Tuesday, August 2, 2011

Suatu hari ABU dapat tahu tentang offer Rolls Royce bagi sesiapa yang boleh cari imej serupa wajah Dato Seri Anwar Ibrahim. ABU pun berkelana disetiap pelusuk negara mencari lelaki yang mirip Anwar Ibrahim tapi tak ketemu. Yang paling dekat adalah Chua Jui Meng.

ABu tak berputus asa kerana dia memang mengidam untuk memiliki Rolls Royce. AKhirnya ABU mendapat satu idea. ABU telefon Anwar Ibrahim.
"Hello" kata ABU dicorong telefon.
"Hallu hallu" jawab Dato Anwar.
ABU pun menjelaskan ideanya. Anwar Ibrahim pun ketawa dan setuju dengan cadanan itu.
"ABU oh ABU" kata Dato Seri.

ABU dan Dato Seri Anwar Ibrahim pun bertolak ke Kedah untuk bertemu Zamil Ibrahim.
"Inilah lelaki yang mempunyai mirip wajah Anwar Ibrahim" kata ABU.

Zamil yang ketika itu berada di golf course ketawa besar dengan kawan-kawannya.
"Betullah sebijiklah macam muka Dato Seri Anwar Ibrahimlah"

ABU tersenyum. Begitu juga dengan lelaki disebelahnya.
"Siapakah nama kau wahai anak muda?" Tanya Zamil Ibrahim pada lelaki yang mempunyai mirip wajah Dato Seri Anwar Ibrahim itu.
"Anwar Ibrahim" jawapnya.

Zamil dan kawan-kawannya terus ketawa.

"Lelaki yang mempunyai wajah Anwar Ibrahim yang namanya juga Anwar Ibrahim?! Adakah ini satu kebetulan?" Zamil dan kawan-kawannya terus ketawa besar.

Setelah berpuas hati bahawa lelaki itu ada mirip wajah Anwar Ibrahim dia pun mengotakan janjinya dengan memberi kunci kereta Rolls Roycenya.

hari itu ABU dan Dato Seri Anwar Ibrahim pulang dari Kedah ke KL menaiki Rolls Royce. Sepanjang perjalanan itu ABU dan Dato Seri Anwar hanya ketawa besar kerana berjaya menipu lelaki-lelaki tersebut.

ABU untuk menunjuk-nunjuk pada orang kampung. dia ke kedai kopi bawak Rolls Royce. main bola pun pakai Rolls Royce.

Tapi ABU tak pakai Rolls Royce lama.
" tak laratlah nak pakai kereta ni dato, mahal sangat minyaknya. Pakai kancil lagi murah" komplain ABU pada Dato Seri Anwar.
Dia cuba menyerahkan kereta itu pada Dato Seri tapi Dato Seri yang berjiwa rakyat menolaknya. Saya lebih suka pakai Proton Saga kata Dato Seri Anwar Ibrahim.

AKhirnya kereta Rolls Royce itu hanya tersadai tepi rumah dan ABU hanya berbasikal kekedai kopi, padang bola dan surau untuk terawikh.

ABU oh ABU............

2 comments:

Wan Nor Azriq said...

Salam Abang Saat,

Ada berita baik ni.Saya sedang menubuhkan sebuah majalah sastera.Ia hasil kerjasama antara Pena dan Sindiket Soljah.Nama majalah S.O.S (Suara Orang Seni). Jadi saya berminat untuk ajak abang join team saya sebagai illustrator.

Ini email saya: azriqherodotus@gmail.com

Kalau berminat,kita boleh jumpa hujung minggu ni untuk discuss lebih lanjut.

Terima kasih.

saat omar said...

Salam Wan Azriq/.

SOS? ni nak ganti Dewan Sastera yang tak terbit ke? haha...

Boleh je jadi illustrator. tapi saya tak mahi dengan teknik water color dan lukisan realistik. gaya lukisan saya ada persamaan sedikit dengan Dzulkifli Dahlan dan Heri Dono.

ya saya berminat. Ok nanti kita jumpa.