Wednesday, January 12, 2011

Kemelut Interlok semakin meruncing. Menteri bersidang untuk mencari jalan yang paling baik antara kedua-dua pihak;sasterawan Negara vs segelintir kaum India.

Aku dijemput untuk menyertai mesyuarat itu sebagai pemerhati. Setelah 6 jam bermesyuarat, kedua-dua belah pihak masih tak mendapat kata putus. Akhirnya Menteri Tanya pendapat apa.

“Mister Sahat, any idea?”

Aku yang sejak dari berjam jam tadi hanya membisu kini membuka mulut.

“saya ada seorang kawan yang boleh selesaikan masalah ini tuan”Kata aku yakin.

Aku hanya fikir seorang sahaja; Abu.

“oh yeah Abu? And what Abu can do to help us?”

“Jangan risau tuan, Abu akan selesaikan masalah ni”

Menteri telefon Abu dan Abu berjanji untuk selesaikan masalah ni. Kacang je kata Abu. Abu pun pasang VCD filem Nujum Pak Belalang sebagai inspirasi.

Abu tonton VCD (sebab takde DVD) filem Tiga Abdul untuk cari jalan penyelesaian. Akhirnya Abu dapat idea. “Eureka!” jerit Abu yakin.

Abu tahu bagaiamana mahu menyatukan dua kelompok ini.

Esoknya menteri panggil Abu dan beberapa pemimpin India untuk berdialog.

“Whats wrong tentang Interlok?” Tanya Abu.

“Kami Cuma mahu beberapa patah perkataan dari novel Interlok itu ditarik balik kerana ianya menghina keturunan kami”

“pariah bukanlah perkataan yang kotor” kata Abu.

“kau tak tahu apa-apa, kau Melayu” kata salah seorang dari mereka.

“maaf, buku Intelok itu tak boleh diubah. And that’s final”

“Kenapa ianya tak boleh diubah? “

“Sebab sebarang rewrite memerlukan pihak kerajaan untuk bayar penulis. Kerajaan takde duit untuk itu. Lagipun telah banyak buku diprint. Kerajaan tak boleh membazirkan duit mereka, sekarang ni pihak pembangkang memerhatikan cara kerajaan berbelanja. Dan yang paling utama adalah kerana novel itu satu karya seni. Karya seni tak boleh ubah beb”

“Kami hanya nak perkataan pariah itu dibuang dari novel itu sahaja. Kami tak kisah tentang konsep 1Malaysia dan masyarakat majmuk dalam novel tu” Kata lelaki yang berambut kerinting itu.

“pernahkah Obama suruh Philip Roth ubah perkataan nigga dalam Human Stain? Pernahkan Spike Lee membenci Samuel L Jackson kerana menggunakan perkataan Nigga secara berleluasa dalam Pulp Fiction dan Jackie Brown?”

“Spike Lee memang marah dengan Samuel L Jackson sebab guna perkataan nigga secara berleluasa dalam Pulp Fiction dan Jackie Brown”

Abu mula panas “Itu bukan soalnya. Soalnya kami tak akan ubah satu huruf pun dalam Interlok! Itu muktamad”

Mereka terus berdebat dengan hangat. Masing-masing berkeras kepala. Abu tak mahu Interlok diubah walau sepatah huruf pun dan yang lain tak mahu buku itu dijadikan bahan bacaan untuk sekolah menengah.

Akhirnya setelah 7 jam berdebat, Abu mengaku kalah. Dia suurender.

“Dan sebagai hukuman, kamu dibenarkan untuk mengutuk bangsa Melayu dengan perkataan kamu sendiri!”

masuk 10 lelaki Melayu kedalam bilik itu.

“kamu kutuklah mereka ini sampai kamu puas hati. Tetapi dengan satu syarat”

“Apa dia syaratnya?” Tanya lelaki berambut kerinting itu.

“Kamu Cuma ada 3 perkataan sahaja untuk disemburkan pada pemuda ini. Kemudian hukuman ini akan selesai. Dan Interlok akan diajar disekolah-sekolah menengah”

“Baiklah” kata pemuda berambut kerinting itu.

Mereka semua berpakat memilih perkataan untuk mengutuk pemuda-pemuda Melayu ini. Akhirnya mereka mendapat satu perkataan yang sesuai.

“BELACAN!” Ramai-ramai lelaki India itu menjerit.

Pemuda Melayu yang disangkakan akan marah dengan perkataan itu sebaliknya ketawa terbahak-bahak “Kami memang suka belacan. Kah kah kah!” jerit mereka sambil ketawa pecah perut.

