Seminggu lepas aku kena ulcer. Bunyinya macam kecil. tapi ulcer aku ni kena kat anak tekak. Aku tak boleh bercakap dan aku tak boleh nak makan. Seksa jugalah bila tak sumbat benda masuk kedalam mulut pun sakit.
Aku pi klinik kerajaan dan doktor wanita itu bagi antibiotik dan juga ubat kumur. Seminggu lebih berlalu dan penyakit aku takde tanda-tanda nak pulih. Aku mula fikir yang takde ubat didunia ni boleh menyelamatkan aku. Sedih juga rasanya.
Suatu hari pada hari Khamis aku ikut nasihat sahabat baik untuk ke Darul Ehsan Centre. Macam biasa aku akan huh
"DEC? huh?"
"kat tepi jalan je dude"
"kat tepi jalan?" Aku dah duduk kat Shah Alam hampir 20 tahun tapi aku tak tahu mana DEC yang mereka sebut-sebutkan tu. yang kat tepi jalan aku hanya tahu Plaza Alam Central, Kompleks PKNS. Pejabat POS. Mc Donald.
"Kau mesti nampak punya dude"
Kalau member cakap aku akan jumpa bangunan tu tepi jalan Ok aku percaya. Aku pun drive. Tak jauh dari pejabat pos, ada signboard besar DEC. malu juga sekejap nak mengaku orang Shah Alam. DEC sebenarnya terpencil sedikit dari jalan besar. Menyorok dicelah-celah kekdai perabut tak jauh dari Pejabat Pos.
Aku pun memberanikan diri parking kereta. Ada kereta kecil yang kita tengok pada padang golf yang bawa customer dari parking lot ke perkarangan hotel .Hebat DEC ni fikir aku.
Aku pun daftar diri ditempat pesakit luar. Dan beberapa minit kemudian aku pun mengadap doktor.
"Berapa lama dah sakit?"
"2 minggu" kata aku bersungguh-sungguh. Aku yakin doktor swasta itu mampu merawat aku kalau doktor kerajaan tak mampu.
"Awak kena masuk wad macam ni. Dah 2 minggu dah ni. "Katanya.
Dunia aku mula berputar bila aku dengar perkataan aku kena masuk wad.
"Tapi kalau aku masuk wad,UiTM tak akan tanggung awak. Yuran masuk je dah RM2 ribu. Boleh ke?"
Entah macamana aku hanya mengangguk. Teruk benar penyakit aku ni kalau aku tengok kerut dahinya.
Dalam fikiran aku terbayang aku duduk lesu diatas katil dengan pakaian hospital serba putih tu. Tentunya membosankan. nak tengok tv tak boleh. Aku mula bayangkan beberapa buah buku yang akan aku bawa untuk aku baca bila kebosanan nanti. harap-harap nursenya lawa-lawa.
Aku pun mula terbayang ayah aku. Ayah aku dulu champion masuk wad. Hampir setiap tahun mesti ada sahaja dia kena masuk wad akibat penyakit kencing manisnya. Sejak Hospital Teluk Intan dihujung pasar dan selalu kena banjir sehinggalah Hospital Teluk Intan pindah kedepan Sekolah Seri Perak;wad mana yang ayah aku tak pernah masuk?.
Ada 3 hari, ada seminggu dan ada hampir sebulan.
tapi ayah aku redha. Bila fikirkan tentang itu masuk aku terasa azab dan perasaan ayah aku dulu. Simpati aku padanya semakin membuak-buak. Mungkin memang sengaja tuhan nak aku masuk wad supaya aku boleh rasakan penderitaan ayah aku dulu.
Bila aku bayangkan itu aku jadi sebak. Dan bila aku fikirkan balik ada juga rasa proud kerana aku kini dah mula mengikut jejak langkah dia. Kalau ayah aku boleh tahan itu semua dulu, kenapa tak aku? Dalam masa yang sama juga aku bayangkan beribu duit aku habis hanya kerana ulcer kecil ini.
Kemudian sesuatu yang magis telah berlaku. Entah macamana orang hospital cuba menghubungi telefon bimbit aku tapi tak dapat, mereka telefon Jaja. Dan jaja mencadangkan agar aku dihnatar ke wad kerajaan. Pegawai DEC pun bersetuju walaupun aku dah berjanji dengan doktor tu akan duduk wad sana.
Aku pun ke Hospital Sungai Buloh. Daftar pukul 3, pukul 6 baru dapat jumpa doktor.
Doktor suruh nganga aku nganga. Dia suruh aku jelir lidah aku jelir lidah.
"Buat Haaa!"
"Haaaa!!"
"Sekali lagi"
"Haaaa!!"
Dia bagi antibiotik dan juga ubat kumur.
"Awak tak payah masuk wad" katanya. "Kami disini pun tak cukup katil" kata dia. Lebih kurang. Doktor perempuan. Muda lagi. Pakai sarung mulut sepanjang masa.
Alhamdulillah. Save RM2 ribu lebih fikir aku dalam hati. Boleh beli TV Plasma full HD.
Kami pun pulang dan sempat juga paksa doktor tu bagi 2 hari MC.
Balik rumah aku makan puding mempelam. Dah 2 minggu aku makan benda ni.
hampir seminggu kemudian sekali lagi aku mengucapkan Alhamdulillah kerana tekak aku semakin baik dan aku sudah boleh makan macam manusia normal.
Malam tu kami celebrate dengan pergi ke McDonald. Aku makan Big Mc, apple pie dan ice cream Sundae.
keesokan harinya aku beli Yong Tou Fu. Ini beberapa makanan yang aku sangat mengidam masa aku sakit dulu.
Alhamdulillah. Tiada yang lebih indah dari kebolehan untuk makan. Tiada yang lebih indah selain dari makan. Orang normal tak pernah appreciate benda-benda macam tu.
Esok lusa aku tak tahu apa pula sakit yang akan datang pada aku. Aku perlu bersedia. Tapi setakat itu, aku akan cuba enjoys hari ini sebaik mungkin, dan beringat yang kesihatan boleh ditarik balik dari kita pada bila-bila masa.
1 comment:
Ubat apa bro dia kasi?bleh bg specific details tak?aku sakit gak ni tp mls nk g klinik ke hospital
Post a Comment