Monday, December 19, 2011

Gatal

Cita-cita aku hanya satu;nak jadi penulis dan supaya buku aku dapat diterbitkan. nak jadi pengarah filem/pengarah teater akau tak pandai nak layan karenah produser(orang yang bagi duit) dan juga pelakon. lagipun aku memang tak pandai nak handle manusia. Kalau disuruh mengarah robot mungkin aku terima job itu...tapi manusia....setakat ini aku cuba mengelak benda-benda yang boleh membuatkan aku berinteraksi dengan manusia , since human sucks anyway.
AKu cuba lari dari pening kepala benda2 macam tu, aku cuba buat benda yang senang lenang aku buat-sesuatu yang boleh aku buat tanpa ada paksaan dan tekanan dari orang luar. total freedom as an artist;menulis dan melukis.

Aku hanya mahu menulis.

Jadidisebabkan itu aku tak peduli berapa banyak buku aku terjual atau aku boleh jadi kaya raya sebab menulis.

Dari 2009 sampai sekarang buku pertama aku yang diterbitkan oleh DBP terjual (atau patut aku tulis hanya terjual ? lol) sebanyak 44 naskah (janganlah terkejut aku seorang yang jujur. Bezakan 44 naskah buku terjual dengan Ombak Rindu yang diulang cetak 23 kali!). 44 naskah tu tak banyak. Kalau ianya filem ianya flop gila babi.

jadi apa yang aku dapat dengan menulis?


Sudahlah prosesnya perlahan dan memakan masa. Ditambah pula dengan teknik aku menulis yang amat perlahan Untuk sebuah buku paling laju aku boleh menulis kurang dari 6 bulan. Itu belum masuk nak cari penerbit. Dan kemudian ditambah lagi dengan pulangaan manuskrip untuk second edit, penambahbaikan, tukar sana tukar sini dan sebagainya. belum lagi dapat editor yang cerewet dan tak faham apa yang sebenarnya yang nak kita sampaikan...

jadi purata masa paling awal untuk menerbitkan sebuah buku mungkin selama setahun.
Dan untuk setahun punya hasil kerja dengan royalti yang tak sampai dua ribu ringgit, masihlah berbaloi untuk menulis sedangkan overtime technician penjawat awam pun lebih dari itu?


jadi dalam masa setahun tak berapa banyak buku yang penulis baru boleh jual. lainlah kalau kita ada nama macam Talib Samad, Ramlee awang Murshed, Faizal Tehrani, Umi Maisara, Norhayati berahim dll. Mereka tu mungkin boleh beli tanah dan beli rumah dengan hasil menulis. Tapi bukan penulis baru yang edaran bukunya tak masuk pun MPH, Popular, Kinokuniya hatta Book Excess sekalipun.

Untuk 44 naskah buku aku yang terjual itu, royalti yang aku dapat tak sampai pun dua ribu ringgit Malaysia.Betul kata Ahmad Yatim, kalau nak kaya jual burger. Jual Burger lagi untuk dari jadi pelakon atau anak seni.

Jadi kenapa apa menulis? dan masih mahu menulis?


Jawapannya mudah je: saja..... gatal.

No comments: