Tuesday, January 11, 2011

Aku/Saya/Gua berposing dengan beberapa orang pelajar pada malam sambutan Hari Raya FSP 2002. dihujung gambar adalah pintu masuk yang terkenal itu.




Defining Moments in Fakulti Tek Kreatif and Artistik


Hari ni 12 Januari 2011 ada perjumpaan dengan Dekan yang julung-julung kali diadakan. First big event pada 2011. ianya big event kerana aku sudahpun disuruh mengalihkan kereta dari parking sejak semalam lagi.
Defining Moments. Gempak tajuknya. Tapi ianya memang benar. Ini adalah antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di FTKA yang telah tertubuh lebih dari 10 tahun ini.

1) Pindah dari Stadium Shah Alam ke Puncak Perdana – Kalau tanya pelajar lama mereka akan bercakap tentang bagaimana lebih seronok belajar di Stadium Shah Alam. Mereka akan cakap bagaimana pelajar dulu lebih mesra dengan stuff dan sesama pelajar. Ada benarnya tentang statement itu. reasonnya? sebab pintu masuk yang satu. The Door. The famous door. Di Stadium hanya ada satu pintu masuk, dan semua akan melalui pintu yang sama untuk masuk kelas dan balik kekelas.
Sekarang takde concept one door for one faculty. Sekarang pakai sistem terbuka. heh


2) Bila Alang Rentak Seribu sold out – 2 malam Alang Rentak Seribu sold out dan ada penonton yang marah dan tumbuk dinding sampai pecah. Its so pack sampaikan show tertunda hampir 30 minit bagi peluang untuk penonton cari tempat duduk.

3) Bila Apa-Apa teater pertama The Arts Stage Club muncul juara Selangor dalam Festival teater Kebangsaan – Art Stage club ditubuhkan oleh pelajar-pelajar teater batch ke 3 kerana mereka sudah lemau dengan sistem birokrasi fakulti. pada tahun itu mereka masuk kepertandingan teater Kebangsaan dan menang peringkat negeri Selangor mengalahkan kumpulan teater yang lebih establish dan ternama seperti Rimba dan sebagainya. Not bad untuk club yang baru ditubuhkan tak sampai setahun.

4) Wayang filem pertama produksi fakulti yang dibarisi tenaga kerja pensyarah serta pelajar - Sebelum ini bila orang bertanya kenapa ahli akademik tak buat filem? fakulti menyahut cabaran ini dan buat filem Wayang. hasilnya no komen.

5) Aduh Seroja dibatalkan pementasan – Aduh Seroja sepatutnya adalah produksi muzikal besar keluaran fakulti. Ditulis oleh Wan Aida, muzik oleh Pak Yus, arahan Norman Nordin dan Ramli Ibrahim dan aku, sebagai stage manager (ehem ehem) Tapi pertukaran dekan dan juga blab la bla membuatkan produksi ini dihentikan. Fakulti , the students and the lecturer tak pernah berpecah seteruk ini.

6)2 Program menjadi 5 program - Program Teater dibahagikan menjadi Teater dan Pengurusan Seni sementara Program Skrin menjadi Skrin dan Penulisan Kreatif. Serta tubuhnya program baru iaitu Animasi. Ada 5 Ketua Program. natijahnya bila berpecah? Pelajar-pelajar Management tidak dibenarkan untuk membantu pengurusan produksi pelajar Teater. Nice eh?

8) Program Muzik berpindah dibawah fakulti lain - Takde lagi puan Sharifah Faezah.

9) Berita kematian mengejut pelajar tahun akhir Firdaus dan juga kematian Pak ya, Cik Li dan Dr Anuar Nor Arai -
tak ada berita paling mengejutkan selain berita kematian pelajar tahun akhir, pelajar batch pertama Degree ini. Ianya satu tragedi bagi fakulti. tambahan lagi Firdaus meninggal dunia dirumah sewanya tak jauh dari fakulti.

10) Nama FSP berubah ke FTKA atau TEKA - .....dan sekarang kita tak tahu nak pakai acronym FTKA atau TEKA atau FACT.

11) Perubahan Dekan - Dari Prof Madya Najib Noor ke Prof Madya Rushdi Kubon ke Prof Dr Hatta Azad Khan sehingga ke dekan baru Prof Madya Razak Mohaideen Setiap kali perubahan Dekan adalah defining moment untuk fakulti ini kerana setiap boss akan bawa idea dan hala tuju yang berbeza.

No comments: