekuatan TJJ sebenarnya bukan terletak pada dialognya. Dialog-dialog TJJ adalah sesuatu yang kita sudah biasa dan selalu dengar, tapi kekuatan TJJ terletak pada, seperti apa yang dikatakan oleh Hamzah Tahir 'new energy"- TJJ bergerak pantas dari satu babak ke satu babak yang lain dalam pergerakan non linear yang complex tetapi santai.(?)

TJJ mungkin tak mampu mengubah apa-apa. (seperti yang dikatakan oleh wataknya "Sistem! Itu salah sistem!") tapi teater sebegini perlu lahir kerana, speerti apa yang kukatakan tadi, supaya kita mampu ketawa dan mentertawakan diri sendiri dalam masa yang sama.

Jumpa lagi dipersembahan yang seterusnya....

2 comments:

Vitamin said...

terima kasih en saat...

saat omar said...

sama-sama. Keepitup