Monday, May 30, 2011

Alternatif Design

Design by Syahrulfikri

Design by Syahrulfikri

Design by Syahrulfikri

Design by Syahrulfikri

Design by saya sendiri

Design by saya sendiri

Design by saya sendiri

Design by saya sendiri

Design by sendiri

Design by sendiri


Semua gambar adalah hak milik Syahrulfikri Salleh. By Lomo camera





Amanah Terakhir (tajuk yang dipilih oleh editor) adalah hasil tulisan daripada bengkel Perolehan Manuskrip yang diadakan di Port Dikson dan dikelolakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada Mac 2008.

Bila aku present basic idea (idea mentah) ku tentang kisah itu, salah seorang pegawai DBP mengatakan yang kisah tentang surau ditinggalkan sudah klise. Ianya cara dia mengatakan bahawa cerita aku itu tak menarik.

Oh ya aku setuju. Cerita surau yang ditinggalkan, kisah guru agama yang berusaha membetulkan penduduk kampungnya dari anasir-anasir subversif, kisah sawah padi adalah sama macam kisah Holocaust anti-nazi, ianya klise. Tapi ini sesuatu yang harus aku buat.

Ini kisah yang harus aku tulis.

Amanah Terakhir(tajuk yang dipilih oleh editor aku) adalah love letter aku untuk kampung aku yang memang dikelilingi sawah padi ;sebuah daerah kecil ci Chederong Balai (sebuah perkampungan tak jauh dari Kampung Gajah)

jadi pada dasarnya, Amanah Terakhir adalah tribute aku untuk orang-orang kampung Permatang Pelanduk yang ketika aku berumur 25 tahun masih kenal nama aku (tapi aku tak kenal nama diaorang) walaupun dah hampir 20 tahun aku tak balik kampung!

Novel ini bukan sahaja untuk Permatang Pelanduk tetapi juga untuk orang-orang Kampung Bahagia, tempat aku dibesarkan dan belajar mengenal cinta dan persahabatan.

XXXXXXXXXX

Bila aku mendapat surat tawaran untuk Bengkel Perolehan Manuskrip ini, ianya sesuatu yang sukar untuk aku tolak. yang pertamanya kerana ianya diadakan di hotel. Dan aku tahu makanan yang sedap pasti menanti aku disana.

Itu salah satu sebab kenapa aku tidak boleh tolak bengkel ini;sebab makanan.

Ianya bengkel 3 hari yang ibarat percutian ditepi pantai. Ah! mana mungkin aku menolak habuan seperti itu. Penulisan itu perkara kedua.

Itulah aku, lelaki yang tak pernah menolak kalau dapat makan free.

Bengkel Penulisan Manuskrip adalah bengkel yang diadakan oleh DBP yang dikahir daripada bengkel ini, peserte bengkel hendaklah menyerahkan karya novel mereka mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.

di Port Dikson aku ditempatkan satu bilik dengan Fadli Al Akiti.

Fadli Al Akiti adalah lelaki paling cermat, paling tertib, paling kemas, paling dandy pernah aku jumpa. Dia iron baju setiap hari. Dia tak hisap rokok (Aku yang merokok terpaksa merokok diluar beranda ). Dengan pakaiannya yang kemas dan badannya yang tegap, dia pilihan aku untuk melakonkan watak Superman tempatan. kami berbual tentang Ayu Utami, Faizal Tehrani dan blog.

Fadli baca 2 buah buku dalam satu masa. DAn yang paling aku takut adalah kalau aku berdengkur semasa tidur.

Ada beberapa penyelaras bengkel waktu itu;antaranya yang aku ingat adalah Malim Ghozali, Dato Anwar Ridzuan dan Azizi Haji Abdullah.

Azizi Hj Abdullah punya presentation very inspiring. "Tulis je!" katanya. A good starting of discussion yang terus menolak segala macam idea, falsafah yang menjatuhkan semangat penulis (konflik antara Persuratan lama (?) dan persuratan baru)


Selepas tamat bengkel itu, Fadli mintak address blog aku. Aku cakap blog aku entah apa-apa, tak penting untuk orang lain baca. Dia cakap takpe. AKu bagi juga. Dia silap baca, demi masa. Dia bukak blog tu dan dia cakap ianya ok. AKu cakap bukan demi masa, demi masa2.

Tak lama kemudian aku dapat surat dari Dewan Bahasa dan Pustaka. Diaorang nak manuskrip dalam masa 6 bulan. Oh no! Amat mustahil untuk aku tulis 300 page dalam masa 6 bulan! Im a slow writer.
Aku pun menulis Amanah Terakhir (Tajuk yang editor aku bagi) perlahan-lahan. Sehari satu mukasurat.......

setahun kemudian aku siap edisi pertama. Ada beberapa adegan Nabi Musa membelah lautan merah dipersoalkan kebenarannya. Aku cakap, aku kena tulis balik novel ini.

Aku ambik lagi masa setahun. Aku menulis satu hari satu mukasurat. Hanya James Joyce sahaja yang amat mencemburui aku dengan method aku menulis yang amat perlahan itu.

Adakah aku puas hati dengan novel ini? Sudah tentu tidak. Aku tak akan berpuas hati sebelum aku boleh menulis macam Doestoyevsky.

Kini aku rindu untuk kebengkel penulisan. Aku minta jasa baik pihak DBP kalau ada bengkel lagi jangan lupa jemput aku. Aku teringin nak makan makanan hotel!



No comments: