Monday, January 17, 2011

Mungkin aku patut lebih banyak menulis tentang murid-murid dan hubungan aku dengan mereka. Sekurang-kurangnya ini mengingatkan aku siapa aku dan apa aku buat kat sini. This is carrier.

I need to improve myself.And I have to take this job seriously.


Jumaat lepas, kelas dengan part one.


Seorang budak perempuan tiba-tiba minta diri masa aku tengah rancak menjelaskan tentang konsep ketuhanan dan Alienisasi dalam Tamadun Mesir Purba. Dan juga idea-idea yang menjuruskan tentang bagaimana Polly Clitus dan beberapa rakannya yang lain membentuk tamadun Greek yang penuh berahi itu.


“Sir, saya nak keluar kejap”


“Kamu nak kemana? Bersalin?” kata aku. Lawak aku tak dibalas dengan ketawa oleh pelajar. Semua serius. Mungkin tak lawak. Atau mungkin terlalu kasar.Atau mungkin pening kepala dengan teori matemik yang aku huraikan tentang bagaimana struktur Piramid dibina tadi. Oh student yang aku kasihi, aku memang suka buat mereka pening dengan teori-teori dunia itu.

“nak basuh sir” katanya dan terus keluar sambil menolak pintu.


Ditangannya ada sebotol kecil sebesar telapak tangan, tak ubah macam botol alcohol pencuci kaset tahun 80an itu . Apa bendanya tu?Dan apa maksud dia nak basuh?

“Nak basuh?” aku tak faham. Buat-buat tak faham dan betul-betul tak faham.

“Nak basuh period” kata kawan-kawan yang lain tanpa rasa bersalah.


Huh?Aku macam tak percaya dengan apa aku dengar.

Macam tu ke style sekarang? Aku tak tahu nak ketawa atau nak keliru atau nak apa. Pelajar yang lain pun take that as serious. Takde menampakkan muka-muka nak ketawa ataupun malu. Jadi aku pun cuba control terkejut aku.



Dulu kalau kakak aku beli kotex kat kedai pun kena balut dengan suratkhabar. Betapa malunya orang zaman dulu nak bagitahu kat duni yang mereka period. Not anymore.Kenapa pelajar ni tak simpan botolnya dalam plastik atau beg kecil? Aku kini patut terima yang period adalah sesuatu yang normal dan bukan sesuatu yang lucu, apatah lagi untuk dimalukan.



Aku pun meneruskan kelas dan menjelaskan tentang tamadun Mesir Purba

“Baiklah kelas, siapa yang bina Piramid?”

Diam.

“Tahu siapa bina Piramid? “Tanya aku lagi.

Mereka diam lagi.

“Alien. Alien yang bina Piramid ye” jawab aku konfident. Sesetengah dari mereka tergamam.


Aku dah bagitahu dah dulu –kelas aku ni advance sikit.

4 comments:

razin salleh said...

betulla kan... skrg student cite pasal pms ni dah takde hal dh... kita yg naik malu lak hihihi

saat omar said...

pms? apa tu?

Sally said...

kah2..Saat..balik tnya Jaja ya!..aku still malu nak bicara lagi opss.

SHAH MOLOKO said...

PEFORMANCE MANAGEMENT SYSTEM- MAS taksub sangat dengan score PMS ini.Bagi aku it's a crap dude! Kaki Kipas senang Score..