Sunday, February 20, 2011

Menunggu P Ramlee

AKir Kurosawa sedang mengasah pedang Samurai. Dihujung sana Alfred Hitchcock sedang bagi makan burung. Godard duduk ditepi tingkap sambil memasukkan peluru dalam pistol. Diluar John Ford tengah bagi makan kuda. Stanley Kubrick tengah buat apap un takde siapa yang tahu. Diluar Satyajiv Rav tengah mengejar keretapi dan Orson welles sedang main salji. Seorang budak lelaki Melayu berdiri didepan pintu.

"nak tunggu dia lagi ke?" tanya Kurosawa yang mulai resah.

"Dia tengah mandi kat tub kot. Biarlah dia mandi dulu" Jawab Hitchcock sambil memakai wig dan melihat pada cermin.


"Dia mungkin datang dengan Spielberg kot?" kata Stanley Kubrick.

Semua ternganga. "Siapa?"

"err takde apa-apa" Balas Kubrick lagi dan terus bersiul.

Mereka terus menunggu. jam terus bergerak.

"Aku rasa P Ramlee lambatlah. Dia balik ke Malaysia" jawab seorang lelaki misteri yang bersandar tepi dinding. Wajahnya tak dapat dilihat. "tak payah tunggu dia lagi"

"Oklah kalau macam tu ktia tak perlu tunggu dia lagilah" kata Kurosawa dan bangun dari kerusinya. Semua pun turut bangun.

pada budak lelaki Melayu itu Godard berkata "Kalau P Ramlee datang, kata kat dia kami nak gerak. tak boleh tunggu dia lama sangat" kata sambil semua keluar dari bilik itu. "kalau dia sempat, kejar kami ok"

"nanti kejap" jerit budak Melayu. "kamu semua nak kemana?"

"London" jawab semua serentak.

4 comments:

Anonymous said...

"london?" tanya ramlee pada Hussin hanif. Asap lucky strike masih bersilih ganti keluar bagai serombong keretapi keluar dari mulut si kedua lelaki itu. Sesekali berhenti kerana dijirus air kehidupan dan kemudian bersambung kembali.

"itu bukan kota idamam kau buat bikin filim kan?" tanya ramlee. Hussin Hanif hanya senyum dan menyambung puntung. Dia melepaskan senyum yang lelah.

Udara jalan ampas masih berbahang. Mereka diam memerhatikan sekeliling dan air kehidupan digelas mereka kembali terisi.

saat omar said...

Mereka diam memerhatikan sekeliling dan sekali sekala harimau dalam zoo mengaum.

Jef Hadi said...

siapa lelaki melayu tu saat?

husin hanif ke?

siapa husin hanif?

google tak dapat pun.

saat omar said...

lelaki misteri aku bukan Hussein Haniff.

Kalau google Husin Hanif tak dapat cuba google Hussein Haniff