Pemuda berambut kerinting itu berbincang lagi dengan kawan-kawannya.

Kemudian mereka menjerit “GAY!”

“Kami gay, kami ok!” balas pemuda Melayu itu yang terus ketawa tak ingat dunia.

Kumpulan India it uterus merah padam mukanya. Mereka sangat marah kerana kata-kata kutukan mereka tak mampu untuk membuatkan lelaki-lelaki Melayu itu marah.

JAWA!” jerit mereka lagi bagi kali yang terkahir dan sekali lagi kumpulan pemuda Melayu itu hanya ketawa terbahak-bahak.

“Ini tak adil. Mereka semua tak marah dengan perkataan kami!” jerit pemuda berambut kerinting.

“Melayu hanya akan marah kalau kamu kutuk pemimpin politik kegemaran mereka. Ah sudahlah tu, kita bangsa Malaysia tak perlu nak berkonflik. Mari kita makan “Kata Abu sambil meletakkan tangannya dibahu pemuda berambut kerinting itu.


2

Abu pun bawa semua mereka kesebuah bilik santapan. Diatas meja penuh dengan kuih-kuih. Pemuda it uterus memasukkan kuih itu kedalam mulut mereka yang memang kelaparan.

“Hmmm, sedapnya. Kuih apakah ini?” Tanya pemuda berambut kerinting itu.

“Inilah kuih telinga keling” jawab Abu tersenyum.

Lelaki itu menyembur semula kuih itu kelantai.

“This is the worst name of a kuih I ever heard”

Pemuda yang lain turut memuntahkaan balik kuih itu.

“tapi nama kuih ini dah lama, kenapa baru sekarang tuan complaint””
”Sebab baru sekarang kau suapkan kuih ini kemulut kami” jerit pemuda berambut kerinting itu.

“Tuana tak suka pada kuih ini kah?”

“No! Kami benci kuih ini” kata pemuda berambut kerinting itu.

“Tadi tuan kata tuan suka kuih ini, tapi bila namanya menjijikkan pada tuan, tuan kata sebaliknya. Kenapa ada perubahan pada citarasa tuan. Bukanlah tuan sepatutnya sukakan kuih ini tak kira apa namanya?”

“Go fuck yourself Abu” kata yang lain pula.

“bagi kami dessert”

“Saya boleh bagi tuan semua ais krim”

“Kling! Kling! Kling” bunyi loceng aiskrim diluar.

“Ah itupun dia aiskrim” kata Abu lagi. “nanti saya panggil tukang aiskrim kemari”

“Cukupc-kup Abu, cukup. Kami tahu apa yang kau cuba lakukan….Tapi kau silaap. Kau Melayu, kau tak ada kelas antara kamu. Mudah untuk kamu bercakap tindakan kami ini keterlaluan”

‘”Tuan, saya tahu betapa sukarnya ia. Tapi jika tuan lupakan tentang pariah, means u deny your pass”

“Im not denying my pass. I know who I am and where I came from. But certain words are to harsh to repeat”

Selepas itu semua mereka meninggalkan bilik itu tanpa kata putus yang nyata.

Abu tahu dia tak dapat solve problem itu. Akhirnya kemelut Interlok itu tidak mendapat kata putus. Sebagai kaum minoriti segelintir kaum India merasakan suara mereka tidak didengari. segelintir pejuang sastera pula merasa terhina kerana sasterawan negara dihina dan gambarnya dibakar.


Disekolah, beberapa pelajar India mula memboikot novel itu. They refuse to read the novel.

Dan bila mereka tak membaca Interlok, mereka tak dapat result yang baik pada peperiksaan SPM.

Bila mereka tak dapat result SPM yang baik, mereka tak dapat masuk ITM …….


Sementara itu beberapa budak Melayu pun memboikot dari membaca buku Interlok itu.-Bukan kerana membantah perkataan pariah itu, tetapi hanya sebab malas membaca buku.

Bila mereka malas membaca buku, mereka tak dapat result yang baik pada peperiksaan SPM. Bila mereka tak dapat result SPM yang baik, mereka tak dapat masuk ITM………..


tapi pelajar Melayu akhirnya dapat juga masuk ke universiti, sebab suatu hari dipagi yang hening mereka mendapat offer letter dari fakulti untuk belajar course yang mereka tak minat.


4 comments:

syahrulfikri said...

itu jek ke kes nye?

ryann said...

alegori yang adil.

terguris sekali lihat jurainya air mata sasterawan negara.

saat omar said...

begitulah kira-kiranya...

MOLOKO said...

another gimmick & glimpse pra-election*- aku pun belum baca itew novel- pasti laris lepaih nie itew novel