Wednesday, December 21, 2011

Kadang-kadang rasa satu penghinaan bagi aku mengajar seni pada mereka yang tak peduli tentang seni.

Niat mereka baik. Sumbat semua pelajar Melayu kesini. Tapi mereka tak minat.

Kesian mereka. Tak minat. Datang kelas tidur. Datang kelas tak tahu belajar apa. Datang kelas main facebook celah buku. Budak Diploma baru habis yang masuk degree pun sama. Tanya basic theory tentang senilakon pun tak tahu. Apa ertinya Diploma itu?

Kesian mak bapak. Tiap bulan hulur duit tapi anak bukan belajar sangat. Dia tak minat.

Kesian insitut ini.

Kesian PTPTN. Takde orang nak bayar balik pinjaman. Bukan salah mereka, mereka takde kerja. Bukan salah mereka, ada gaji tapi tak cukup nak bayar loan.

Kesian aku.

2 comments:

ryann said...

perbuatan itu sangat menghina kursus itu

Walid Ali said...

budak yang keluar banyak tapi kualiti tak ada dan ini akan menyebabkan kita macam semakin kurang nilai...hailah kawan2 pada usia sebelum masuk diploma atau degree adalah usia untuk masa depan kalau tak hutang anda beribu2 tu tak ada makna...baik bukak bisnes