Thursday, May 26, 2011

Sikit Punya Gila vs Bujang Lapok

Hamid dan Dharma panas bila tengok Abang Kus dan Abang Yusof bermain air dengan jiran sebelah rumah di pantai Port Dickson









Kesempitan wang ,entah kenapa telah menjadi subjek dangkal dalam seni.

Kesempitan wang, aktiviti yang tertunda akibat takde duit tak pernah digunakan sebagai alasan dalam filem. Terutama filem Hollywood. Ah dan boleh dikatakan dalam kebanyakan filem America.

dialog-dialog sebegini tak pernah wujud dalam filem Hollywood.

"ISTERI:Abang, jom makan seafood malam ni?

ABANG: bulan ni tak bolehklah yang. Abang takde duit"

Atau

"LELAKI: Pak Man, pinjam seringgit nak bayar duit teksi.

PAK MAN: Aku pun takde duitlah Dol. Cuba kau pinjam Leman sebelah rumah"

Hollywood tak mahu menunjukkan mereka tak pernah ada duit. Walaupun watak-watak homeless cukup kaya ketika di akhir tahun 70an dan pertengahan 80an(mereka selalu berkumpul tepi unggun panas ketika musim sejuk dikawasan pedalaman kan?) tapi karakter filem mereka, walaupun budak sekolah tak pernah short duit. Sama macam kereta mereka tak pernah dikunci atau beratur pejabat pos bayar bil air (tapi jamban mereka pasti flush!)

Jadi benarkan orang America tak pernah putus duit?

Tak macam diaorang kita sebenarnya kaya dengan masalah begini.

Paling latest(actually tak latest, cuma yang aku baru tonton di tv) adalah filem terbitan tahun 1980an yang aku tonton adalah filem araham Raja Ismail ini. Seingat aku ketika pertama menontonnya berpuluh tahun dulu ianya bukanlah pengalaman paling melucukan pernah aku tonton.Tapi ketika ini, bila mula ada tanggungjawab pada nyawa lain dan selalu juga tak pernah cukupnya duit, SIkit Punya Gila mampu untuk menyentuh perasaan aku. ya, betapa sadisnya hidup orang bujang.

ianya bukanlah satu filem yang baik pun,tapi Sikit Punya Gila ada bibit kejujurannya.Kisah orang bujang yang asyik takde duit.Thats close to reality more than anything else right now heh. Dan aku tak rasa Raja Ismail mampu membuat filem itu jikak dia sendiri tidak mengalami beberapa moment sadis dalam filemnya


Persoalannya, setakat mana sadisnya filem Sikit Punya Gila ini dalam memaparkan hidup bujang yang kesempitan wang.

Untuk menilai itu aku suka membandingkan Sikit Punya Gila dengan sebuah lagi filem pasal orang bujang yang paling terkenal, Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok.

XXXXXXXXXX

Bujang Lapok ada tiga karakter utama, Ramlee, Aziz dan Sudin. Sementara Sikit Punya Gila ada dua, (juga nama karakter bedasarkan nama benar pelakon) Hamid dan Dharma.

Dalam Bujang Lapok, Ramlee bekerja jadi salesman, Ajiz sebagai pemandu lori. Sudin aku dah lupa kerja apa.
Dalam SKP, Hamid kerja sebagai penjual jagung. Dharma kerja jaga lift.

Ramlee dan kawan2, walaupun bujang tapi ada awek. Ramlee ada affair dengan tuan rumah yang akhirnya membawa perkhawinan. Dharma dan Hamid takde awek, dan sampai kehujung filem mereka tak kawin.

Ramlee tinggal dirumah panjang. Mereka tidur dibilik yang kecil. Nak mandi berkongsi, begitu juga nak pakai dapur.
Dharma dan Hamid tinggal dirumah kecil dengan dapur yang . Takde tv. dharma hanya meluangkan masa membaca majalah hiburan yang sama (?) setiap hari.

Ramlee mencari rezeki halal. hamid dan Dharma berjudi main kuda longkang walau tak pernah menang. Diakhirnya juga cuba dapat rezeki dengan main nomnor ekor, tapi tiket dah masuk dalam mesin basuh.

Ramlee, Aziz dan Sudin boleh dikatakan hensem. tiga-tiga hensem. Dharma hensem, Hamid tak.

Bujang Lapuk naik beca roda tiga nak ke Studio Jalan Ampas. Ajis ambik satu sen pun dari lantai beca. Dharma dan hamid naik bas. hamid terpaksa masuk celah orang mintak duit siling dari Dharma.

Ramlee takde duit nak mintak kerja di Studio Ampas, tapi dia masih boleh mintak dari Saloma kerana tipuannya yang ayahnya nak hantar dari Hong Kong gagal membuatkan Saloma percaya.Dharma kalau takde duit dia korek tabung Hamid.

Sudin nak kawin dia mintak duit dari kawan2 dan juga pada boss Kemat Hassan. Dharma dan Hamid tak pernah mintak duit nak kawin dari sesiapa sebab tak fikir lansung nak khawin.


DI akhir filem,Bujang Lapuk akhirnya capai modus operandi kehidupan mereka dengan berkhawin awek-awek cun. Hamid dan Dharma masih struggle main nombor ekor nak kaya.



Vedict: SIKIT PUNYA GILA lagi sadis dari Bujang Lapuk dalam menceritakan betapa sengsaranya jadi bujang di Tanah Malaya. tak banyak yang berubah sejak tahun 1950an hingga 1980.

But then again, Bujang Palok mengisahkan orang Bujang di Singapura sementara Hamid dan Dharma tinggal di Kuala Lumpur.

Takpe, semua ni Melayu. Sama saja.Struggle takde duit seharusnya menjadi mainan filem dan seni kita dengan lebih dekat dan lebih sadis lagi.

No comments: