Tuesday, December 13, 2011

Eh

Aku ada 10 minit untuk tulis semua ini. Sebelum aku keluar dan buat benda yang aku suka buat-buang air kecil dan makan.

Ada beberapa perkara kecil yang boleh aku tulis, tapi aku decide untuk menulis tentang ini;


Sesiapa yang pernah pergi Taman Marzuki Jakarta faham bila aku katakan yang Istana Budaya itu bosan.

Bosan kerana takde gerai makan disekelilingnya. Takde mamak. takde teh tarik, nescafe tarik. Takde tempat nak berborak. Post-show analisis tak bergerak. Pemandulan intipati ngombrong-ngombrong ngak berlaku. Sekeliling bangunannya gulap gulita.

Bila usai persembahan, penonton tak dapat untuk bertemu dan membincangkan perihal persembahan yang telah ditonton. Paling kuat pun ada yang ke bangsar atau ke Kg Baharu. Tapi kebanyakannya terus pulang kerumah.
Proses interaksi antara penonton dalam membicarakan karya tiada.
Ini tak berlaku di Taman Marzuki. Di sana ada banyak gerai kecil dan gerai tepi jalan. Penonton boleh duduk bersembang sampai ke pagi.

Mereka kena faham,seniman dan teh tarik tidak dapat dipisahkan. teh tarik dan borak. baru idea boleh keluar.


2 comments:

ryann said...

setuju! post-show analisis & teh tarik sangat penting. IB mematikan.

saat omar said...

IB dan bangunan besar sebelahnya...