Tuesday, May 3, 2011

Kerusi


1
Aku ingin menulis tentang KERUSI.teater lakonan pelajar-pelajar Aswara hujung minggu lepas. Tapi aku takut aku tak berlaku adil pada bukan sahaja produksi itu, tetapi pada Eugene Ionesco amnya.

Ah Ionesco. Lelaki dari Romania itu. Kalau kau tanya aku penulis teater kegemaran aku aku akan menjawab Ionesco. lelaki yang mempunyai wajah mirip dengan Hitchcock itu. Antara dia dan Beckett aku akan mendahulukan Ionesco, walaupun antara mereka nadi absurd datangnya dari Beckett. Ionesco lebih mudah untuk aku hadam. Dia lebih humour dan lebih gelap,sementara Beckett lebih dalam falsafahnya. Pernahkah Ionesco bercerita tentang agama? tak ingat aku. Tidak seperti Beckett yang terang-terangan menunggu tuhan.Tapi kedua-duanya memang mencari jalan yang sama. Cuma dengan teknik yang berbeza. Becket lebih terdedah kepada matahari, sementara Ionesco banyak terperuk dalam bilik, dalam rumah.

maka itulah dianya.Ionesco dan teaternya. memang jarang dipentaskan diMalaysia ini. Ianya tak popular dan absurd. Absurd, gah namanya. Tapi tak ramai peminat.


Suatu hari yang hening aku dapati diri aku termanggu didepan sebuah poster. Ianya bukanlah sebuah poster yang original dan cantiknya. Ianya sebuah poster apokalips dengan tangan besar merintih mendakap langit. Poster itu tak menarik perhatian aku. Tapi ada dua nama dalam poster itu yang bagaikan magnet buatku. Satu nama EUGENE IONESCO. dan yang keduanya AHMAD YATIM- AKu tahu ini show yang aku harus tonton.
Ini teater yang aku tunggu-tunggu.

KERUSI ibarat Liverpool menang liga. Mungkin 20 tahun sekali. This is rare stuff.

Siapa yang pernah baca KERUSI tahu betapa nightmarenya karakter ini untuk dilakonkan.Pelakon boleh jadi gila melakonkannya. tak semua drama Ionesco sukar untuk dilakonkan. BOLD PRIMADONNA dan The LESSON mungkin teater kecilan ,biasa digunakan sebagai warm up untuk pementasan yang lebih besar. THE CHAIR dan AMELIE is the real deal. KERUSI ada kuasa untuk mencabar pelakon "Oi kalau berani bawaklah karakter Lelaki dan Perempuan Tua ni!"

sepatutnya inilah drama yang harus dilakonkan oleh pelajar-pelajar Diploma Showcase UiTM untuk menguji lakonan mereka. Ehem ehem.

KERUSI mengisahkan 2 pasangan tua menanti tetamu untuk satu function yang tak jelas. Siapa yang datang? Apa tujuan mereka? Bagaimana mereka melayan tetamu-tetamu mereka? Adakah mereka ini benar atau hanya halusinasi sepasang lelaki dan wanita tua?


Tapi aku sedikit ralat(aku tak tahu jika ralat adalah perkataan betul untuk menggambarkan perasaan aku. Aku rasa ini kali pertama aku gunakan perkataan ini) bila mengetahui Kerusi dipentaskan di Stor DBP. bagi yang pernah membaca The Chair(tajuk asal Kerusi) dia tahu betapa ruang sebenarnya memainkan peranan penting dalam perlaksanaan dan perjuangan fizikal dalam teater ini.
ya mulanya aku sedikit kecewa dengan ruang kecil yang digunakan untuk bermain KERUSI ini. ....(tapi selepas menonton persembahan ini, aku yakin stor adalah tempat paling terbaik untuk KERUSI.)


2

Selepas menonton KERUSI ini satu kesimpulan mudah boleh aku buat; Najwa Nansir P Ramlee dengan brilliantnya membawa watak Wanita Tua.

Aku ulangi;Brilliant.

Aku ulangi...brilli....Ok cukup.Sesuatu yang classic permainan badannya. Dan bukan sahaja itu, suaranya mengharukan.

Ada sesuatu pada wajahnya yang 'kena'(dalam bahasa orang Putih she fits the picture). Dia ibarat pelakon russia pada awal tahun 1940an. Jika aku tangkap gambarnya dan letakkan di buku dan mengatakan ini wajah pelakon pertama Chekov, semua orang pasti akan percaya. Bukan sahaja pada wajahnya tetapi dari segi rambutnya yang terjurai.

tapi sudah tentulah kelebihan Najwa bukan sahaja terletak pada wajahnya yang 'kena', tapi juga pada suaranya. Dan ianya hanya mengambil masa kurang dari 5 saat untuk aku nyatakan yang najwa dapat membawa watak Wanita tua itu dengan baik.

Menilai lakonan hanya dari suara? Ya Kenapa tidak?

Aku ambil filem Tjoet Nyiak Den sebagai contoh . babak awal hanya menunjukkan Chrstine Hakim dan Slamet Rahardjo duduk dimeja makan dan bercakap tentang perang. Gaya mereka tenang.Suara mereka lembut. Tapi bahasa yang digunakan mungkin kasar. Christine Hakim menggelarkan Belanda sebagai kapir dari mula sampai habis. Typical Indonesian vocal;lembut tapi menikam.
ianya berbeza dengan nada suara hero atau pejuang kebebasan yang lain dari filem-filem seperti Braveheart ,300, Troy dll.

Dan dengan tone vocal yang sederhana itu sudah cukup meyakinkan kita tentang watak Tjoet Nyak Dien itu. Dia seorang wanita yang semakin lemah dan lemah;sejak kematian suaminya Teuku Omar sehinggalah dia lari kedalam hutan dan menjadi buta serta penuh dengan penyakit, dia mengekalkan tone suara rendah yang sama. Tapi dari nadanya kita boleh mengagak dendamnya yang tak bertepi.

Dalam bahasa mudah, Chrstine Hakim mengawal lakonannya dalam Tjoet Nyah Dien dengan nada suara yang baik.Itu kekuatannya dalam filem tersebut.

Dalam KERUSI Najwa Nasir P Ramlee mengalunkan nada suara yang baik.Sesuatu yangm embuatkan aku rasa ianya cukup sempurna untuk watak seperti itu.

Tak keterlaluan rasanya kalau aku katakana bahawa performancenya adalah persembahan lakonan yang terbaik aku tonton sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


Ingat namanya;Najwa Nasir P Ramlee.

Kenapa kau senyum?

5 comments:

ryann said...

brilliant nadia

SHAH MOLOKO said...

dah lama benor tak nengok teater...berdrama dengan diri sendiri selalu..

Fasyali Fadzly said...

aduh... rugi tak dapat tgk... balik kampung... shit!!!

Pet Shop Boys said...
This comment has been removed by the author.
saat omar said...

memang rugi tak dapat tengok